Noh bin Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Noh Omar)
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Noh Salleh.
Yang Berhormat Tan Sri
Noh Omar
PSM
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
2016–2018
Didahului oleh Abdul Rahman Dahlan
Digantikan oleh Zuraida Kamaruddin
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen
untuk P95 Tanjung Karang, Selangor
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Butiran peribadi
Lahir Selangor Tanjung Karang, Selangor
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pekerjaan Malaysia Ahli Parlimen

Y.B. Tan Sri Datuk Seri Haji Noh bin Omar (lahir 23 Februari 1958) adalah ahli kabinet yang menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau juga adalah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Jawatan terakhir yang disandangnya sebelum rombakan kabinet yang dilakukan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak ialah sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.[1] Noh dilahirkan pada 23 Februari 1958 di Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pelajaran, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Isteri beliau adalah Prof. Puan Sri Dr. Aishah Salleh.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Noh dilahirkan pada 23 Februari 1958 di Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor.

Noh mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Burong pada tahun 1965. Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki pada 1977, beliau memasuki Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim bagi mengikuti kursus latihan asas perguruan. Beliau juga menyambung pelajarannya ke Thames University.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kulaa Selangor pada tahun 1983. Setelah pulang dari Thames University, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perundangan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1988 sebelum membuka firma guaman, Ahmad Famy & Noh.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan arena politiknya setelah menyertai UMNO di cawangan Parit 2, Sungai Burong , Selangor. Beliau pernah memikul tugas banyak jawatan dalam UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2004. Beliau juga pernah dipilih sebagai Pengerusi, Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negeri serta Presiden Kelab UMNO di United Kingdom dan Eire.

Pada tahun 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Tanjung Karang dan mempertahankan pada tahun 1999, 2004 dan 2008.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Noh Bin Omar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tanjong Karang , negeri Selangor. Noh Bin Omar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16073.

Calon lawan ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin dari PAS mendapat 12,253 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 674.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, semasa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh membuat berita antarabangsa untuk peranannya dalam kontroversi Squatgate mengenai dakwaan salah laku seorang wanita etnik Cina oleh polis Malaysia. Sebagai tindak balas kepada wahyu penindasan dan protes oleh kerajaan China, Noh menyatakan "jika orang asing berfikir bahawa polis Malaysia adalah kejam, sila kembali ke negara masing-masing dan tidak tinggal di sini".[2] Noh ditegur oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi,[3] dan Noh mengeluarkan permintaan maaf atas komennya bahawa BBC News digambarkan sebagai 'dendam yang terbaik'.[4]

Sewa tanah untuk projek udang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 2012, Noh Omar menjelaskan bahawa beliau cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd dan tidak terlibat mengusahakan projek udang.[5][6][7][8] Sebelum ini, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mendedahkan surat akuan sumpah syarikat udang dan kaveat ke atas tanah Noh Omar yang disewa adalah bukti Noh Omar terlibat lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya. Perkataan 'usahasama' bermaksud bersama-sama mengusahakan projek .Dakwanya, tentulah berlaku konflik kepentingan. Pengarah Pristine Agrofood , Chu Bak Teck memaklumkan bahawa Noh hanyalah pemilik sebahagian tanah 100 ekar dalam projek udang itu. Syarikat Pristine yang beralamat di Bandar Sunway, Petaling Jaya bertindak sebagai penyewa tanah selama 10 tahun .Akhbar Cina Sin Chew Daily melaporkan Noh mengaku memiliki tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang yang dimiliki sebelum menjadi menteri pertanian.[9][10][11] Tanah 30 ekar itu menyamai 15 padang bola sepak.[12] Revealed documents also showed that Noh inked a private caveat sought by Pristine Agrofood to not sell the land for 10 years, beginning 2011 to maintain the farm.[12][13]

Ng Sue Lim membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan. Pada tahun 1995, Noh telah membeli tanah itu di Lot 26426 di Bagan Tengkorak. Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.[14]

Keputuan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[15][16][17][18]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 P87 Tanjong Karang, Selangor Noh Omar (UMNO) 20,962 76.48% Nordin Abdul Latif (S46) 5,144 18.77% 27,410 15,818 66.59%
1999 Noh Omar (UMNO) 15,841 51.98% Md Yusoff Abd Wahab (PAS) 13,766 45.17% 30,478 2,075 72.37%
2004 P95 Tanjong Karang, Selangor Noh Omar (UMNO) 17,750 65.27% Abdul Ghani Samsudin (PAS) 8,742 32.14% 27,196 9,008 75.93%
2008 Noh Omar (UMNO) 16,073 55.32% Mohd Hanipa Maidin (PAS) 12,253 42.18% 29,052 3,820 79.83%
2013 Noh Omar (UMNO) 20,548 54.40% Mohd Rashidi Deraman (PAS) 16,154 42.77% 37,768 4,394 89.22%
Masrun Tamsi (IND) 340 0.90%
2018 Noh Omar (UMNO) 17,596 43.45% Zulkafperi Hanapi (PPBM) 15,626 38.58% 41,184 1,970 87.26%
Nor Az Azlan Ahmad (PAS) 7,276 17.97%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.parlimen.gov.my/eng-DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=78
  2. ^ Kent, Jonathan (30 November 2005). "Malaysia minister defends police". BBC News. Dicapai 10 January 2010. 
  3. ^ "Pak Lah: Noh statement totally against Government's policy on visitors". The Star. 1 December 2005. Dicapai 10 January 2010. 
  4. ^ Kent, Jonathan (30 November 2005). "Malaysia police minister 'sorry'". BBC News. Dicapai 10 January 2010. 
  5. ^ "Look in the mirror before accusing Selangor gov't, Noh told". Malaysiakini. 22 September 2017. Dicapai 25 September 2017. 
  6. ^ "'Di mana beras itu sekarang, Noh?'" (dalam bahasa Malay). Malaysiakini. 22 September 2017. Dicapai 25 September 2017. 
  7. ^ "'Something fishy with Noh's 30-acre prawn farm land'". Malaysiakini. 1Christians Malaysia. 12 July 2012. Dicapai 22 September 2017. 
  8. ^ "Prawn Farm Scandal: Noh Got Land 'After Becoming MP'". Malaysiakini. Malaysian Digest. 27 September 2012. Dicapai 22 September 2017. 
  9. ^ Penternak udang: Noh Omar cuma tuan tanah
  10. ^ Noh: Saya tiada pegangan dalam projek udang
  11. ^ Noh: Saya hanya sewakan tanah untuk projek udang
  12. ^ a b "Noh Omar Accused of Being JV Partner of Prawn Farm". Malaysiakini. Malaysian Digest. 8 August 2012. Dicapai 22 September 2017. 
  13. ^ "Noh Omar 'not mere landlord' of prawn farm". malaysiansmustknowthetruth.blogspot. 7 August 2012. Dicapai 22 September 2017. 
  14. ^ DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar
  15. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada asal pada 9 April 2008. Dicapai 10 January 2010.  Includes 2004 election results. Results from earlier elections not available.
  16. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 19 June 2010.  Percentage figures based on total turnout.
  17. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  18. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 8 May 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2009 - 2013
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Mustapa Mohamed Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob