Angka Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Bahasa Korea menggunakan dua set sistem angka iaitu sistem Sino-Korea (diadaptasi dari Angka Cina) dan sistem Korea asli.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Bagi kedua-dua nombor Korea asli dan Sino-Korea, nombor 11 hingga 19 diwakili oleh kombinasi tempat perpuluhan “sa” dan “puluh”. Misalnya, 15 akan disebut sib-o (십오), kadang-kadang disebut juga il-sib-o dalam sistem Sino-Korea, dan yeol-daseot (열다섯) dalam sistem Korea asli. Kaedah sebegini juga digunakan dalam sistem Sino-Korea bagi nombor 20 hingga 90, manakala sistem Korea asli memiliki set perkataannya yang tersendiri, seperti dinyatakan di dalam jadual di bawah. Pengelompokan nombor besar dalam bahasa Korea pula mengikuti tradisi Cina yang menggunakan puluh ribu (10,000), bukan ribu (1,000). Sistem Sino-Korea sebahagian besarnya adalah berdasarkan sistem angka Cina.

Perbezaan antara kedua-dua sistem angka adalah sangat penting. Salah satu sistem akan digunakan untuk menghitung sesuatu, tetapi jarang kedua-duanya digunakan sekaligus. Perkataan Sino-Korea kadang-kadang diaplikasi untuk penggunaan ordinal (turutan): yeol beon (열 번) bermaksud “"sepuluh kali” sementara sip beon (십(十) 번(番)) bermaksud "nombor sepuluh".

Untuk menyatakan umur seseorang, Korea asli menggunakan perkataan sal (살) manakala Sino-Korea menggunakan se (세). Contoh penggunaannya: Seu-mulda-seot sal (스물 다섯 살) dan i-sib-o se (이십오 세) kedua-duanya bermaksud “berusia 25 tahun”.

Sistem angka Sino-Korea digunakan untuk menunjukkan minit. Sebagai contoh, “sam-sib-o bun” (삼십오 분) bererti "__: 35" atau “tiga puluh lima minit”. Sistem Korea asli pula digunakan untuk jam dalam sistem 12 jam dan juga untuk jam 0:00 hingga 12:00 dalam sistem 24 jam. Jam 13:00 hingga 24:00 dalam sistem 24 jam dinyatakan dengan kedua-dua sistem Korea asli dan Sino-Korea. Contohnya, “se si” (세 시) bermaksud “03:00” atau “3: 00 am / pm” dan sip-chil si (십칠 시) atau “yeol-ilgop si” (열일곱 시) bermaksud “17: 00”. Buat pengiraan melebihi 100, perkataan Sino-Korea digunakan, kadangkala dalam kombinasi: 101 boleh disebut baek-hana atau baeg-il.

Nombor Korea Asli Bentuk Atributif
Hangul Tulisan Rumi Hangul Rumi
1 하나 hana han
2 dul du
3 set se
4 net ne
20 스물 seumul 스무 seumu

Seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas, beberapa nombor Korea asli berubah sebutan apabila digunakan dalam bentuk atributif, dengan menghilangkan bunyi hujung dari sebutan asal. Contohnya

  • 한 번 han beon ("sekali")
  • 두 개 du gae ("dua benda")
  • 세 시 se si ("pukul tiga"), berbeza dengan Korea Utara yang biasanya menggunakan angka Sino-Korea sam (삼), menjadikan sebutannya sam si (삼시)
  • 네 명 ne myeong ("empat orang")
  • 스무 마리 seumu mari ("dua puluh ekor binatang")

Perkara yang sama kadang-kadang berlaku dalam sistem Sino-Korea:

  • 오뉴월 onyuwol ("Mei dan Jun")
  • 유월 yuwol ("Jun")
  • 시월 siwol ("Oktober")

Sebutan untuk tiga dan empat memiliki bentuk alternatif jika diguna sebagai pembilang untuk beberapa perkataan:

  • 석 달 seok dal ("tiga bulan")
  • 넉 잔 neok jan ("empat cawan")

Angka[sunting | sunting sumber]

Nombor Sino-Korea Korea asli
Hanja Hangul Rumi Hangul Rumi
0 零/〇 영 (N: 령), 공 yeong (N: ryeong), gong - -
1 il 하나 hana
2 ee dul
3 sam set
4 sa net
5 o 다섯 taseot
6 육 (N: 륙) yuk (N: ryuk) 여섯 yeoseot
7 chil 일곱 ilgop
8 pal 여덟 yeodeol
9 gu 아홉 ahop
10 ship yeol
11 十一 십일 shipil 열 하나 yeolhana
12 十二 십이 shipee 열 둘 yeoldul
13 十三 십삼 shipsam 열 셋 yeolset
14 十四 십사 shipsa 열 넷 yeolnet
15 十五 십오 shipo 열 다섯 yeoldaseot
16 十六 십육 (N: 십륙) shipnyuk[1] (N: simnyuk) 열 여섯 yeolyeoseot
17 十七 십칠 shipchil 열 일곱 yeolilgop
18 十八 십팔 ship-pal 열 여덟 yeolyeodeol
19 十九 십구 shipgu 열 아홉 yeolahop
20 二十 이십 iship 스물 seumul
30 三十 삼십 samship 서른 seoreun
40 四十 사십 saship 마흔 maheun
50 五十 오십 oship swin
60 六十 육십 (N: 륙십) yukship (N: ryuksip) 예순 yesun
70 七十 칠십 chilship 일흔 ilheun
80 八十 팔십 palship 여든 yeodeun
90 九十 구십 guship 아흔 aheun
100 baek [2] on
1,000 cheon 즈믄[2] jeumeun
104 man 드먼 / 골[2] deumeon /
gol
108 eok [2] jal
1012 jo [2] ul
1016 gyeong - -
1020 hae - -
1024 [3] ja - -
1028 [3] yang - -
1032 [3] gu - -
1036 [3] gan - -
1040 [3] jeong - -
1044 [3] jae - -
1048 [3] geuk - -
1052 or 1056 恒河沙 항하사[4]. hanghasa - -
1056 or 1064 阿僧祇 아승기[4] aseunggi - -
1060 or 1072 那由他 나유타[4] nayuta - -
1064 or 1080 不可思議 불가사의[4] bulgasaui - -
1068 or 1088 無量大數 무량대수[4] muryangdaesu - -

Kaedah sebutan[sunting | sunting sumber]

Konsonan asal dalam kata bilangan dan nombor yang mengikuti sesetengah cardinal seperti yeodeol 여덟 (“lapan”, hanya bila konsonanㅂtidak dibunyikan) dan yeol 열 ("sepuluh") akan menjadi konsonan tegang (konsonan dengan bunyi lebih dalam, seperti “ㅆ”) apabila perlu. Contohnya:

  • 열 셋 yeol set (tiga belas) disebut [열쎗] yeolsset
  • 여덟 권 yeodeol gwon (lapan (buku)) disebut [여덜꿘] yeodeolkkwon
  • 예순 여섯 yesun yeoseot (enam puluh enam) disebut [예순녀섣] yesunnyeoseot
  • 칠십 chil sip (tujuh puluh) disebut [칠씹] chilssip.

Akhiran tetap yang digunakan dalam sistem angka ordinal Sino-Korea[sunting | sunting sumber]

ben 번(番), ho 호(號), cha 차(次), dan hoe 회(回) selalu digunakan dengan sistem angka ordinal Sino-Korea atau Arab. Contohnya, 이선(二號線) ialah barisan kedua dalam sistem keretapi bawah tanah metropolitan. 37국도(37番國道) ialah lebuhraya nombor 37. Tetapi penggunaannya tidak boleh diselang-selikan. 906 (號) ialah 'Pangsapuri #906' dalam alamat surat menyurat. 906 tanpa 호 tidak digunakan dalam pertuturan harian Korea untuk menyatakan nombor pangsapuri atau pejabat. Awalan khas je 제(第) biasanya digunakan dengan akhiran-akhiran di atas untuk menyatakan acara yang bersiri seperti Sukan Olimpik.

Alternatif khas[sunting | sunting sumber]

Dalam sektor kewangan atau komersil, beberapa hanja untuk setiap nombor Sino-Korea digantikan dengan alternatif lain untuk mengelakkan kekeliruan.

satu
dua
tiga
tujuh
sepuluh
seratus
seribu

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Nota 1: Hukum asimilasi Korea diguna pakai jika bentuknya 십륙 |sip.ryuk|, menghasilkan simnyuk, bukan sibnyuk
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 Nota 2: Nama-nama ini dianggap kuno, dan tidak lagi digunakan.
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Nota 3: Nombor lebih besar dari 1020 (hae) biasanya tidak digunakan
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Nota 4: Nama untuk nombor-nombor ini berasal dari kitab-kitab Buddha dan jarang digunakan. Bahkan kamus-kamus bercanggah pendapat antara satu sama lain tentang nama yang mana mewakili nombor-nombor tertentu

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • J.J. Song The Korean language: Structure, Use and Context (2005 Routledge) pp. 81ff.