Angka Ibrani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Sistem angka Ibrani ialah sejenis sistem angka abjad separa perpuluhan yang menggunakan huruf dalam abjad Ibrani. Di dalam sistem ini, tiada tatatanda kedudukan bagi sifar, dan nila angka bagi setiap huruf ditambah bersama. Setiap unit (1, 2,...,9) ditentukan dengan huruf berlainan, setiap puluh (10,20,.....,90) dengan huruf berlainan, dan setiap empat ratus pertama (100,200,300,400) dengan huruf berlainan. Ratus yang seterusnya (500, 600, 700, 800 dan 900) diwakili dengan nilai tambah dua atau tiga huruf yang mewakili empat ratus pertama. Untuk mewakili nombor dari 1,000 hingga 999,999, huruf yang sama digunakan semula bagi ribu, puluh ribu, dan ratus ribu. Gematria (Numerologi Yahudi) menggunakan transformasi sebegini dengan meluas.

Di Israel kini, sistem perpuluhan angka Hindu-Arab (cth. 0, 1, 2, 3..) digunakan dengan lebih meluas (wang, umur, tarikh kalendar awam). Angka Ibrani hanya untuk kes-kes khusus, seperti untuk kalendar Ibrani, atau untuk penomboran senarai (sama seperti a, b, c, d, dan sebagainya), seperti penggunaan angka Rumi di dunia Barat.

Jadual utama[sunting | sunting sumber]

Nombor Ibrani Glif Nombor kardinal
(cth. satu, dua, tiga)
Nombor ordinal
(cth. pertama, kedua, ketiga)
Maskulin Feminin Maskulin Feminin
0 N/A efes (אֶפֶס) N/A
1 Aleph א echad
(אֶחַד)
achat
(אַחַת)
rishon
(‎רִאשׁוֹן‏)
rishonah
(‎רִאשׁוֹנָה‏)
2 Bet ב shnayim
(שְׁנַיִם)
shtayim
(שְׁתַּיִם)
sheni
(‎שֵׁנִי‏)
shniyah
(‎שֵׁנִיָה‏)
3 Gimel ג shlosha
(שְׁלוֹשָׁה)
shalosh
(שָׁלוֹשׁ)
shlishi
(‎שְׁלִישִׁי‏)
shlishit
(‎שְׁלִישִׁית‏)
or
shlishiyah
(‎שְׁלִישִׁיָה‏)
4 Dalet ד arba'a
(אַרְבָּעָה)
arbah
(אַרְבַּע)
revi'i
(‎רְבִיעִי‏)
revi'it
(‎רְבִיעִית‏)
5 Hei ה chamisha
(חֲמִשָׁה)
chamesh
(חָמֵשׁ)
chamishi
(‎חֲמִישִׁי‏)
chamishit
(‎חֲמִישִׁית‏)
6 Vav ו shisha
(שִׁשָּׁה)
shesh
(שֵׁשׁ)
shishi
(‎שִׁשִּׁי‏)
shishit
(‎שִׁשִּׁית‏)
7 Zayin ז shiv'a
(שִׁבְעַה)
sheva
(שֶׁבַע)
shvi'i
(‎שְׁבִיעִי‏)
shvi'it
(‎שְׁבִיעִית‏)
8 Het ח shmonah
(שְׁמוֹנָה)
shmoneh
(שְׁמוֹנֶה)
shmini
(‎שְׁמִינִי‏)
shminit
(‎שְׁמִינִית‏)
9 Tet ט tish'a
(תִּשְׁעָה)
tayshah
(תֵּשַׁע)
tshi'i
(‎תְּשִׁיעִי‏)
tshi'it
(‎תְּשִׁיעִית‏)
10 Yud י assara
(עֲשָׂרָה)
eser
(עֶשֶׂר)
asiri
(‎עֲשִׂירִי‏)
asirit
(‎עֲשִׂירִית‏)
20 Kaf כ esrim
(עֶשְׂרִים)
30 Lamed ל shloshim
(שְׁלוֹשִׁים)
40 Mem מ arba'im
(אַרְבָּעִים)
50 Nun נ chamishim
(חֲמִשִּׁים)
60 Samech ס shishim
(שִׁשִּׁים)
70 Ayin ע shiv'im
(שִׁבְעִים)
80 Pei פ shmonim
(שְׁמוֹנִים)
90 Tsadi צ tish'im
(תִּשְׁעִים)
100 Kuf ק me'a
(מֵאָה)
200 Resh ר matayim
(מָאתַיִם)
300 Shin ש shlosh meot
(שְׁלוֹשׁ מֵאוֹת)
400 Tav ת arba meot
(אַרְבַּע מֵאוֹת)
500 Tav Kuf atau Chaf Sofit ת"ק or ך chamesh meot
(חֲמֵשׁ מֵאוֹת)
600 Tav Resh atau Mem Sofit ת"ר or ם shesh meot
(שֵׁשׁ מֵאוֹת)
700 Tav Shin atau Nun Sofit ת"ש or ן shva meot
(שְׁבַע מֵאוֹת)
800 Tav Tav atau Pei Sofit ת"ת or ף shmone meot
(שְׁמוֹנֶה מֵאוֹת)
900 Tav Tav Kuf atau Tsadi Sofit תת"ק or ץ tsha meot
(תְּשַׁע מֵאוֹת)
11: achad asar/achat esre, 12: shneim asar/shteim esre, 13: shlosha asar/shlosh esre,
14: arba'a asar/arba esre, 15: chamisha asar/chamesh esre, 16: shisha asar/shesh esre,
17: shiv'a asar/shva esre, 18: shmona asar/shmone esre, 19: tish'a asar/tsha esre
1000: elef, 2000: alpaim, 10 000: aseret alafim/revava, 100 000: mea elef, 1 000 000: miliyon,
1 000 000 000: miliyard

Nota: Bagi nombor ordinal yang lebih besar dari 10, nombor kardinal digunakan.

Penuturan dan penulisan[sunting | sunting sumber]

Nombor kardinal dan ordinal mestilah menepati jantina kata nama yang diterangkannya (maskulin atau feminin: kumpulan yang bercampur dianggap maskulin). Untuk kata nama yang tak berjantina (cth. nombor telefon atau nombor rumah dalam alamat), bentuk feminin digunakan. Nombor ordinal juga mesti menepati status nombor dan pemerihalan sepertimana adjektif yang lain. Nombor kardinal mesti mendahului kata nama (cth. shlosha yeladim), kecuali bagi nombor 1 yang diletakkan selepasnya (cth.yeled echad). Nombor 2 menjadi bentuk yang istimewa apabila diikuti oleh kata nama yang dihitungnya - shnayim (m.) dan shtayim (f.) menjadi shney (m.) dan shtey (f.).

Pengiraan[sunting | sunting sumber]

Sistem angka Ibrani mengoperasikan prinsip tambahan di mana nila angka untuk abjad ditambah bersama membentuk jumlah. Contohnya, 177 diwakili oleh קעז yang bersamaan dengan 100 + 70 + 7 = 177.

Secara matematik, sistem sebegini memerlukan 27 huruf (1-9, 10-90, 100-900). Dalam praktik, huruf terakhir, tav (yang bernilai 400) digunakan dalam kombinasi dengan dirinya sendiri dan/atau huruf lain dari kof (100) ke atas, untuk membentuk nombor dari 500 ke atas. Untuk alternatif lain, set 22 huruf angka Ibrani kadangkala ditambah menjadi 27 dengan menggunakan 5 sofeet bentuk (terakhir) huruf Ibrani.

Pengecualian[sunting | sunting sumber]

Dalam kaedah biasa, nombor 15 dan 16 diwakili oleh ‫ט״ו‬ ‎(9 + 6) and ‫ט״ז‬ ‎(9 + 7). Ini dilakukan untuk mengelak penggunaan kombinasi dua huruf י–ה ‭(10 + 5)‬ dan י–ו ‭(10 + 6)‬ (yang merupakan bentuk penulisan alternatif bagi nama Tuhan) dalam penulisan harian. Dalam kalendar, ini menunjukkan setiap bulan purnama, kerana setiap bulan Ibrani bermula dengan anak bulan.

Kadang-kadang, kombinasi yang sebutannya mengandungi konotasi negatif akan dielak penggunaanya dengan menukar turutan huruf. Contohnya, ‫תשמ״ד‬ (bermaksud "kamu/ia akan dimusnahkan") akan ditulis menjadi תשד״מ‬.

Gershayim[sunting | sunting sumber]

Gershayim (U+05F4 dalam Unicode, dan menyerupai tanda petikan berganda) (kadangkala disalah anggap sebagai merkha'ot, tanda petikan berganda Ibrani) dimasukkan pada sebelah kanan huruf terkiri (terakhir) untuk menyatakan turutan huruf yang mewakili nombor, bukan perkataan. Kaedah ini digunakan apabila satu nombor diwakili oleh 2 atau lebih angka Ibrani (cth, 28 → ‫כ״ח‬).

Begitu juga dengan Geresh tunggal (U+05F3 dalam Unicode dan menyerupai tanda petikan tunggal) yang dimasukkan selepas (sebelah kiri) satu huruf tunggal untuk menyatakan yang huruf tersebut mewakili nombor, bukan satu perkataan (berhuruf tunggal). Kaedah ini digunakan apabila satu nombor diwakili oleh angka Ibrani tunggal (cth, 100 → ‫ק׳‬).

Perlu diingat yang Geresh dan Gershayim hanyalah menunjukkan "bukan satu perkataan (normal)." Samada ia menunjukkan nombor atau tidak, adalah bergantung pada konteks (seperti "akronim").

Ribu dan format tarikh[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem angka Ibrani, kiraan ribu dibuat berasingan, dan ia selalunya mendahului bahagian lain nombor (ke kanan, oleh kerana tulisan Ibrani dibaca dari kiri). Tanda petikan tunggal biasanya diletakkan di hujung huruf untuk menyatakan yang satu kiraan itu bermula dengan ribu. Bagi menyatakan tahun dalam kalendar Ibrani pada alaf ini, para penulis biasanya membuang tanda ribu (yang diwakili 5 [‫ה‬]). Ribu wujud dalam sistem mata wang Israel hari ini.

“Isnin, 15 Adar 5764” (dimana 5764 = 5(×1000) + 400 + 300 + 60 + 4, dan 15 = 9 + 6):

Sepenuhnya (dengan ribu): “Isnin, 15 haribulan Adar, 5764”
‫יום שני ט״ו באדר ה׳תשס״ד‬
Penggunaan biasa (tanpa ribu): “Isnin, 15 haribulan Adar, (5)764”
‫יום שני ט״ו באדר תשס״ד‬

“Khamis, 3 Nisan 5767” (dimana 5767 = 5(×1000) + 400 + 300 + 60 + 7):

Sepenuhnya (dengan ribu): “Khamis, 3 haribulan Nisan, 5767”
‫יום חמישי ג׳ בניסן ה׳תשס״ז‬
Penggunaan biasa (tanpa ribu): “Khamis, 3 haribulan Nisan, (5)767”
‫יום חמישי ג׳ בניסן תשס״ז‬

Untuk melihat bagaimana tarikh hari ini dinyatakan dalam kalendar Ibrani, rujuk, contohnya, tarikh pada bahagian atas laman utama Haaretz Online

Tahun terkini[sunting | sunting sumber]

5769 (2008–09) = ‫תשס״ט‬

5768 (2007–08) = ‫תשס״ח‬

5767 (2006–07) = ‫תשס״ז‎‬

5766 (2005–06) = ‫תשס״ו‎‬

5765 (2004–05) = ‫תשס״ה‎‬

Pautan luar[sunting | sunting sumber]