Angka Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Sistem angka Jepun ialah sistem nama nombor yang digunakan dalam bahasa bahasa Jepun. Angka Jepun dalam penulisan adalah sepenuhnya berdasarkan angka Cina dan pengelompokan nombor besarnya adalah mengikut tradisi pengelompokan dengan 10,000 Cina. Terdapat dua set sebutan untuk angka dalam Bahasa Jepun: pertama berdasarkan pembacaan Sino-Jepun (On'yomi) untuk tulisan Cina dan yang kedua berdasarkan pembacaan Kun'yomi Jepun.

Penomboran Asas Jepun[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kaedah untuk menulis nombor di dalam bahasa Jepun, samada di dalam angka Arab (1,2,3) atau di dalam angka Cina ( 一, 二, 三). Angka Arab digunakan dalam penulisan melintang, manakala angka Cina digunakan dalam penulisan menegak.

(Beberapa nombor mempunyai lebih dari satu nama)

Nombor Karakter Pembacaan pilihan Pembacaan On Pembacaan Kun
0 / 〇* zero rei / れい zero / ぜろ
1 ichi ichi / いち hito(tsu) / ひと・つ
2 ni ni, ji / に, じ futa(tsu) / ふた・つ
3 san san / さん mi(ttsu) / み・っつ
4 yon shi / し yon, yo(ttsu) / よん、よ・っつ
5 go go / ご itsu(tsu) / いつ・つ
6 roku roku / ろく mu(ttsu) / む・っつ
7 nana shichi / しち nana(tsu) / なな・つ
8 hachi hachi / はち ya(ttsu) / や・っつ
9 kyū kyū, ku / きゅう, く kokono(tsu) / ここの・つ
10 jū / じゅう tō / とお
20 二十 ni-jū ni-jū / にじゅう hata(chi) / はた・ち
30 三十 san-jū san-jū / さんじゅう miso / みそ
100 hyaku hyaku / ひゃく (momo / もも)
1,000 sen sen / せん (chi / ち)
10,000 man man / まん (yorozu / よろず)
100,000,000 oku oku / おく -
1,000,000,000,000 chō chō / ちょう -


Pembacaan khusus maru (bermaksud "bulat") juga wujud. Ia hanya digunakan apabila membaca satu persatu setiap digit di dalam satu nombor, daripada membacanya secara keseluruhan. Contoh terkenal ialah "Kedai 109" di Shibuya, Tokyo yang dibaca sebagai ichi-maru-kyū (ia boleh juga dibaca sebagai 'sepuluh-sembilan' - tō-kyū - yang merupakan pan bagi nama gedung Tokyu yang memiliki bangunan tersebut.). Penggunaan maru untuk angka 0 adalah sama dengan pembacaan angka 0 dalam bahasa Inggeris yang diganti dengan perkataan oh. Bagaimanapun, sebagai satu nombor, ia hanya ditulis sebagai 0 atau rei (?).


Nombor 4 dan 9 dianggap sebagai membawa sial dalam budaya Jepun: 4, yang disebut shi adalah kata sebunyi untuk kematian (?); sementara 9 yang disebut ku adalah kata sebunyi untuk penderitaan (?). Nombor 13 juga kadangkala dianggap sial, dipercayai dipengaruhi oleh tradisi barat.

Dalam bahasa Jepun moden, digit-digit diberi pembacaan on kecuali 4 dan 7, yang dipanggil yon dan nana. Pembacaan lain digunakan dalam nama-nama bulan, nama hari dalam bulan, frasa tetap. Contohnya, nombor perpuluhan 4.79 selalu dibaca yon-ten nana kyū sementara April, Julai dan September dibaca sebagai shi-gatsu (bulan ke-4), shichi-gatsu (bulan ke-7), dan ku-gatsu (bulan ke-7). Nombor pertengahan dibentuk dengan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut:

  • Puluh dari 20 hingga 90 ialah "(digit)-jū".
  • Ratus dari 200 hingga 900 ialah "(digit)-hyaku".
  • Ribu dari 2000 hingga 9000 ialah "(digit)-sen".
  • Selain itu, puluh dari 30 hingga 90 di dalam pembacaan kun dibentuk dengan "(digit)-so", dimana digit tersebut juga dalam pembacaan kun: miso (30), yoso (40), iso (50), muso (60), nanaso (70), yaso (80), kokonoso (90). Antara variasi lain ialah i untuk 50 dan akhiran -ji untuk 20 hingga 90. Bagaimanapun, sebahagian besar variasi ini tidak digunakan dalam bahasa Jepun moden.

Terdapat beberapa pengubahsuaian fonetik untuk nombor yang lebih besar melibatkan penyuaraan dan pemanjangan beberapa konsonan seperti roku "enam" dan hyaku "ratus" menghasilkan roppyaku "enam ratus".

Dalam nombor lebih besar, elemen-elemen digabungkan dari yang terbesar hingga yang terkecil, dan sebutan sifar disembunyikan.

Nombor Karakter Pembacaan
11 十一 jū ichi
17 十七 jū nana, jū shichi
151 百五十一 hyaku go-jū ichi
302 三百二 san-byaku ni*
469 四百六十九 yon-hyaku roku-jū kyū
2025 二千二十五 ni-sen ni-jū go

* Hyaku menjadi byaku kerana rendaku.

Kuasa 10[sunting | sunting sumber]

Nombor besar[sunting | sunting sumber]

Sama dengan tradisi Cina, nombor besar di dalam angka Jepun dibentuk dengan mengumpulkan digit di dalam 10,000 berbanding 1000 di dalam tradisi Barat:

Tahap 104 108 1012 1016 1020 1024 1028 1032 1036 1040 1044 1048 1052 atau 1056 1056 atau 1064 1060 atau 1072 1064 atau 1080 1068 atau 1088
Karakter 𥝱, 秭 恒河沙 阿僧祇 那由他/那由多 不可思議 無量大数
Pembacaan man oku chō kei gai jo, shi kan sei sai goku gōgasha asōgi nayuta fukashigi muryōtaisū

Varisai yang pelbagai wujud kerana pengaruh kitab Jinkōki, teks matematik tertua Jepun yang mula diterbitkan pada 1627. Ia mengandungi banyak kesalahan tetapi sebahagian besarnya dibetulkan dalam edisi 1631 . Pada tahun 1634, versi yang lain pula diterbitkan yang menukar lagi beberapa nilai. Variasi yang seperti di atas wujud kerana perbezaan antara edisi-edisi kitab ini.

Contoh: (Ruang dengan kumpulan empat digit diberi hanya untuk penerangan yang lebih jelas)

  • 1 0000 : 一万 (ichi-man)
  • 983 6703 : 九百八十三万 六千七百三 (kyū-hyaku hachi-jū san man, roku-sen nana-hyaku san)
  • 20 3652 1801 : 二十億 三千六百五十二万 千八百一 (ni-jū oku, san-zen rop-pyaku go-jū ni-man, sen hap-pyaku ichi)

Bagaimanapun, nombor yang ditulis dalam angka Arab dipisahkan dengan koma di setiap 3 digit, berdasarkan peraturan Barat. Jika nombor Arab dan Kanji dikombinasikan, peraturan Barat mungkin digunakan bagi nombor yang lebih kecil dari 10,000 (cth. 2,500万 untuk 25,000,000).

Dalam bahasa Jepun, apabila nombor panjang ditulis dengan huruf Kanji, angka sifar akan dibuang untuk setiap kuasa sepuluh. Maka 4002 ialah 四千二 (Berbeza dengan sistem Cina yang memerlukan penggunaan 零 di mana saja sifar muncul, cth. 四千零二 untuk 4002). Tetapi, dalam pembacaan, perkataan "sifar" atau "kosong" kadang-kadang disebut tobi (飛び) atau tonde (飛んで) untuk menyatakan kekurangan nombor, cth. 'yon-sen tobi ni atau yon-sen tonde ni boleh digunakan selain dari perkataan normal yon-sen ni.

Pecahan perpuluhan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jepun memiliki dua sistem angka untuk pecahan perpuluhan. Ia masih diguna untuk menyatakan purata pemukulan dan pemadangan dalam permainan besbol, peratusan kemenangan untuk pasukan-pasukan sukan, dalam frasa simpulan bahasa (seperti 五分五分の勝負 "peluang lima puluh - lima puluh"), dan dalam menyatakan nilai atau diskaun.

Salah satu sistemnya adalah seperti berikut:

Tahap 10−1 10−2 10−3 10−4 10−5 10−6 10−7 10−8 10−9 10−10
Karakter
Pembacaan bu rin shi kotsu bi sen sha jin ai

Ini merupakan sistem yang digunakan dengan unit ukuran Jepun tradisional. Beberapa nama digunakan "seperti adanya" bagi mewakili pecahan untuk Shaku.

Sistem lain yang mewakili pecahan perpuluhan untuk nilai atau diskaun, menggunakan yang dipanggil "alih ke bawah" dengan bu mewakili satu "yang ke seratus" dan seterusnya, dan unit bagi "ke sepuluh" diwakili wari:

Tahap 10−1 10−2 10−3 10−4 10−5
Karakter
Pembacaan wari bu rin shi

Sistem ini sering diguna untuk menyatakan harga. Contohnya:

  • 一割五分引き (ichi-wari go-bu biki): Diskaun 15%
  • 打率三割八分九厘 (daritsu san-wari hachi-bu kyū-rin): purata pemukulan (besbol).389

Kecuali wari, kesemua ungkapan ini jarang dijumpai dalam kegunaan moden. Pecahan perpuluhan secara tipikalnya ditulis samada dengan angka kanji (menegak) atau angka Arab (melintang), didahului dengan titik perpuluhan, dan dibaca seperti di dalam sistem barat. Perlu diingat, dalam bentuk penulisan, kedua-duanya boleh digabung samada dengan sistem ungkapan angka tradisional dengan kuasa sepuluh (42.195 kilometer: 四十二・一九五 キロメートル), atau dengan sistem nilai tempat yang menggunakan sifar (50.04 peratus: 五〇・〇四 パーセント.) Bagaimanapun, untuk kedua-dua sistem, pembacaannya adalah mengikut sistem tradisional (yon-jū ni-ten ichi-kyū go kiromētoru untuk 42.195 kilometer; go ju-tten rei-yon pāsento untuk 50.04 peratus.)

Nombor formal[sunting | sunting sumber]

Sepertimana angka Cina, terdapat set Kanji yang khusus untuk angka yang dipanggil daiji (大字), digunakan dalam dokumen undang-undang dan kewangan bagi menghalang individu yang tidak berkenaan menambah calitan (dalam karakter Jepun), daripada satu menjadi dua atau tiga. Nombor formal Jepun adalah sama dengan nombor formal Cina, tetapi memiliki variasi yang sedikit. Hari ini, hanya nombor formal untuk satu, dua, tiga dan sepuluh sahaja digunakan dalam dokumen undang-undang[1][2][3][4]. Nombor-nombor formal ini dapat ditukar menjadi nilai yang lebih tinggi dengan menambah calitan (Bagi 1 dan 2, telah diterangkan di atas, sementara 3 boleh ditukar kepada 5 dan 10 hingga 1000). Dalam beberapa kes, digit 1 ditulis seperti 壱百壱拾 untuk 110, berbanding 百十 dalam penulisan biasa.

Nombor formal:

Nombor Biasa Formal
Masih digunakan Tidak lagi digunakan
1
2
3
4
5
6
7 柒, 漆
8
9
10
100
1000 阡, 仟
10000 万, 萬

Empat wang kertas Yen, 1000-yen, 2000-yen, 5000-yen, dan 10000-yen, ditanda dengan nombor formal 千, 弐千, 五千, dan 壱万.

Bahasa Jepun Tua[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jepun Tua berkongsi beberapa perbendaharaan kata yang sama dengan Bahasa Jepun moden, tetapi ia mengandungi beberapa nombor unik yang tidak lagi digunakan.

Nombor Pembacaan Contoh Nota
1 hi1to2 hi1to2hi1 (1 hari), hi1to2to2se (1 tahun)  
2 huta hutayo1 (2 malam)  
3 mi1 mi1so1 (30)  
4 yo2 yo2so1 (40), yo2tari (4 orang)  
5 itu ituto2se (5 tahun)  
6 mu mutuma (6 cakar)  
7 nana nanase (banyak jeram) Sering digunakan untuk "banyak".
8 ya yakumo1 (banyak awan) Sering digunakan untuk "banyak".
9 ko2ko2no2 ko2ko2no2hashira (9 bangsawan/ dewa-dewa)  
10 to2 / to2wo to2woka (10 days)  
10 so1 mi1so1 (30), yo2so1 (40), muso1 (60), yaso (80) Hanya ditemui dalam kata majmuk; tidak digunakan secara tunggal.
20 hata hatati (20), hatatari (20 orang), hatato2se (20 tahun)  
50 i ika (50 hari)  
100 ho iho (500), ihoto2se (500 tahun), ihoyo2 (500 malam), yaho (800), mi1ho (300), muho (600), ko2ko2no2ho (900) Digunakan untuk gandaan ratus. Sering juga digunakan untuk "banyak".
100 mo1mo1 mo1mo1ka (banyak hari) Digunakan untuk ratus bukan gandaan. Digunakan juga untuk "banyak".
1000 ti tito2se (1000 tahun, banyak tahun) Digunakan untuk "banyak".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 大正十一年大蔵省令第四十三号 (会計法規ニ基ク出納計算ノ数字及記載事項ノ訂正ニ関スル件) 第一条: 会計法規ニ基ク出納計算ニ関スル諸書類帳簿ニ記載スル金額其ノ他ノ数量ニシテ「一」、「二」、「三」、「十」、「廿」、「卅」ノ数字ハ「壱」、「弐」、「参」、「拾」、「弐拾」、「参拾」ノ字体ヲ用ユヘシ但横書ヲ為ストキハ「アラビア」数字ヲ用ユルコトヲ得
  2. 戸籍法施行規則 第三十一条 2: 年月日を記載するには、壱、弐、参、拾の文字を用いなければならない。
  3. 小切手振出等事務取扱規程 附則 (昭和四〇年四月一日大蔵省令第二〇号) 2: 小切手の券面金額は、当分の間、所定の金額記載欄に、漢数字により表示することができる。この場合においては、「一」、「二」、「三」及び「十」の字体は、それぞれ「壱」、「弐」、「参」及び「拾」の漢字を用い、かつ、所定の金額記載欄の上方余白に当該金額記載欄に記載の金額と同額をアラビア数字で副記しなければならない。
  4. 商業登記規則 第四十八条 2: 金銭その他の物の数量、年月日及び番号を記載するには、「壱、弐、参、拾」の文字を用いなければならない。ただし、横書きをするときは、アラビヤ数字を用いることができる。