Angkatan Amanah Merdeka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Angkatan Amanah Merdeka
اڠکتن امانه مرديکا
Amanah.jpg
JenisNGO
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
PengasasTengku Razaleigh Hamzah
Diasaskan22 Julai 2011
Identiti
Orang pentingTengku Razaleigh Hamzah (Pengasas/Presiden)
FokusPolitik
Laman sesawangamanah.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakah sebuah pertubuhan sukarela, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011 di Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Urusan pendaftaran sedang diusahakan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).[1] Amanah bukanlah sebuah parti politik tetapi terdapat desakan ianya menjadi parti politik dan menyertai pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.[2]


Tujuan[sunting | sunting sumber]

Tujuan NGO ini ialah membawa suara rakyat. Misinya untuk menangani rasuah, kronisme, menangangi perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan berdasar semangat Perlembagaan Persekutuan.

Pemimpin veteran yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim. Timbalan Presiden Amanah ialah Abdul Kadir , bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam; Datuk Seri Wilfred Bumburing; Datuk Seri Bujang Ulis; dan Datuk Seri Daniel Tajem.

Spekulasi[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Amanah telah menimbulkan spekulasi bahawa ianya adalah platform untuk memastikan Tengku Razaleigh bersama beberapa timbalan presiden yang lain untuk terus kekal relevan berikutan pengaruh mereka dalam parti komponen Barisan Nasional masing-masing yang semakin merosot [3] serta bagi memungkinkan beliau sebagai calon alternatif jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk Pakatan Rakyat jikalau memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 nanti dan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dalam kes mahkahmah yang sedang dihadapi ketika itu. [4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]