Anisha Rosnah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anisha Rosnah
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri
Keputeraan (1994-11-14) 14 November 1994 (umur 29)
Brunei
PasanganPengiran Muda 'Abdul Mateen (k. 2024)
AyahandaAdam Kalebic
BondaMariam Isa
AgamaSunni Islam

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam (lahir 14 November 1994) adalah isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang juga merupakan putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri kedua baginda, Datin Paduka Seri Hajah Mariam Abdul Aziz. Anisha Rosnah merupakan cucu kepada Penasihat Sultan Brunei.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal daripada keluarga bangsawan. Datuknya merupakan penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Dato Awang Isa.[1][2][3] Ibunya ialah Siti Mariam Isa dan bapanya ialah Adam bin Abdullah (nama asal Ivica Adam Kalebic) yang juga merupakan seorang warganegara Croatia. Ibu bapa beliau sudah bercerai.[4] Beliau juga mempunyai 3 orang adik-beradik seibu dan sebapa iaitu Danial Deen Isa-Kalebic, Idris Isa-Kalebic dan Marina Isa-Kalebic. Hasil perkahwinan bapa kandungnya dengan dengan pelakon dan peguam Trudy McBride, beliau mempunyai adik-beradik sebapa antaranya Anna Maria, Jean Pierre dan Natasha.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anisha merupakan graduan dari Universiti Bath di United Kingdom.[3] Beliau juga adalah pengasas label fesyen Silk Collective dan pengasas bersama Authentirary, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pengalaman budaya merentasi pelbagai negara, menurut artikel yang diterbitkan dalam Esquire.[5]

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Pengiran Anak Isteri
  • 14 November 1994 - 11 Januari 2024: Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam
  • 11 Januari 2024 - kini : Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zheng, Zhangxin. "Brunei prince Abdul Mateen, 32, to get married in Jan. 2024". Dicapai pada 8 October 2023.
  2. ^ Singh, Keval (2023-10-08). "Brunei's Prince Mateen to marry in January 2024". The Strait Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-08.
  3. ^ a b VnExpress. "From fashion to royalty: Prince Mateen of Brunei's fiancée steps into limelight - VnExpress International". VnExpress International – Latest news, business, travel and analysis from Vietnam (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-12.
  4. ^ Rankin, Nora (2011). If I Make a Million She'll Not Get a Penny. IDKPress. ISBN 978-0971092983.
  5. ^ "Fiancée Of Brunei's Handsome Prince Abdul Mateen Is A Successful Entrepreneur Who Owns A Fashion Brand & Tourism Company". 8days (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-12.