Anti-Counterfeiting Trade Agreement

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
ACTA
Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan
Bahasa Inggeris: Anti-Counterfeiting Trade Agreement
Bahasa Perancis: Accord commercial anti-contrefaçon
Bahasa Sepanyol: Acuerdo Comercial Anti-Falsificación
{{{image_alt}}}
JenisPerjanjian beberapa hala
Dirangka
  • 15 November 2010 (semakan akhir)[1]
  • 15 April 2011 (terbitan rasmi)[2]
Ditandatangani1 Oktober 2011 di Tokyo, Jepun
Berkuat kuasa
Tidak berkuat kuasa
SyaratPengesahan oleh enam negara
Perunding
Penandatangan
Pihak1 (Jepun)[5]
PengesahJepun
Pemegang simpanan
Jepun Kerajaan Jepun
BahasaBahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol
Anti-Counterfeiting Trade Agreement di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan (ACTA, Bahasa Inggeris: Anti-Counterfeiting Trade Agreement) merupakan perjanjian pelbagai hala yang diusulkan atas tujuan mewujudkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan hak harta intelek. Perjanjian tersebut bertujuan mewujudkan rangka kerja undang-undang antarabangsa bagi barang palsu sasaran, ubat generik dan pelanggaran hak cipta di Internet, dan akan mencipta badan pentadbir di luar forum sedia ada, seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perjanjian tersebut ditandatangani pada bulan Oktober 2011 oleh Australia, Kanada, Jepun, Maghribi, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.[6] Pada tahun 2012, Mexico, Kesatuan Eropah dan 22 negara yang merupakan negara anggota Kesatuan Eropah tandatangan juga.[7] Satu penandatangan (Jepun) telah mengesahkan (lulus secara rasmi) perjanjian tersebut, yang akan berkuat kuasa di negara-negara yang mengesahkannya selepas pengesahan oleh enam negara.

Kumpulan industri dengan kepentingan dalam hak cipta, tanda dagangan dan jenis-jenis hak intelek yang lain berkata bahawa ACTA merupakan gerak balas kepada "peningkatan perdagangan sejagat barang palsu dan karya terlindung hak cipta cetak rompak". Pertubuhan seperti Motion Picture Association of America dan Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa difahami mempunyai pengaruh penting ke atas agenda ACTA.[8]

Pertubuhan yang mewakili kepentingan rakyat dan bukan kerajaan mengemukakan alasan bahawa ACTA boleh melanggar hak asasi termasuk kebebasan berpendapat dan privasi. ACTA juga telah dikritik oleh Doktor Tanpa Sempadan bagi membahayakan capaian kepada ubat di negara-negara membangun.[9] Sifat perundingan telah dikritik sebagai berahsia dan telah mengecualikan pertubuhan bukan kerajaan, negara membangun dan orang awam daripada proses perundingan perjanjian dan ia telah menghuraikan sebagai pengubahan dasar oleh critics termasuk Electronic Frontier Foundation dan Persatuan Pengguna Hiburan.

Tandatangan EU dan kebanyakan negara anggotanya mengakibatkan bantahan meluas di seluruh Eropah. Pelapor Parlimen Eropah Kader Arif letak jawatan. Penggantinya, MEP British David Martin, mengesyorkan Parlimen patut menolak ACTA, menyatakan: "Manfaat yang dirancang bagi perjanjian antarabangsa ini jauh dilebihi oleh ancaman berpotensi kepada kebebasan awam". Pada 4 Julai 2012, Parlimen Eropah menolak persetujuannya, menolaknya secara berkesan, 478 undian berbanding 39, dengan 165 berkecuali.[10][11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Perjanjian dan undang-undang berkaitan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan berkaitan[sunting | sunting sumber]

Bantahan berkaitan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan europa.eu joint statement tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan international.gc.ca 1 tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DepositaryEU tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DepositaryMx tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ratification tidak disediakan
  6. ^ Jason Walsh (11 February 2012). "Europe's Internet revolt: Protesters see threats in antipiracy treaty". The Christian Science Monitor. Dicapai pada 9 April 2012.
  7. ^ Olivia Solon (26 January 2012). "The EU signs up to Acta, but French MEP quits in protest". Wired UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2012. Dicapai pada 9 April 2012.
  8. ^ Monica Horten, A Copyright Masquerade - How Corporate Lobbying Threatens Online Freedoms, m/s. 41–65
  9. ^ "A Blank Cheque For Abuse — The Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) and its Impact on Access to Medicines" (PDF). Médecins Sans Frontières. February 2012. Dicapai pada 3 July 2012.
  10. ^ Monica Horten (4 July 2012). "Wow what a scorcher! ACTA slaughtered 478 to 39". Iptegrity.com. Dicapai pada 17 August 2013.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EP_Vote tidak disediakan

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Matthews, D.; Žikovská, P. (2013). "The Rise and Fall of the Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA): Lessons for the European Union". International Review of Intellectual Property and Competition Law. 44 (6): 626–655. doi:10.1007/s40319-013-0081-y. S2CID 154838383.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman ACTA rasmi[sunting | sunting sumber]

Teks perjanjian berwibawa[sunting | sunting sumber]

Draf awal[sunting | sunting sumber]

Laman lain[sunting | sunting sumber]

Bantahan[sunting | sunting sumber]