Arni Nazira Anuar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Arni Nazira
ARNI.jpg
Album pertama dan terakhir Arni
Latar belakang
Nama lahirArni Nazira binti Anuar
Juga dikenali sebagai
Arni
Kelahiran (1978-07-22) 22 Julai 1978 (umur 40)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1996–1999
Syarikat rakaman
Pony Canyon (1996–1999)

Arni Nazira Anuar atau Arni Nazira (lahir 22 Julai 1978) merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1996.

Album sulungnya berjudul Cinta Antara Benua diterbitkan pada tahun 1997. Menerusi album itu, Arni menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Kemudiannya Arni menceburi bidang lakonan iaitu filem Nafas Cinta pada tahun 1998 dan Bara (1999).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie pada 10 Disember 1998 di Teluk Baru, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang lahir pada tahun 2000 dan 2002.[1]

Perkahwinan tersebut berakhir pada 16 Oktober 2006 apabila Awie mengaku berkahwin dengan Rozana Misbun, adik kepada Haliza Misbun di Thailand pada tahun 2005.[2]

Arni bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009 dengan rakan sekolahnya dan kini bahagia bersama tiga cahaya mata.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (17 September 2006). Saya dah habis fikir - Arni Nazira Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  2. ^ Awie bongkar kisah perceraian.
  3. ^ Takdir cinta remaja Arni. Kosmo! (11 April 2009). Dicapai pada 20 Januari 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]