Cinta Antara Benua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cinta Antara Benua
Opentheme Song
GenreDrama
Cinta
PengarahTony Francis Gitom
Dibintangi oleh
Ahmad Idham as Wahid
Asyanti Daut as Halimah
Azhar Sulaiman as Zack
M.Rajoli as Uncle Sam
Effendi Abu Saman as Kuat
Sarifudin Marzuki as Ooi
Rozisham Harom as J.R.
Nik Farina as Haniza
Maznah Zolkifli as Siti
Richard D.R. Hughes as Rich
Chempaka Emalin as Sally
Nora (penyanyi) as Nora
Lagu pembukaanNaluri & Renungan Terakhir nyanyian Nora (penyanyi)
Lagu penutupCinta Antara Benua nyanyian Arni Nazira Anuar'
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod40 Episodes
Penerbitan
PenerbitMohd Noor Kadir
LokasiMalaysia, United Kingdom & London
Tempoh siaran5.30 p.m to 6.00 p.m
Syarikat penerbitan
Kuasatek Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal1997

Cinta Antara Benua merupakan sebuah drama yang ditayangkan di slot drama Isnin hingga Khamis 5.30 petang di TV3.[1] Drama ini mendapat sentuhan pengarah Tony Francis Gitom. Drama ini mengisahkan suka duka sekumpulan pelajar dari Malaysia yang mengharungi pelbagai cabaran, dugaan dan percintaan ketika menuntut di Newcastle dan London.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berkisah tentang kehidupan pahit manis pelajar-pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajar ke Newcastle, United Kingdom dan Kota London.

Wahid (Ahmad Idham) dan Zack (Azhar Sulaiman) bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Zack telah ditunangkan dengan Halimah (Asyanti) atas permintaan keluarga mereka.

Zack melanjutkan pelajaran di University di Kota London manakala Wahid dan Halimah melanjutkan pelajar di Universiti yang sama di New Castle, United Kingodm. Siti (Maznah) tunang kepada abang sulung Wahid, Mahadi yang juga bertunang atas permintaan keluarga melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama.

Kuat (Effendi) dan Ooi (arwah Sarifudin Marzuki) sahabat baik bekerja sebagai crew production drama, tv dan pelakon tambahan melanjutkan pelajaran di New Castle dalam bidang Pengarahan dan Perfileman.

JR (Rozisham) pelajar cemerlang yang juga bekas kekasih Nora, berasal dari Kelantan berubah arah tuju ketika melanjutkan pelajaran di New Castle kesan pengaruh buruk dan akibat tersalah pilih kawan.

Haniza (Nik Farina) yang bekerja sebagai pengacara hiburan tv melanjutkan dalam bidang yang sama dengan Kuat dan Ooi di New Castle. Berperwatakan tomboy, Kuat dan Haniza sering bertegang leher sehinggalah berlaku kejadian buruk kepada Haniza ketika Malam Halloween, Kuat antara orang yang banyak membantu Haniza dan bermulalah percintaan antara mereka.

Uncle Sam (arwah M. Rajoli) lelaki tua yang berasal dari Kelantan tetapi sudah lama menetap di New Castle memiliki rumah dan menyewakan bilik bilik di rumahnya kepada Wahid, JR, Kuat, Ooi, Halimah, Siti dan Haniza dan mengganggap mereka seperti anak anaknya sendiri. Uncle Sam membawa diri ke New Castle kerana terkilan dengan tindakan ayahnya dan orang-orang kampung dan tidak mahu kembali semua ke kampung halamannya.

Ooi anak orang berada tetapi tidak sombong. Seorang yang sangat baik dan lucu. Sering menjadi bahan usikkan dan gurauan rakan-rakannya namun tidak mudah terasa hati malah berlaku baik dan suka membantu rakan-rakannya terutama skali Kuat. Ooi ada menaruh hati pada Liza (Liza Ismail, sekarang pengarah), kawan sekuliah Haniza, yang baru putus cinta dengan senior bernama Ramli Salleh. Namun Ooi tidak bernasib baik dalam soal cinta tetapi berjaya menumpukan perhatiannya pada pelajaran.

Zack telah bertemu dengan Sally (Chempaka) di London. Zack pada mulanya hanya menganggap Sally sekadar teman biasa namun semakin lama, Zack mencintai Sally dan bertekad ingin memutuskan pertunangannya dengan Halimah tetapi dihalang oleh Wahid. Zack sedar akan perasaan Wahid terhadap Halimah, dan meminta Wahid menggantikan tempatnya.

Namun, dalam usaha Wahid menawan hati Halimah, bapa Halimah meninggal dunia dan meminta Halimah dan Zack segera berkahwin sebagai wasiat yang terakhir. Rich (Richard) terpaksa berterus-terang dengan Sally yang Zack sudah berkahwin dan Wahid pula terlalu kecewa sehingga menimbulkan pergaduhan besar antara dia dan Zack.

Siti yang selama ini memendam perasaan terhadap Wahid cuba memujuk dan menemani Wahid ketika ini. Hubungan mereka semakin lama semakin intim sehinggakan Siti terlupa yang dia bakal berkahwin dengan Mahadi abang sulung Wahid, sendiri. Halimah menasihati agar berhati-hati kerana khuatir perkara sama berulang kembali.

Plot Tergantung[sunting | sunting sumber]

Episode drama Cinta Antara Benua seolah olah tergantung dan tidak disudahi dengan penghujung cerita yang jelas.

Pada Episode ke-40, beberapa sedutan atau plot untuk rumusan penonton sendiri:-

1. Kuat dan Haniza akhirnya ke jinjang pelamin dan majlis mereka dihadiri rakan-rakan (reunion)

2. Uncle Sam kembali semula ke kampung halamannya dan ke rumah usang orang tuanya. Kelihatan Uncle Sam membonceng motor berkuasa tinggi ditemani oleh seorang wanita sebaya dengannya. Adakah itu kekasih lama Uncle Sam?

3. Wahid berusaha meyakinkan Siti bahawa dia amat mencintai Siti tetapi Siti seolah-olah berputus asa. Wahid menemui Mahadi dan menceritakan hubungannya dengan Siti dan menimbulkan kemarahan Mahadi sehingga rahsia Wahid sebagai anak angkat terbongkar.

4. Melalui Kuat dan Ooi, Wahid menggetahui Zack dan Halimah sudah bercerai. Di hujung cerita kelihatan Halimah sedang khusyuk melakukan sesuatu dan Wahid mendatangi Halimah.

Beberapa persoalan yang timbul:-

1. Adakah Wahid dan Halimah akan bersama? 2. Adakah Zack kembali semula kepada Sally? 3. Bagaimanakah perhubungan Wahid, Mahadi dan Siti? 4. Ooi pula tidak diceritakan penghujungnya.

Mutu Lakonan[sunting | sunting sumber]

1. Ahmad Idham sebagai pendatang baru pada tahun 1997, Cinta Antara Benua merupakan drama pertama lakonan beliau sebagai pelakon utama. Lantaran lakonan beliau yang berkesan, menjadikan drama ini fenomena sepanjang tahun 1997. Tahniah buat Ahmad Idham.

2. Azhar Sulaiman sebagai penampilan istimewa dan sememangnya pelakon yang sudah tidak asing lagi. Lakonan bersahajanya memantapkan lagi drama Cinta Antara Benua ini.

3. Effendi dan Sarifudin dua watak tambahan yang sangat penting ditambah dengan gaya lakonan mereka yang bersahaja, santai dan tidak kekok. Amat kagum melihat mutu lakonan mereka disamping skrip yang diberikan mempunyai hubunga kait industri lakonan dan perfileman. Sindirian halus diiringi jawapan jawapan yang jitu membuatkan penonton terbuka akan industri perfileman di Malaysia.

4. Asyanti, pendatang baru dalam dunia drama Melayu juga berjaya menjiwai dan membawa watak sebagai Halimah. Gaya lakonan yang tidak kekok, ternyata Asyanti juga membantu menaikkan drama Cinta Antara Benua menjadi fenomena sepanjang tahun 1997

5. Rozisham juga pendatang baru yang berjaya menjiwai watak sebagai JR. Lakonannya yang bersahaja tetapi berkesan.

6. Maznah dan Nik Farina kedua-duanya juga pelakon baru berjaya membawa watak Siti dan Haniza dengan baik. Walaupun masih baru mereka tidak kelihatan canggung malah tampil bersahaja.

TRiViA CiNTa AnTaRa BeNuA 20th years anniversary;

  • Wahid bekerja bersama Halimah Di bawah satu bumbung FINAS, sekarang, (updated jun2019)
  • Siti seorang biker sudahpun berkahwin
  • Quat sudah bekerja Di Malaysia setelah lama merantau Di UK, setelah grad dari NewCastle. Antara Hasil kerja tersohor Di bawah production house Ziela Jalil, is drama bersiri "Rindu bertamu di Abu Dhabi"
  • Zack menjadi arkitek yg tersohor, di samping ada produk susu unta yg tersendiri. Dan beliau sudahpun berkeluarga dengan Sally.
  • Ooi menjawat jawatan terakhir sebagai pensyarah di negeri Terengganu dalam bidang teater, namun beliau telah kembali ke rahmatullah pada 20june2016, akibat sakit ketumbuhan dalam perut.AlFatihah..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Cinta_Antara_Benua#/editor/2