Arsène Wenger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arsène Wenger
Arsene Wenger.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuh Arsène Wenger
Tarikh lahir (1949-10-22) 22 Oktober 1949 (umur 67)
Tempat lahir Strasbourg, Perancis
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3+316 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Arsenal (pengurus)
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1973-1975
1975-1978
1978-1981
FC Mulhouse
Vauban Strasbourg
RC Strasbourg
39 (7)
80 (20)
11 (0)[1]
Pasukan diurus
1984-1987
1987-1994
1994-1996
1996-kini
AS Nancy
AS Monaco
Nagoya Grampus Eight
Arsenal
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Arsène Wenger OBE[2] (lahir 22 Oktober 1949 di Strasbourg) merupakan seorang pengurus bola sepak Perancis yang mengurus kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal sejak 1996. Beliau merupakan pengurus paling lama dan paling berjaya dalam menguruskan kelab itu.

Beliau dilahirkan di Strasbourg dan dibesarkan di Duttleheim. Bapa beliau yang juga pengurus pasukan bola sepak kampung memperkenalkan bola sepak kepada Arsene, beliau telah menerima diploma pengurusan pada tahun 1981. Berikutan kegagalan untuk mengurus Nancy dan meninggalkan kelab tersebut pada 1987. Beliau menjadi pengurus AS Monaco dan memenangi Kejuaraan Liga Perancis pada 1988. Pada 1991, Wenger membawa Monaco untuk memenangi Piala Perancis, Wenger meninggalkan kelab itu pada 1994. Beliau kemudiannya menjadi jurulatih kepada Nagoya Grampus Eight dalam Liga J. Jepun, dan memenangi Piala Maharaja dan Piala Super Jepun.

Beliau dilantik sebagai pengurus Arsenal pada 1996; beliau telah memenangi kedua-dua Liga dan Piala FA pada tahun berikutnya. Kelab dibawah bimbingan Arsene Wenger itu sekali lagi menjuarai double Liga dan Piala FA; mereka juga memenangi Piala FA Inggeris pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, Arsenal telah memenangi Liga tanpa sebarang kalah iaitu sebanyak 49 perlawanan dan merekodkan kelab paling lama tidak kalah dalam rekod bola sepak Inggeris. Pada tahun 2006, kelab itu berjaya ke perlawanan akhir Juara-Juara Eropah tetapi kalah kepada kelab Sepanyol, FC Barcelona.

Beliau diberi gelaran "Le Professeur" yang sering digunakan oleh peminat dan media-media Inggeris. Pendekatan beliau terhadap perlawanan telah membawa kepada perlawanan yang menarik dan ditontoni. Dibawah bimbingan Wenger, Arsenal telah dikritik kerana mengumpul 100 kad merah dari September 1996 hingga Februari 2014, walaupun telah memenangi anugerah sukan adil.

Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]

Arsene Wenger dilahirkan pada 22 Oktober 1949 di StrasbourgAlsace, kepada Alphonse and Louise Wenger. Arsène merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Beliau menetap di Duppigheim pada 1950an, tetapi banyak menghabiskan masa di kampung jiran iaitu di Duttlenheim, 10 batu selatan-barat di Strasbourg.

Mengikut bapa beliau yang juga menjadi pengurus kepada pasukan kampung, Wenger telah diperkenalkan kepada bola sepak ketika berusia 6 tahun. Beliau dibawa ke permainan di Jerman dimana beliau tertarik kepada kelab Borussia Mönchengladbach; Wenger dan budak-budak sekampung sering meminta izin daripada paderi Katolik untuk bermain bola pada waktu petang.

Kareer[sunting | sunting sumber]

Berikutan pemain yang berkurangan di kampung beliau, berlaku kesukaran untuk pemilihan pemain-pemain bola sepak untuk mencukupkan 11 orang pemain yang sama usia; Wenger akhirnya berjaya bermain dalam kelab itu ketika berusia 12 tahun. Pada 1969, Wenger telah dijadikan pemain kepada kelab divisi ketiga iaitu Mutzig yang dikenali sebagai "kelab amatur terbaik" yang diuruskan oleh Max Hild yang juga bertindak sebagai mentor Wenger. Ketika itu, Wenger sudah berusia 20 tahun yang dianggap sebagai terlambat untuk membina reputasi sebagai seorang pemain bola sepak yang terkemuka; beliau akhirnya menyedari bahawa beliau tiada masa depan dalam permainan bola sepak.

Beliau telah menjaga perniagaan alat ganti keluarga tetapi sering mempertingkatkan pemerhatian beliau kepada bola sepak, beliau sering membeli majalah France Football dan sering menonton perlawanan bola sepak Bundesliga untuk mempertingkatkan keupayaan dalam menonton kelainan pengurusan strategi bola sepak.

Wenger meneruskan pelajaran beliau dan memasuki Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sains di Strasbourg Universiti untuk membaca politik dan ekonomi selepas pembelajaran terhadap perubatan. Pada 1973, beliau telah menyertai kelab separa professional Mulhouse untuk seimbangkan bola sepak dengan pelajaran. Wenger menyiapkan ijazah ekonomi dan setahun kemudian, mewakili skuad pelajar Perancis dan melawat Nigeria, Lebanon dan Uruguay.  

Di Mulhouse, Wenger telah diuruskan oleh Paul Frantz yang seiras seperti Hild untuk memberi impak kepada kareer Wenger. Frantz memberi kepercayaan kepada Wenger tentang kepentingan nutrisi pemakanan, isometrics dan bekerja dengan seorang pemain bola sepak. Wenger bermain di posisi tengah, sering diletakkan di belah kanan. Pada perlawanan mereka pada 1974-75, kelab itu menewaskan AS Nancy untuk mengelakkan penyingkiran tetapi Frantz bertindak untuk meletak jawatan. Wenger juga membuat keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut kerana berulang-alik ke Mulhouse dari Strasbourg menyukarkan beliau. Pada 1975, beliau telah ditandatangani oleh kelab amatur SPV Strasbourg. Ini disebabkan Hild memerlukan seorang pemain tengah dan pemain yang mampu memegang pasukan, akhirnya beliau memutuskan untuk merekrut Wenger. Kelab ini berjaya mengekalkan prestasi untuk memuncak dalam Liga Perancis sejak penubuhannya; tahun ketiga Wenger dikelab ini berjaya memuncakkan kelab untuk menaiki liga kepada liga ketiga.

Pada 1978, Hild menyertai RC Strasbourg sebagai jurulatih pasukan simpanan. Kedudukan ini menyebabkan beliau memerlukan seorang pemain berpengalaman untuk bekerja dengan pemain muda. Hild dan Frantz mengesyorkan Wenger dan bejaya menyakinkan pengurus kelab itu, Gilbert Gress untuk menandatangani Wenger. Hild memindahkan Wenger dari posisi tengah ke posisi pertahanan. Pada 1978, beliau membuat kemunculan pertama untuk pasukan menentang MSV Duiburg dalam UEFA Cup tetapi Strasbourg tewas 4-0. Sebulan kemudian, mereka menentang dengan juara Liga Pertama Perancis, AS Monaco. Pada hujung musim 1978-79, RC Strasbourg memenangi liga tersebut tetapi Wenger tidak dapat menyertai sambutan kemenangan kerana sibuk dengan pemain-pemain muda.

Wenger menghabiskan dua tahun terakhirnya terutamanya dengan menguruskan pasukan simpanan RC Strasbourg. Beliau mula menyedari tentang kepentingan berbahasa Inggeris dan menghabiskan cuti beliau belajar bahasa Inggeris selama 3 minggu di Cambridge. Wenger turut menuntut lencana kejurulatihan di CREPS di Strausbourg. Program seterusnya mengambil tempat di Vichy yang tersebar lebih tiga minggu. Wenger akhirnya berjaya mempraktikkan latihan Frantz, terutamanya isometrik. Pada 1981, beliau menerima diploma pengurusan di Perancis.

Kareer Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Nancy dan AS Monaco[sunting | sunting sumber]

Pada 1983, Wenger menyertai pasukan Liga Kedua Perancis iaitu AS Cannes sebagai pembantu jurulatih. Setahun kemudian, berikutan pengesyoran oleh Aldo Platini (ayah kepada Michel Platini), beliau dilantik menjadi pengurus AS Nancy, yang bertanding dalam Liga Pertama Perancis. Pada hujung musim 1984-85, Nancy berjaya menduduki kedudukan ke-12 di tangga liga, naik tiga anak tangga dari musim lepas. Walau bagaimanapun, kelab itu menghabiskan musim 1985-86 di posisi ke-18 dan berjaya memenangi pertandingan kalah mati untuk mengelakkan penyingkiran. Musim terakhir Wenger di Nancy berakhir di posisi ke-19 dan tersingkir ke Liga Kedua Perancis (Ligue 2); walau bagaimanapun, Wenger dipertahankan dengan kenyataan "Bukan salah beliau, beliau tiada wang untuk dibelanjakan".

Semasa di Nancy, Wenger tertarik dengan minat pasukan Ligue 1, AS Monaco. Wenger memutuskan untuk menguruskan pasukan itu dan meletakkan surat letak jawatan tetapi ditolak oleh presiden Nancy, Jacques Rousselot. Berikutan penyingkiran Nancy pada 1987, Wenger telah diberi keizinan untuk meninggalkan kelab untuk menyertai AS Monaco.

Wenger telah mengenal pasti beberapa pemain-pemain yang sesuai dan diperlukan untuk beliau membina sebuah pasukan. Pemain tengah Tottenham Hotspur Glenn Hoddle, telah diberi pemindahan secara percuma dan Patrick Battiston, telah tamat kontrak dari Bordeaux telah ditandatangani oleh Wenger. Pemain serangan Mark Hateley meninggalkan Milan untuk menyertai Monaco dan telah diberi semangat untuk belajar dari Hoddle yang bermain dari kedudukan yang sama dengan beliau. ]Monaco memenangi liga dalam musim pertama Wenger, enam mata mendahului Bordeaux, yang menduduki kedudukan kedua liga. Walaupun Monaco sering menjaringkan lebih banyak gol 1988-89 berikutan pembelian pemain serangan Liberia, George Weah; Monaco gagal untuk memenangi liga dan hanya ditempatkan di tempat ketiga dibelakang Olympique de Marseille dan Paris Saint-Germain. Kelab Monaco berjaya mencapai pusingan terakhir dalam Piala Perancis, tetapi tewas 4-3 kepada Marseille. 

Monaco sekali lagi menduduki kedudukan ketiga dalam musim 1989-90; pemain serangan, Ramón Díaz menjaringkan 15 gol pada musim pertama beliau. Monaco menewaskan Marseille dalam Piala Perancis menerusi gol minit akhir oleh Gérald Passi. Pada musim 1991–92, Monaco menduduki kedudukan kedua liga dan kalah perlawanan terakhir 2-0 kepada Wender Bremen dalam Piala Juara-Juara Eropah. Walaupun Monaco berjaya mendapatkan khidmat penyerang  Jürgen Klinsmann, kelab tersebut tidak dapat berjaya memenangi kejuaraan liga. Monaco tidak berjaya sampai ke separuh akhir dalam Liga Juara-Juara Eropah pada April 1994, tetapi tewas kepada pemenang sebenar AC Milan. Berikutan kebersanaan dan kejayaan Wenger di Monaco, Wenger telah diburu oleh kelab Jerman, Bayern Munich yang inginkan Wenger sebagai pengurus pasukan seterusnya. Monaco tidak mahu melepaskan Wenger dan beliau juga turut membuat keputusan untuk kekal, tetapi berikutan awal musim yang lemah pada 1994-95 menyebabkan Wenger dipecat pada 17 September 1994, apabila Monaco yang juga berada di kedudukan ke-17 di tangga liga. Pada 2001, Wenger menyatakan bahawa impak rasuah telah menyebabkan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Perancis, dimana Marseille juga yang turut bersalah kerana mengatur perlawanan pada 1994.

Nagoya Grampus Eight[sunting | sunting sumber]

Pada January 1995, Wenger menyertai pasukan Liga J. Jepun, Nagoya Grampus Eight. Beliau mengupah bekas pengurus, Boro Primorac, yang juga menjadi kawan baik beliau pada 1993. Wenger juga turut memberi sokongan kepada pengurus Bosnia itu kerana memberikan bukti berkenaan pengaturan perlawanan Marseille, Primorac kekal sebagai pembantu Wenger dan kekal pada jawatan itu sehingga 2014, beliau masih mengekalkan jawatan itu.

Wenger menyambut kejayaan 18 bulan bersama kelab tersebut apabila Nagoya Grampus bejaya memenangi pertandingan piala negara, Piala Emperor, pada musim pertama beliau dan menerima anugerah Pengurus Tahunan Liga J. pada 1995. Pada musim terakhir beliau, Nagoya Grampus menduduki kedudukan kedua takhta liga. Pasukan itu berada dalam kedudukan terbaik sehingga tahun 2010, apabila bekas protege Wenger, Dragan Stojković membawa kelab itu memenangi liga buat kali pertama. 

Arsenal[sunting | sunting sumber]

1996-2003[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1996, Arsenal telah memecat pengurus Bruce Rioch. Walaupun beberapa pembuat buku menyatakan bekas pengurus dan pemain Barcelona, Johan Cruyff telah menjadi kegemaran untuk dilantik menjadi pengurus, Arsenal secara mengejut telah melantik Wenger sebagai pengurus pada 30 September 1996. Beliau terus dianggap secara rasmi untuk kedudukan itu pada hari berikutnya. Wenger merupakan kawan baik kepada naib pengerusi kelab, David Dein, dimana mereka pertama kali bertemu ketika perlawanan Arsenal menentang Quuen Park Rangers pada 1988.

Sebulan sebelum mengambil alih, Wenger telah menasihati kelab itu untuk menandatangani pemain-pemain tengah Perancis seperti Patrick Vieira dan Rémi Garde. Perlawanan pertama beliau ialah kemenangan 2-0 menentang Blackburn Rovers pada 12 Oktober 1996, tetapi beliau mencadangkan perubahan kepada pengurus sementara Pat Rice dalam kekalahan pasukan kepada Borussia Mönchengladbach, berikutan pelawanan Piala UEFA pada 25 September 1996. Arsenal tamat pada posisi ketiga pada musim pertama Wenger dan gagal untuk kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada musim pertama beliau yang penuh, Arsenal telah memenangi Liga Perdana dan Piala FA untuk membantu pasukan mencetuskan kemenangan kedua-dua dalam sejarah pasukan. Pasukan pada awalnya 12 mata kekurangan ketika beberapa minggu sebelum akhir musim dibelakang pendahulu liga, Manchester United. Kejayaan Arsenal telah dibina menerusi kejayaan pemain pertahanan, yang dilakukan oleh bekas pengurus George Graham yang terdiri daripada Tony Adams, Steve Bould, Nigel Winterburn, Lee Dixon dan Martin Keown. Pemain-pemain pertahanan tersebut memberi sumbangan berikutan lapan pelawanan tanpa bolos dari bulan Januari hingga Mac 1998. Wenger menggangap penyerang Belanda, Dennis Bergkamp sebagai seorang "pemankin" untuk pasukan meneruskan permainan terbaik sehingga tamat musim. Pemain baru yang ditandatangani, Petit dijadikan pasangan bersama Vieira, pemain sayap Marc Overmars dan penyerang Nicolas Anelka merupakan persiapan Arsene Wenger yang membuahkan hasil. 

Musim yang seterusnya agak gagal bagi Arsenal; pada musim 1998-99, kelab itu gagal untuk mempertahankan kejuaraan liga dimana berada di posisi kedua liga dibelakang pasukan musuh ketat, Machester United. United juga turut menyingkirkan Arsenal dalam perlawanan semula separuh akhir Piala FA Inggeris, yang dijaringkan oleh Ryan Giggs sebagai gol kemenangan. Setahun kemudian, Arsenal tewas kepada Galatasaray dalam pertandingan Piala UEFA 2000 yang diakhiri dengan penalti. Pada 2001, mereka ditewaskan oleh Liverpool dalam Piala FA 2001. Semasa kemarau trofi, Overmars dan Petit bertindak meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona; Wenger pula disarankan dan dikhabarkan untuk menjadi jurulatih di sana. Akan tetapi, beliau menandatangani kontrak empat tahun baharu pada Julai 2001 dan berjanji kepada Arsenal untuk terus komited kepada kelab tersebut. Arsenal membuat beberapa pembelian, yang turut serta pemain pertahanan Sol Campbell, dalam permindahan percuma daripada kelab musuh setempat, Tottenham Hotspur dan pemain tengah Giovanni van Bronckhorst dari Rangers. Fredrik LjungbergThierry Henry and Robert Pirès ditandatangani sebelum bermulanya musim pemindahan, kini berjaya diperkenalkan dalam pasukan utama.

Arsenal sekali lagi bejaya mencapai kemenangan kedua-dua Piala FA dan liga pada musim 2001-02, kemenangan tersebut disambut ketika memenangi perlawanan keatas Manchester United di Old Trafford yang menjadi perlawanan penentuan juara musim tersebut. Penyerang Sylvain Wiltord menjaringkan gol kemenangan untuk memastikan kejuaraan liga. Empat hari sebelumnya, Arsenal telah menewaskan Chelsea 2-0 dalam perlawanan akhir Piala FA 2002. Arsenal merekodkan gol dalam setiap perlawanan dalam musim itu dan tiada kekalahan dalam statistik bukan tuan rumah.

Arsenal meneruskan pertunjukan yang baik dalam musim 2002-03; pasukan itu berjaya melepasi rekod Nottingham Forrest dimana 22 perlawanan bukan tuan rumah tanpa kalah dan Arsenal juga berjaya mengatasi Manchester United dimana 29 perlawanan tanpa kalah. Pertunjukan Arsenal yang bagus itu membuatkan Wenger mengumumkan bahawa Arsenal mempunyai kemungkinan untuk menamatkan seluruh musim tanpa tewas. Arsenal tewas kepada Everton sebulan selepas komen Wenger, kekalahan yang pertama sejak December 2001; tetapi Arsenal berjaya mendahului Manchester United sebanyak 8 mata hingga Mac 2003. Walau bagaimanapun, Dalam beberapa minggu sebelum tamat musim, Manchester United berjaya mengatasi Arsenal berikutan Arsenal yang seri menentang Bolton Wanderers walaupun telah mendahului 2-0 dan kalah sebagai tuan rumah menentang Leeds United. Walau bagaimanapun, Arsenal berjaya mengimbangi dengan kemenangan 1-0 terhadap Southampton dalam perlawanan akhir Piala FA.

2003-2011[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2003-04, Arsenal mencipta sejarah apabila menghabiskan musim tanpa sebarang kekalahan dan memenangi Liga Perdana inggeris; percapaian yang berjaya dilakukan oleh pasukan Preston North End 115 tahun sebelum dalam Liga Bolasepak Inggeris. 49 perlawanan tanpa kalah akhirnya gagal apabila kalah kepada Manchester United pada 24 Oktober 2004. Pasukan itu menyambut kempen yang kuat pada 2004-05 tetapi mengakhiri di tempat kedua di belakang Chelsea, yang berada 12 mata dihadapan. Arsenal sekali lagi memenangi Piala FA apabila menentang Manchester United dalam penalti berikutan perlawanan tanpa gol.

Arsenal agak muram pada musim 2005-06 dan 2006-07 dimana Arsenal berada dikedudukan keempat dalam kedua-dua musim; mereka juga buat pertama kali gagal berada di tempat kedua keatas di bawah pimpinan Wenger. Arsenal akhirnya berjaya capai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Mei 2006 tetapi tewas kepada kelab gergasi sepanyol, FC Barcelona yang turut memenangi Liga Sepanyol pada musim tersebut. Pada akhir musim 2005-06, Arsenal berpindah dari Highbury ke Emirates Stadium, Wenger yakin bahawa pemindahan ini mampu membantu kewangan kelab dalam masa depan.  

Berikutan pemindahan Dein pada April 2007, Thierry Henry dilantik sebagai kapten pasukan dua bulan kemudian, membawa kepada tiada jaminan terhadap pengurusan Wenger kerana kelab itu kurang dalam musim 2007-08. Pada September 2007, Wenger menandatangani kontrak selama 3 tahun kekal di Arsenal dan menyatakan bahawa beliau akan terus komited kepada kelab tersebut dan memberi dakwaan sebagai "Kelab Seumur Hidup". .Arsenal mengakhiri musim tersebut dengan kedudukan ketiga apabila diatasi oleh Manchester United dan kemudiannya, Chelsea.

Arsenal mempunyai kesukaran permulaan musim pada musim ke-12 Wenger, kelab itu menamatkan khidmat Gallas dari kedudukan kapten beliau selepas Gallas secara terbuka mempersoalkan rakan sepasukan; Wenger bertindak dengan melantik Cesc Fàbregas sebagai pengganti. Arsenal berada di kedudukan keempat dan capai ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA; sejurus itu, Wenger dikritik oleh peminat-peminat Arsenal. Wenger memberi pujian kepada penyokong Arsenal walaupun beliau seumpama diugut seperti hendak dibunuh. Arsenal capai kedudukan ketiga pada musim 2009-10 dan tewas dalam perlawanan suku akihir oleh FC Barcelona. Beliau memberi pujian kepada Lionel Messi dan menanggap beliau seperti pemain bola sepak "PlayStation".

Pada Ogos 2010, Wenger telah menandatangani tiga tahun kontrak untuk meneruskan kerjaya pengurusan beliau bersama-sama Arsenal.

2011–kini[sunting | sunting sumber]

Pada awal musim 2011-12, Arsenal menjual pemain-pemain utama mereka seperti Cesc Fàbregas ke FC Barcelona and Samir Nasri ke Manchester City. Penggantungan dan kecederaan menyebabkan persefahaman kepada pasukan tersebut kalah 8-2 kepada Manchester United di Old Trafford pada 29 Ogos 2011, kekalahan Arsenal terteruk sepanjang 115 tahun. Sir Alex Ferguson telah memberi komen yang mempertahankan Wenger dari kritikan, dimana ramai yang mengkritik polisi pemindahan beliau. Tewas kepada Tottenham Hotspur pada bulan Oktober bermakna Arsenal telah menghadapi kesukaran permulaan musim yang paling teruk sepanjang 58 tahun, dimana 4 tewas dalam 7 perlawanan pembukaan. Walau bagaimanapun, pasukan ini berjaya menduduki kedudukan ketiga liga dan berjaya memasuki Liga Juara-Juara Eropah dalam 15 musim berturut-turut. Penyerang Robin Van Persie, yang dilantik Wenger sebagai kapten telah menjaringkan 37 gol, dalam musim pertama beliau bebas kecederaan. Beliau menyertai Manchester United pada Ogos 2012 dan Wenger mengaku bahawa pembelian Olivier Giroud dan Lukas Podolski merupakan penyediaan untuk penjualan Robin Van Persie.

Pada 22 Mac 2014, Wenger telah tewas 6-0 kepada Chelsea di Stamford Bridge berikutan perlawanan ke-1000 beliau sebagai pengurus Arsenal. Pada 17 May 2014, Arsenal memenangi Piala FA menentang Hull City dalam keputusan 3-2. Sebulan kemudian, Wenger menandatangani tiga tahun kontrak yang bertahan sehingga 2017.

Pada 30 Mei 2015, Arsenal menewaskan Aston Villa 4-0 di Stadium Wembley untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA dan memberikan Wenger persamaan-rekod sebanyak enam piala yang dimenangi.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Wenger mengahwini bekas pemain bola keranjang Annie Brostherhous, dan mempunyai seorang anak perempuan Léa dan menetap di Totteridge, London. Wenger dan Brosterhous berpisah pada tahun 2015. He menghabiskan masa beliau mempelajari perlawanan bola sepak: "Saya menonton setiap perlawanan pada setiap hari," dan mempunyai minat terhadap politik.

Beliau telah mengarang sebuah buku pengurusan bola sepak eksklusif untuk pemasaran Jepun iaitu Shōsha no Esupuri (勝者のエスプリ lit. The Spirit of Conquest?) dalam Bahas Inggeris, diterbitkan oleh Japan Broadcast Publishing pada Ogos 1997. Buku tersebut menunjukkan falsafah pengurusan, ideal dan nilai, begitu juga yang beliau sangkakan dalam bola sepak Jepun dan perlawanan secara keseluruhan.

Wenger ialah Katolik Roman, membesar bepetah berbahasa Perancis dan Jerman, dan mempelajari bahasa Inggeris, Sepanyol dan Itali. Beliau juga turut mempelajari sedikit bahasa Jepun; menjadikan beliau berjaya menguasai hampir enam bahasa keseluruhan dan dihormati kerana perkara tersebut.

Pada tahun 2010, Wenger memohon bersendirian apabila akhbar Inggeris mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dengan penyanyi Perancis. Wenger menyatakan bahawa kenyataan itu beliau ingin urus janji secara peribadi.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Statistik bermain[sunting | sunting sumber]

[259][260]

Musim Kelab Liga Liga Piala Eropah Jumlah
Pen Gol Pen Gol Pen Gol Pen Gol
1969–70 Mutzig CFA
1970–71 Liga 3
1971–72
1972–73 3 1 3 1
1973–74 FC Mulhouse Ligue 2 25 2 25 2
1974–75 31 2 31 2
1975–76 ASPV Strasbourg Bas-Rhin 3 1 3 1
1976–77 Division d'Honneur 5 0 5 0
1977–78 Liga 3
1978–79 RC Strasbourg Ligue 1 2 0 1 0 3 0
1979–80 1 0 1 0
1980–81 8 0 1 0 9 0
Jumlah kareer 67 4 12 2 1 0 80 6

Statistik pengurusan[sunting | sunting sumber]

Hingga 26 September 2015
Kelab Dari Hingga Rekod
G M S K M%
AS Nancy 1 Julai 1984 1 Julai 1987 114 33 30 51 28.95
AS Monaco 1 Julai 1987 17 September 1994 266 130 53 83 48.87
Nagoya Grampus 9 Disember 1994 30 September 1996 56 38 0 18 67.86
Arsenal 1 Oktober 1996 Kini 1,076 619 250 207 57.53
Jumlah 1,512 820 333 359 54.23

Kepujian[sunting | sunting sumber]

Kepujian bermain[sunting | sunting sumber]

Strasbourg
  • Ligue 1: 1978–79

Kepujian pengurusan[sunting | sunting sumber]

Monaco
  • Ligue 1: 1987–88
  • Piala Perancis: 1990–91
Nagoya Grampus
  • Piala Emperor/Maharaja: 1995
  • Piala Super J-League: 1996
Arsenal
  • FA Liga Perdana(3): 1997–98, 2001–02, 2003–04
  • Piala (6): 1997–98, 2001–02, 2002–03, 2004–05, 2013–14, 2014–15
  • FA Perisai Komuniti (6): 1998, 1999, 2002, 2004, 2014, 2015
Individu
  • Pengurus Tahunan Perancis: 2008
  • Pengurus Tahunan J. League: 1995
  • Pegawai Empayar British: 2003[217]
  • Jurulatih Tahunan Onze d'Or: 2000, 2002, 2003, 2004
  • Pengurus Tahunan Liga Perdana Inggeris:[263] 1998, 2002, 2004
  • Pengurus Tahunan LMA: 2001–02, 2003–04[264][265]
  • Jurulatih Dunia Sepanjang Dekad IFFHS : 2001–2010[222]
  • Anugerah Personaliti Jurulatih Tahunan BBC Sports: 2002, 2004[266][267]
  • Kebebasan Islington: 2004[268]
  • Anugerah FWA Tribute: 2005[269]
  • Dewan Kemasyhuran English Football: 2006[218]
  • Pengurus Bulanan Liga Perdana Inggeris:[263] March 1998, April 1998, October 2000, April 2002, September 2002, August 2003, February 2004, August 2004, September 2007, December 2007, February 2011, February 2012, September 2013, March 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Arsène Wenger profile". Racingstub, unofficial RC Strasbourg site. 
  2. ^ "2003 Queen's birthday honours announced". 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]