Jorge Luiz Frello

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jorginho
Jorginho 2016.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Jorge Luiz Frello Filho
Tarikh lahir (1991-12-20) 20 Disember 1991 (umur 29)
Tempat lahir Imbituba, Brazil
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 5
Kerjaya remaja
2007–2010 Verona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2014 Verona 89 (11)
2010–2011Sambonifacese (pinjaman) 31 (1)
2014–2018 Napoli 133 (2)
2018– Chelsea 96 (13)
Pasukan kebangsaan
2016– Itali 29 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021 (UTC)

Jorge Luiz Frello Filho (lahir 20 Disember 1991) atau lebih dikenali sebagai Jorginho merupakan pemain bola sepak Itali kelahiran Brazil yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Chelsea dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Brazil tetapi berpindah ke Itali pada usia yang teramat muda dan dibesarkan di negara itu. Beliau menjadi pemain remaja kelab Verona. Pada Jun 2010, Jorginho dipinjam ke kelab A.C. Sambonifacese] dan beliau bermain pada musim pertamanya sebagai pemain senior di kelab Veneto. Beliau telah beraksi sebanyak 31 kali dan menjaringkan satu gol serta membuat sepuluh hantaran.

Hellas Verona[sunting | sunting sumber]

Selepas menghadapi musim yang baik di Sambonifacese, beliau kemudian kembali ke Verona. Beliau membuat penampilan pertama untuk kelabnya pada 4 Septmber 2011 pada perlawanan menentang Sassuolo, beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-76.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Januari 2014, beliau menyertai kelab Napoli dengan kontrak empat tahun setengah. Pada 12 Februari, beliau menjaringkan gol lewat perlawanan dan mengubah kedudukan 3-2 untuk membawa Napoli ke perlawanan akhir Coppa Italia 2014 ke atas Roma. Pada perlawanan akhir, Jorginho bermain 90 minit ketika Napoli menewaskan Fiorentina 3–1.<

Pada Supercoppa Italiana 2014 yang berlangsung di Doha pada 22 Disember, beliau menggantikan Jonathan de Guzmán pada separuh masa kedua masa tambahan. Beliau mengambil tendangan penalti pertama buat pasukan Napoli dalam penentuan penalti tetapi Gianluigi Buffon dapat membaca bola Jorginho. Walau bagaimanapun, Napoli menjuarai kejohanan itu.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau boleh mewakili negara Itali dan Brazil untuk kejohanan antarabangsa. Pada tahun 2012, beliau memasuki skuad bawah-21 Itali. Beliau merasakan ingin mewakili Itali tetapi tidak termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Verona
Napoli

Pautan luar[sunting | sunting sumber]