Dennis Bergkamp
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dennis Nicolaas Maria Bergkamp[1] | ||
Tarikh lahir | 10 Mei 1969 | ||
Tempat lahir | Amsterdam, Belanda | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Ajax (pembantu jurulatih) | ||
Kerjaya remaja | |||
1981–1986 | Ajax | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1986–1993 | Ajax | 185 | (103) |
1993–1995 | Internazionale | 52 | (11) |
1995–2006 | Arsenal | 315 | (87) |
Jumlah | 552 | (201) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1989 | Belanda B21 | 2 | (0) |
1990–2000 | Belanda | 79 | (37) |
Pasukan diurus | |||
2011– | Ajax (pembantu) | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Dennis Nicolaas Maria Bergkamp (Sebutan Belanda: [ˈdɛnəs ˈbɛrxkɑmp] ( listen); lahir 10 Mei 1969) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda yang kini merupakan pembantu jurulatih bagi kelab Ajax. Asalnya beliau beraksi di posisi pemain tengah, namun Bergkamp berpindah ke posisi penyerang sehinggalah beliau menamatkan kariernya.
Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Ajax pada tahun 1986. Aksi Bergkamp yang menonjol menarik minat oleh beberapa kelab Eropah selain menerima panggilan oleh pasukan kebangsaan. Bergkamp berpindah ke Internazionale pada tahun 1993. Selepas dua musim mengecewakan di Itali, beliau berpindah ke Arsenal dan meraih tiga trofi Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala FA dan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2006. Bersama pasukan kebangsaan Belanda, Bergkamp mengejutkan rekod Faas Wilkes untuk menjadi penjaring gol terbanyak Belanda sepanjang zaman pada tahun 1998 sebelum rekod tersebut dikejutkan oleh Patrick Kluivert, Robin van Persie dan Klaas-Jan Huntelaar.
Dianggap salah satu pemain terhebat di kalangan generasinya, Bergkamp menduduki tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Beliau dipilih oleh Pelé sebagai salah satu daripada FIFA 100. Pada tahun 2007, beliau dimasukkan ke dalam "English Football Hall of Fame" dan kekal satu-satunya pemain Belanda meraih pencapaian tersebut. Bergkamp turut mempunyai nama samaran iaitu "Non-Flying Dutchman" oleh peminat Arsenal kerana beliau menghidapi masalah "aviofobia".
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Ajax
[sunting | sunting sumber]Bergkamp sertai akademi kelab Ajax ketika usia 11 tahun.[3] Pengurus Johan Cruyff memberikan peluang kepadanya untuk melakukan penampilan sulung bersama skuad senior pada 14 Disember 1986 menenetang Roda JC yang berkesudahan Ajax menang 2-0. Bergkamp menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax ketika menentang HFC Haarlem pada 22 Februari 1987 yang menyaksikan Ajax menang 6-0. Beliau seterusnya melakukan 23 penampilan dalam musim 1986–87 termasuk penampilan sulung di kejohanan Eropah menentang Malmö FF dalam kejohanan Piala Pemenang Eropah.[4] Ajax menjuarai kejohanan tersebut dengan menewaskan Lokomotive Leipzig 1–0 selain Bergkamp turut tampil dalam perlawanan tersebut sebagai pemain gantian.[5]
Pada musim-musim seterusnya, Bergkamp menjadi tonggak utama pasukan. Hasilnya Ajax meraih kejuaraan Eredivisie pada musim 1989-90 buat pertama kali dalam tempoh lima tahun. Bergkamp menjaringkan 29 gol dalam 36 perlawanan pada musim berikutnya sekali gus menjadi penjaring terbanyak liga bersama pemain PSV Eindhoven, Romário. Ajax turut merangkul kejuaraan Piala UEFA pada tahun 1992 selepas menewaskan Torino menerusi gol di tempat lawan. Ajax seterusnya mengecewakan Heerenveen 6–2 pada perlawanan akhir Piala KNVB pada 20 Mei 1993.[6][7] Bergkamp turut menjadi penjaring terbanyak Eredivisie dari tahun 1991 hingga 1993 dan diundi sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Belanda dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1992 dan 1993. Secara keseluruhannya, Bergkamp telah menjaringkan 122 gol dalam 239 kemunculannya untuk Ajax.
Internazionale
[sunting | sunting sumber]Bergkamp menarik tumpuan beberapa kelab Eropah kerana prestasi cemerlang beliau di Ajax. Johan Cruyff menasihat beliau agar tidak menyertai Real Madrid, salah satu kelab yang menunjukkan minat terhadap Bergkamp. Tetapi Bergkamp memilih untuk beraksi di liga Itali.[8] Beliau merasakan Serie A ialah liga terbaik dunia pada masa itu dan beliau memlih untuk melakukan perpindahan sama ada ke Juventus dan Internazionale.[9] Pada 16 Februari 1993, Bergkamp bersetuju untuk melakukan perpindahan sebanyak 7.1 juta paun ke Internazionale. Perundingan tersebut turut melibatkan teman sepasukannya di Ajax, Wim Jonk.[10]
Bergkamp melakukan penampilan sulungnya untuk Internazionale ketika menentang Reggiana pada 29 Ogos 1993 dan berkesudahan kemenangan 2-1. Beliau menjaringkan gol sulungnya semasa menentang Cremonese pada September 1993 tetapi beliau menghadapi kesukaran dalam menembusi pertahanan lawan di liga Itali dengan hanya menyumbat tujuh gol dalam saingan liga. Hal ini demikian kerana pengurus Internazionale iaitu Osvaldo Bagnoli tidak berupaya mencari barisan penyerang yang teguh dengan meletakkan Bergkamp bersama Rubén Sosa dan Salvatore Schillaci.[11] Persembahan hambar Inter menjurus kepada pemecatan Bagnoli pada Februari 1994 dan jawatan ketua jurulatih diisi oleh Gianpiero Marini, salah satu pemain daripada skuad Itali yang menjulang trofi Piala Dunia pada tahun 1982.[12] Akhirnya, Inter menamatkan musim 1993-94 di tangga ke-13 liga dan hanya satu mata daripada zon penyingkiran. Namun begitu, Inter menikmati kejayaan manis di peringkat Eropah dengan meraih Piala UEFA selepas menumbangkan Austria Salzburg pada pentas final.[13] Bergkamp dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan mencetak lapan gol sepanjang kejohanan.
Pada musim kedua Bergkamp di Internazionale, Ottavio Bianchi menjawat ketua jurulatih baru kelab. Bergkamp menempuh kempen yang mengecewakan apabila mengalami masalah kecederaan, tekanan dan kelesuan dari kejohanan Piala Dunia 1994. Beliau hanya menjaringkan lima gol dalam 26 kemunculan. Di luar padang, hubungan Bergkamp dengan sidang media Itali dan penyokong tidak begitu nyaman. Disebabkan persembahan hambar dipamerkan olehnya di atas padang, siaran Itali menggelarkannya "Pemain Terburuk Mingguan" (L'asino della settimana). Internazionale menamatkan musim di tangga keenam Serie A dan gagal mempertahankan kejuaraan Piala UEFA dengan tersingkir di pusingan kedua. Pada Februari 1995, Internazionale dibeli oleh ahli perniagaan Itali dan peminat Inter sendiri, Massimo Moratti yang berjanji akan melabur berlebihan di dalam pasukan. Tempat Bergkamp di dalam kesebelasan utama Inter tidak menentu selepas pembelian Maurizio Ganz sebulan selepas pengambilalihan Moratti sebagai presiden kelab.
Arsenal
[sunting | sunting sumber]Apabila presiden Internazionale, Moratti bersedia melakukan perubahan drastik di Inter, Bergkamp lalu meninggalkan Inter dan melakukan perpindahan ke kelab Arsenal pada Jun 1995 kira-kira menelan kos sebanyak 7.5 juta paun.[14] Beliau merupakan pembelian pertama di bawah pengurus Bruce Rioch di Arsenal dan memecah rekod perpindahan kelab. Ketibaan Bergkamp di Arsenal dianggap amat penting buat kelab kerana beliau bukan sahaja mencipta nama malah beliau ialah penyumbang utama Arsenal untuk kembali menggapai kejayaan selepas merosot pada pertengahan 1990an. Pada pembukaan musim 1995-96, Bergkamp melakukan penampilan sulungnya menentang Middlesbrough sehingga masa penamat. Beliau bergelut untuk mengadaptasi gaya permainan Inggeris dan gagal menyumbat gol sehinggalah perlawanan keenam liga. Pada 23 September 1995, Bergkamp menjaringkan gol sulungnya dan gol keduanya untuk Arsenal ketika menentang Southampton di Highbury.[15] Bergkamp menamatkan musim pertamanya di Arsenal dengan melakukan 33 kemunculan dan mencetak sebelas gol dan membantu Arsenal menghuni tempat kelima liga dan menempah tiket ke Piala UEFA pada musim hadapan apabila beliau menjaringkan gol kemenangan saat menentang Bolton Wanderers pada hari terakhir musim.[16]
Perlantikan Arsène Wenger sebagai pengurus baru Arsenal pada September 1996 menandakan titik perubahan dalam karier Bergkamp.[17] Wenger yang melakar kejayaan sebagai pengurus di Perancis dan Jepun sebelum ini mengagumi bakat Bergkamp dan ingin menggunakannya sebagai fulkrum serangan pasukan. Walaupun beliau dilihat kurang beraksi pada musim 1996-97, Bergkamp banyak mempengaruhi pasukan dengan mencipta 13 hantaran jaringan. Pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada November 1996, beliau melakukan hantaran kepada kapten Tony Adams untuk melakukan jaringan kemenangan pada minit ke-88. Bergkamp seterusnya turut menjaringkan gol pada masa kecederaan. Bergkamp dilayangkan kad merah buat pertama kali ketika menentang Sunderland pada Januari 1997 selepas melakukan terjahan keras terhadap Paul Bracewell pada minit ke-26.[18] Arsenal seterusnya tewas 1-0 pada perlawanan tersebut tetapi mereka mencipta lapan kemenangan dalam 16 perlawanan terakhir musim membolehkan Arsenal menduduki tempat ketiga liga sekali gus terlepas ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menerusi perbezaan gol.[19]
Pada musim 1997-98, Bergkamp merupakan tonggak utama Arsenal untuk melengkapi kejuaraan berganda dengan meraih trofi liga domestik dan saingan piala domestik. Beliau menjadi penjaring terbanyak kelab dengan menyumbat 22 gol. Pada 23 Ogos 1997, Bergkamp menjaringkan hatrik pertamanya untuk Arsenal ketika berdepan Leicester City di Filbert Street.[20] Ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang West Ham United pada 17 Mac 1998, Bergkamp telah dibuang padang akibat menyiku Steve Lomas sekali gus beliau terlepas tiga perlawanan seterusnya akibat penggantungan. Beliau tidak beraksi baki perlawanan Arsenal selepas mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Derby County pada 29 April 1998 dan terlepas saingan final Piala FA 1998.[21] Bergkamp dinobatkan sebagai pemenang Pemain Terbaik Tahunan PFA sekali gus menjadi pemain bukan British ketiga meraih anugerah tersebut.[22]
Pada musim 1998-99, Arsenal kecewa gagal mempertahankan gelaran liga pada hari terakhir musim selepas gelaran itu diraih Manchester United. Walau bagaimanapun, Bergkamp menjadi penjaring terbanyak kedua Arsenal dalam seluruh kejohanan dengan mencetak 16 gol dan menamatkan musim sebagai pembantu jaringan terbanyak di Liga Perdana bersama Jimmy Floyd Hasselbaink iaitu 13 gol dihasilkan.[23] Arsenal turut tewas kepada Manchester United pada peringkat separuh akhir Piala FA pada April 1999.[24] Dengan skor berkesudahan seri 1-1, perlawanan diheret ke masa tambahan. Arsenal dianugerahkan tendangan penalti selepas Ray Parlour dijatuhkan oleh Phil Neville di dalam kotak penalti. Bergkamp mengambil tendangan tersebut namun diselamatkan oleh penjaga gol Peter Schmeichel. Pada babak kedua masa tambahan, Ryan Giggs menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United dan gol tersebut dianggap gol terbaik dalam sejarah Piala FA.[25][26][27] Selepas gagal menyempurnakan tendangan penalti pada perlawanan tersebut, Bergkamp secara langsung tidak mengambil mana-mana tendangan penalti sepanjang sisa kariernya.[28]
Musim 1999-2000 terbukti mengecewakan Bergkamp dan Arsenal. Mereka menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kedua liga, 18 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United. Mereka turut tewas pada final Piala UEFA kepada kelab Turki, Galatasaray menerusi penentuan penalti.[29] Pemergian rakan senegaranya, Marc Overmars dan pemain tengah Perancis, Emmanuel Petit pada hujung musim menimbulkan spekulasi masa depan Bergkamp.[30] Beliau seterusnya bersetuju untuk melanjutkan kontraknya pada Disember 2000.[31] Walaupun Arsenal melakukan beberapa pembelian pemain baru pada musim 2000-01, mereka sekali lagi menghuni tangga kedua liga buat tiga tahun berturut-turut.[32] Kemunculan Thierry Henry dan Sylvain Wiltord sebagai penyerang utama Arsenal membataskan peluang Bergkamp dalam kesebelasan utama pasukan. Bergkamp diturukan sebagai pemain gantian pada hujung perlawanan final Piala FA antara Arsenal dan Liverpool yang berkesudahan Liverpool menang 2-1.[33]
Kejayaan akhirnya dikecapi Arsenal pada musim 2001-02. Arsenal meraih kejuaraan Liga Perdana dan menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan Chelsea 2–0.[34] Bergkamp beraksi dalam 33 perlawanan liga dan menjaringkan 15 gol. Bergkamp menanduk masuk gol kemenangan ketika menentang Liverpool pada pusingan keempat Piala FA pada 27 Januari 2002 tetapi beliau dibuang padang selepas menerjah pemain pertahanan lawan, Jamie Carragher.[35] Beliau seterusnya digantung tiga perlawanan (dua perlawanan liga, satu pusingan Piala FA).[36] Bergkamp merayu supaya mengurangkan hukuman tetapi tidak berjaya.[37] Beliau akhirnya kembali ketika perlawanan menentang Newcastle United pada 3 Mac 2002. Bergkamp tampil dalam sembilan daripada sepuluh perlawanan terakhir liga dan membentuk pasangan serangan bersama Freddie Ljungberg.[38]
Bergkamp menjaringkan gol ke-100nya untuk Arsenal pada musim 2002-03 ketika menentang Oxford United dalam pusingan ketiga Piala FA pada 4 Januari 2004.[39][40] Dalam saingan liga, Arsenal gagal untuk mempertahankan kejuaraan.[41] Walau bagaimanapun, mereka menjuarai Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut selepas mengecewakan Southampton pada perlawanan akhir.[42] Pada 20 Julai 2003, Bergkamp melanjutkan kontraknya selama setahun bersama Arsenal.[43] Musim 2003-04 menyaksikan Arsenal muncul juara Liga Perdana. Lebih-lebih lagi, mereka merupakan kelab Inggeris pertama menempuh saingan liga tanpa kekalahan selama seabad. Pada penghujung musim, Bergkamp komited untuk menandatangani kontrak lanjutannya bersama Arsenal.[44]
Bergkamp beraksi dalam 29 perlawanan liga pada musim 2004-05 tetapi Arsenal gagal mempertahankan gelaran liga. Mereka menamatkan musim di tangga kedua liga dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea. Ketika menentang Middlesbrough pada 22 Ogos 2004, Bergkamp menjadi kapten pasukan untuk menggantikan Patrick Vieira yang mengalami kecederaan dan Arsenal kembali untuk menang 5-3 selepas ketinggalan 1-3 sekali gus menyamakan rekod Nottingham Forest iaitu rekod 42 perlawanan liga tanpa tewas. [45] Ketika perlawanan menentang Sheffield United dalam Piala FA pada 19 Februari 2005, Bergkamp telah dilayangkan kad merah oleh pengadil Neale Barry kerana menolak pertahanan lawan, Danny Cullip.[46] Rayuannya mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris ditolak dan bermakna beliau terlepas tiga perlawanan domestik Arsenal.[47] Pada perlawanan terakhir Arsenal musim ini, Bergkamp dinobatkan "Pemain Terbaik Perlawanan" menentang Everton selepas menjaringkan satu gol dan membantu tiga gol lain Arsenal dan perlawanan berkesudahan kemenangan 7-0 berpihak kepada Arsenal.[48] Berikutan kemenangan Arsenal ke atas Manchester United dalam final Piala FA 2005 menerusi penentuan penalti, beliau melanjutkan kontraknya selama setahun bersama Arsenal.[49]
Arsenal menamatkan saingan liga di tangga keempat pada musim terakhir Bergkamp di Arsenal.[50] Beliau menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Thun pada perlawanan pertama Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-72.[51] Selepas banyak kempen dilakukan oleh penyokong Arsenal, pihak kelab telah mereka bentuk tema Stadium Highbury bagi perlawanan terakhir Arsenal di stadium tersebut untuk Dennis Bergkamp.[52] "Bergkamp Day" berlangsung pada 15 April 2006 dan menyaksikan Arsenal menentang West Bromwich Albion. Bergkamp diraikan oleh seluruh peminat Arsenal. Para peminat diberi kemeja oren "DB10" – warna pasukan kebangsaannya, namanya dan nombor skuadnya.[53] Bergkamp beraksi pada separuh masa kedua dan membantu Robert Pirès menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan permainan. Akhirnya, Bergkamp menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk membuktikan gol terakhirnya buat Arsenal dalam arena bola sepak.[54][55] Bergkamp tidak dimasukkan ke dalam skuad pada perlawanan terakhirnya untuk Arsenal ketika menentang FC Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Barcelona menjaringkan dua gol pada 13 minit terakhir sekali gus meranapkan peluang Arsenal merangkul kejuaraan berprestij tersebut.[56]
Pada 22 Julai 2006, Bergkamp beraksi dalam satu perlawanan testimoni menentang kelab lamanya, Ajax Amsterdam di stadium baru Arsenal, Stadium Emirates. Beliau beraksi bersama bapanya, Wim dan anak lelakinya, Mitchel. Keempat-empat anaknya menjadi maskot perlawanan. Babak pertama berlangsung menyaksikan antara skuad semasa Arsenal dan Ajax manakala babak kedua pula bekas pemain terkenal dari kedua-dua kelab. Antara bekas pemain yang beraksi untuk Arsenal ialah Ian Wright, Patrick Vieira, Marc Overmars, Emmanuel Petit dan David Seaman manakala Johan Cruyff, Marco van Basten, Danny Blind, Frank dan Ronald de Boer untuk Ajax. Arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan skor 2-1 hasil jaringan Henry dan Nwankwo Kanu. Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan gol tunggal Ajax dan gol pembukaan permaianan sekali gus menjadikan beliau penjaring gol pertama di Stadium Emirates.[57]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Bergkamp melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belanda ketika menentang Itali pada 26 September 1990 sebagai pemain simpanan menggantikan Frank de Boer. Beliau menjaringkan gol sulungnya di pentas antarabangsa ketika perlawanan menentang Greece pada 21 November 1990.[58] Bergkamp dipilih ke dalam skuad Euro 1992, di mana pasukan Belanda merupakan juara bertahan kejohanan. Walaupun Bergkamp mempamerkan aksi memukau dengan menjaringkan tiga gol pada kejohanan tersebut, pasukan Belanda terpaksa akur akan kekalahan kepada Denmark pada peringkat separuh akhir menerusi penentuan penalti sebelum pasukan Denmark menjadi juara edisi tersebut.[59]
Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 1994, Bergkamp menjaringkan lima gol dan terpilih ke kejohanan Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Beliau tampil dalam setiap perlawanan Belanda di Piala Dunia tersebut termasuklah menjaringkan gol ketika menentang Maghribi di peringkat kumpulan dan Republik Ireland di pusingan 16. Bergkamp turut mencetak gol kedua Belanda dalam perlawanan suku akhir menentang Brazil namun Belanda tewas 3-2 sekali gus tersngkir daripada saingan Piala Dunia.[60] Ketika kejohanan Euro 1996, Bergkamp menjaringkan gol saat menentang Switzerland. Belanda tersingkir selepas tewas kepada Perancis pada peringkat suku akhir menerusi penentuan penalti.
Beliau menjaringkan hatrik pertamanya untuk pasukan Belanda ketika menentang Wales dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998.[61] Pasukan Belanda layak ke Piala Dunia 1998 di Perancis selepas menjadi juara kumpulan dalam kempen kelayakan. Bergkamp menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan termasuklah gol kemenangan yang paling diingati ketika menentang Argentina pada peringkat suku akhir.[62] Gol tersebut dipilih Bergkamp sebagai gol paling diminati sepanjang kariernya selain beliau mengambil alih rekod Faas Wilkes sebagai penjaring terbanyak pasukan Belanda.[63] Pada peringkat separuh akhir, Belanda tewas kepada Brazil menerusi penentuan penalti selepas terikat seri 1-1 .[64][65] Bergkamp dimasukkan ke dalam Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia 1998 bersama rakan sepasukan, Frank de Boer dan Edgar Davids.
Pada 9 Oktober 1999, Bergkamp menjaringkan gol terakhirnya untuk Belanda ketika menentang Brazil. Apabila Belanda dipilih sebagai tuan rumah Euro 2000 bersama Belgium, Belanda layak secara automatik dan dianggap sebagai pasukan pilihan.[66] Pada peringkat separuh akhir, Belanda tewas kepada Itali menerusi penentuan penalti 3-1.[67] Berikutan kekalahan tersebut, Bergkamp mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa dan memilih untuk fokus terhadap kariernya di Arsenal.[68] Beliau telah menjaringkan 37 gol dalam 79 kemunculan antarabangsa sebelum Patrick Kluivert mengejutkan rekod penjaring terbanyak Belanda pada Jun 2003.[69]
Kerjaya jurulatih
[sunting | sunting sumber]Selepas bersara, Bergkamp bertegas beliau tidak akan melangkah ke alam jurulatih. Beliau menolak tawaran untuk menjadi pencari bakat Arsenal dan sebaliknya beliau menumpukan pada percutian dan meluangkan masa bersama keluarganya. Walau bagaimanapun pada April 2008, beliau memulakan diploma melatih trek laju untuk bekas pemain bola sepak antarabangsa Belanda. Beliau turut melengkapkan kursus Betaald Voetbal oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB). Seterusnya, beliau dilantik menjadi pembantu Johan Neeskens bagi pasukan Belanda B yang baru dibentuk pada 26 Oktober 2008.[70] Untuk musim 2008-09, Bergkamp kembali ke Ajax sebagai jurulatih paasukan bawah-12 tahun. Berikutan Frank de Boer dinaikkan pangkat sebagai pengurus Ajax pada Disember 2010, Bergkamp dilantik menjadi pembantu jurulatih Fred Grim bagi pasukan Ajax bawah-19 tahun.[71]
Pada Ogos 2011, Bergkamp telah dinamakan sebagai pembantu jurulatih De Boer di pasukan senior Ajax.[72] Walau bagaimanapun selepas ketibaan Peter Bosz sebagai ketua jurulatih Ajax, peranan Bergkamp mula berubah. Beliau tidak lagi duduk di bangku simpanan semasa perlawanan pasukan senior Ajax, sebaliknya beliau memberi tumpuan kepada latihan dan membantu pemain muda layak ke pasukan senior.[73]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Bergkamp telah berkahwin dengan pasangannya, Henrita Ruizendaal pada 16 Jun 1993.[74] Pasangan ini telah mempunyai empat orang anak iaitu Estelle Deborah, Mitchel Dennis, Yasmin Naomi dan Saffron Rita.[75][76] Sepupunya, Roland Bergkamp kini bermain untuk kelab Sparta Rotterdam dan sebelum ini merupakan pemain bagi kelab Brighton & Hove Albion.[77]
Aviofobia
[sunting | sunting sumber]Bergkamp digelar "Non-Flying Dutchman" kerana takut menaiki kapal terbang. Hal ini berpunca daripada insiden pasukan Belanda ketika kejohanan Piala Dunia 1994 apabila enjin kapal terbang mereka dihentikan ketika sedang penerbangan[78] dan mendorong seorang wartawan bergurau mengatakan dia menyimpan bom di dalam begnya.[79] Berikutan insiden ini, Bergkamp bertekad beliau tidak akan menaiki kapal terbang lagi tetapi beliau tetap mencari rawatan dari pakar psikiatri.
Keadaan ini mengehadkan keupayaannya untuk beraksi di gelanggang lawan dalam kejohanan Eropah dan bersama pasukan kebangsaan Belanda di tempat lawan. Dalam sesebuah kes, beliau terpaksa menaiki kereta atau tren tetapi dalam sesetengah perlawanan, beliau tidak mengikuti kesemuanya.[80]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]Kelab | Musim | Liga | Piala1 | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Ajax | 1986–87 | 14 | 2 | 5 | 0 | 4 | 0 | 23 | 2 |
1987–88 | 25 | 5 | 1 | 0 | 6 | 1 | 32 | 6 | |
1988–89 | 30 | 13 | 3 | 3 | 1 | 0 | 34 | 16 | |
1989–90 | 25 | 8 | 2 | 1 | 1 | 0 | 28 | 9 | |
1990–91 | 33 | 25 | 3 | 1 | – | – | 36 | 26 | |
1991–92 | 30 | 24 | 3 | 0 | 11 | 6 | 44 | 30 | |
1992–93 | 28 | 26 | 4 | 4 | 8 | 3 | 40 | 33 | |
Jumlah | 185 | 103 | 21 | 9 | 31 | 10 | 237 | 122 | |
Internazionale | 1993–94 | 31 | 8 | 6 | 2 | 11 | 8 | 48 | 18 |
1994–95 | 21 | 3 | 3 | 0 | 2 | 1 | 26 | 4 | |
Jumlah | 52 | 11 | 9 | 2 | 13 | 9 | 74 | 22 | |
Arsenal | 1995–96 | 33 | 11 | 8 | 5 | – | – | 41 | 16 |
1996–97 | 29 | 12 | 4 | 2 | 1 | 0 | 34 | 14 | |
1997–98 | 28 | 16 | 11 | 5 | 1 | 1 | 40 | 22 | |
1998–99 | 29 | 12 | 8 | 3 | 3 | 1 | 40 | 16 | |
1999–2000 | 28 | 6 | 0 | 0 | 11 | 4 | 39 | 10 | |
2000–01 | 25 | 3 | 5 | 1 | 5 | 1 | 35 | 5 | |
2001–02 | 33 | 9 | 6 | 2 | 7 | 3 | 46 | 14 | |
2002–03 | 29 | 4 | 7 | 1 | 5 | 2 | 41 | 7 | |
2003–04 | 28 | 4 | 4 | 1 | 6 | 0 | 38 | 5 | |
2004–05 | 29 | 8 | 5 | 0 | 4 | 0 | 38 | 8 | |
2005–06 | 24 | 2 | 3 | 0 | 4 | 1 | 31 | 3 | |
Jumlah | 315 | 87 | 61 | 20 | 47 | 13 | 423 | 120 | |
Jumlah kerjaya | 552 | 201 | 91 | 32 | 91 | 32 | 734 | 264 |
1Tidak termasuk Perisai Komuniti FA.
Statistik
[sunting | sunting sumber]Pasukan kebangsaan Belanda | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1990 | 4 | 3 |
1991 | 5 | 2 |
1992 | 11 | 7 |
1993 | 6 | 4 |
1994 | 11 | 6 |
1995 | 5 | 1 |
1996 | 10 | 6 |
1997 | 5 | 4 |
1998 | 9 | 3 |
1999 | 5 | 1 |
2000 | 8 | 0 |
Jumlah | 79 | 37 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Gol antarabangsa oleh Dennis Bergkamp | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
21 November 1990 | Rotterdam, Belanda | Greece | Kelayakan Euro 1992 | |||
19 Disember 1990 | Ta' Qali, Malta | Malta | ||||
11 September 1990 | Eindhoven, Belanda | Poland | Persahabatan | |||
4 Disember 1990 | Thessaloniki, Greece | Greece | Kelayakan Euro 1992 | |||
27 Mei 1992 | Sittard, Austria | Austria | Persahabatan | |||
12 Jun 1992 | Gothenburg, Sweden | Scotland | Euro 1992 | |||
18 Jun 1992 | Jerman | |||||
22 Jun 1992 | Denmark | |||||
9 September 1992 | Eindhoven, Belanda | Itali | Persahabatan | |||
23 September 1992 | Oslo, Norway | Norway | Kelayakan Piala Dunia 1994 | |||
28 April 1993 | London, England | England | ||||
13 Oktober 1993 | Rotterdam, Belanda | England | ||||
17 November 1993 | Poznań, Poland | Poland | ||||
1 Jun 1994 | Eindhoven, Belanda | Hungary | Persahabatan | |||
12 Jun 1994 | Toronto, Kanada | Kanada | ||||
29 Jun 1994 | Orlando, Amerika Syarikat | Maghribi | Piala Dunia 1994 | |||
4 Julai 1994 | Ireland | |||||
9 Julai 1994 | Dallas, Amerika Syarikat | Brazil | ||||
29 Mac 1995 | Rotterdam, Belanda | Malta | Kelayakan Euro 1996 | |||
4 Jun 1996 | Ireland | Persahabatan | ||||
13 Jun 1996 | Birmingham, England | Switzerland | Euro 1996 | |||
9 November 1996 | Eindhoven, Belanda | Wales | 1–0 | 7–1 | Kelayakan Piala Dunia 1998 | |
6–0 | ||||||
7–1 | ||||||
12 Disember 1996 | Brussels, Belgium | Belgium | ||||
26 Februari 1997 | Paris, Perancis | Perancis | Persahabatan | |||
30 April 1997 | Serravalle, San Marino | San Marino | Kelayakan Piala Dunia 1998 | |||
6 September 1997 | Amsterdam, Belanda | Belgium | ||||
20 Jun 1998 | Marseille, Perancis | Korea Selatan | Piala Dunia 1998 | |||
29 Jun 1998 | Toulouse, Perancis | Yugoslavia | ||||
4 Julai 1998 | Marseille, Perancis | Argentina | ||||
9 Oktober 1999 | Amsterdam, Belanda | Brazil | Persahabatan |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Ajax
- Eredivisie: 1989–90
- Piala KNVB (2): 1986–87, 1992–93
- Piala Juara-Juara Eropah: 1986–87
- Piala UEFA: 1991–92
- Internazionale
- Arsenal
- Liga Perdana Inggeris (3): 1997–98, 2001–02, 2003–04
- Piala FA Inggeris (3): 2001–02, 2002–03, 2004–05
- Perisai Komuniti FA (3): 1998, 2002, 2004
Individu
[sunting | sunting sumber]- Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Pasukan Belanda: 1998–2003[81]
- Pemain Bola Sepak Berbakat Belanda: 1990[82]
- Penjaring Terbanyak Eredivisie (3): 1990–91, 1991–92, 1992–93
- Pemain Bola Sepak Terbaik Belanda (2): 1991,[83] 1992[84]
- Penjaring Terbanyak Kejohanan Eropah: 1992[85]
- Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah: 1992[86]
- Penjaring Terbanyak Tahunan IFFHS: 1992[87]
- Ballon d'Or – Naib juara: 1993;[88] Tempat ketiga: 1992[89]
- Pemain Terbaik Dunia FIFA – Anugerah Gangsa (2): 1993,[90] 1997[91]
- Penjaring Terbanyak Piala UEFA: 1993–94[92]
- Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (4): Ogos 1997, September 1997, Mac 2002, Februari 2004
- Pasukan Pilihan Liga Perdana PFA: 1997–98
- Pemain Terbaik Tahunan FWA: 1997–98
- Pemain Terbaik Tahunan PFA: 1997–98
- Premier League Goal of the Season (2): 1997–98, 2001–02
- Pembantu Jaringan Terbanyak Liga Perdana Inggeris: 1998–99[93]
- Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia FIFA: 1998[94]
- FIFA 100[95]
- Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Inggeris
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Denmark menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti 5-4.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kuper 156.
- ^ "Dennis Bergkamp". ESPN FC. Dicapai pada 10 September 2013.
- ^ name="Times"
- ^ name="Times"
- ^ "1986/87: Ajax revive their traditions". UEFA.com. Union of European Football Associations. 1 June 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2010. Dicapai pada 14 March 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "1991/92: Ajax complete clean sweep". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 11 May 2012.
- ^ "Ajax – sc Heerenveen". sc-heerenveen.nl. SC Heerenveen. Dicapai pada 11 May 2012.
- ^ "Dennis Bergkamp – One-on-One – Interviews". FourFourTwo. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ name="FourFourTwo"
- ^ name="Inter">Haylett, Trever (16 February 1993). "Football: Bergkamp joins Inter for 7.1m pounds". The Independent. London. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ Winter, Henry (23 November 1993). "Football: Wright faces charge: FA awaits linesman's decision". The Independent. London. Dicapai pada 14 December 2011.
- ^ "Inter sack coach Bagnoli". New Straits Times. Milan. 9 February 1994. Dicapai pada 14 December 2011.
- ^ "1993/94: Inter reclaim UEFA Cup". UEFA.com. 1 June 1994. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ Shaw, Phil (21 June 1995). "Rioch signs Bergkamp to signal new era". The Independent. London. Dicapai pada 9 December 2011.
- ^ Houston, Bob (24 September 1995). "Dennis finds his menace". The Independent. London. Dicapai pada 9 December 2011.
- ^ Chesshyre, Tom (6 May 1996). "Bergkamp sends Arsenal into Europe". The Independent. London. Dicapai pada 9 December 2011.
- ^ Lawrence, Amy (25 April 2004). "On a higher plane". The Guardian. London. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ Turnbull, Simon (12 January 1997). "Grim for grizzly Adams". The Independent. London. Dicapai pada 10 December 2011.
- ^ Shaw, Phil (12 May 1997). "Football: Three Gunner salute for Baseball Ground". The Independent. London. Dicapai pada 10 December 2011.
- ^ Shaw, Phil (28 August 1997). "Football: Wright faces more FA action". The Independent. London. Dicapai pada 10 December 2011.
- ^ "Arsenal near title". BBC News. 30 April 1998. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ "Bergkamp honoured by PFA". BBC News. 6 April 1998. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ name="1998–99 Premier League Season"
- ^ name="FACup"
- ^ Thorpe, Martin (15 April 1999). "Schmeichel takes flight as Giggs strips Arsenal bare". The Guardian. London. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ Carter, Jon (11 March 2011). "The FA Cup's Greatest Goals". ESPN Soccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-18. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ "Giggs' goal is greatest FA Cup moment". Manchester Evening News. 15 May 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-21. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ "'Mesut Ozil could be like Dennis Bergkamp and never take a penalty again,' says Arsene Wenger". The Independent. 21 February 2014.
- ^ "Penalty heartbreak for Arsenal". BBC News. 17 May 2000. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ "Bergkamp future still uncertain". BBC News. 21 September 2000. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ "Bergkamp and Parlour agree deals". BBC News. 28 December 2000. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ "Arsenal outgun Leeds". BBC News. 5 May 2001. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ Wilson, Paul (13 May 2001). "Owen spikes the Gunners". The Guardian. London. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ Winter, Henry (8 May 2002). "Simply champion, Arsenal". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Sweet revenge for Arsenal". BBC Sport. 27 January 2002. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ Wallace, Sam (4 February 2002). "Arsenal hit by Bergkamp ban". Daily Telegraph. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Bergkamp appeal turned down". The Football Association. 4 February 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2002. Dicapai pada 17 July 2012.
- ^ Ley, John (3 May 2002). "Ljungberg has will to win". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Arsenal end Oxford dream". BBC Sport. 4 January 2003. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Bergkamp reaches milestone". BBC Sport. 4 January 2003. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Ten weeks that turned the title". BBC Sport. 4 May 2003. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ Wilson, Paul (18 May 2003). "Pires aim is true for muted Gunners". The Guardian. London. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Bergkamp signs new deal". BBC Sport. 20 July 2003. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Bergkamp agrees new deal". BBC Sport. 12 May 2004. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ McCarra, Kevin (23 August 2004). "Gunners have all the answers to biggest test". The Guardian. London. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Arsenal 1–1 Sheff Utd". BBC Sport. 19 February 2005. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Bergkamp loses red card appeal". Evening Standard. London. 23 February 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2012. Dicapai pada 13 December 2011. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Brodkin, Jon (12 May 2005). "Rampant Gunners in seventh heaven". The Guardian. London. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Bergkamp set to stay at Arsenal". BBC Sport. 21 May 2005. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Arsenal 4–2 Wigan". BBC Sport. 7 May 2006. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ Winter, Henry (15 September 2005). "Bergkamp just beats clock". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Turn Highbury orange for Dennis Bergkamp Day!". Arsenal.com. 3 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-08. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ name="DB"
- ^ name="Indy"
- ^ "Arsenal 3–1 West Brom". BBC Sport. 15 April 2006. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Barcelona 2–1 Arsenal". BBC Sport. 17 May 2006. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ "Match Report: Bergkamp Testimonial". Arsenal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2006. Dicapai pada 27 July 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Uefa Euro 1992 – History – Netherlands–Greece". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 2 May 2012.
- ^ "Schmeichel helps Denmark down Netherlands". UEFA.com. Union of European Football Associations. 5 October 2003. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "Brazil end Oranje's American dream". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2012. Dicapai pada 30 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Haylett, Trever (10 November 1996). "Bergkamp admits to flying phobia". The Independent. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "World Cup: 25 stunning moments … No10: Dennis Bergkamp's wonder goal". Guardian. 15 April 2014. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ Vecsey, George (6 July 1998). "Dutch inspired by Bergkamp's improvisation". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-02. Dicapai pada 30 April 2012.(langganan diperlukan)
- ^ name="FourFourTwo"
- ^ Vecsey, George (8 July 1998). "WORLD CUP '98; Doing a Little Dance, Taffarel Guides Brazil into Final". The New York Times. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "Can Holland improve and win Euro 2000?". BBC Sport. 11 June 2000. Dicapai pada 1 May 2012.
- ^ "Italy through on penalties". BBC Sport. 29 June 2000. Dicapai pada 1 May 2012.
- ^ Staniforth, Tommy (11 August 2000). "Blow for Dutch as Bergkamp decides on retirement". The Independent. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "Kluivert milestone". Sunday Mirror. London. 8 June 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-02. Dicapai pada 1 May 2012. (langganan diperlukan)
- ^ "Neeskens to lead Netherlands B team". UEFA.com. Union of European Football Associations. 25 October 2008. Dicapai pada 1 May 2012.
- ^ "Updates to youth teams' training staff". Ajax.nl. 4 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 30 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Arsenal legend Dennis Bergkamp named Ajax assistant alongside Frank de Boer". Daily Mail. London. 28 June 2011. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "Bergkamp no longer on assistant's bench". Ajaxshowtime.com. 29 June 2016. Dicapai pada 10 February 2017.
- ^ Cass, Simon (22 July 2006). "Bergkamp broke the mould for foreigners". Daily Mail. London. Dicapai pada 15 December 2011.
- ^ name="DM"
- ^ "Bergkamp's treasure tops all his goals". Irish Examiner. Cork. 12 September 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2005. Dicapai pada 15 Disember 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Dennis Bergkamp nephew Roland joins Brighton". BBC Sport. 1 July 2011. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "Bergkamp's fear revealed". BBC Sport. 25 September 2002. Dicapai pada 12 December 2011.
- ^ "Bergkamp admits to flying phobia". The Independent. 5 October 1996. Dicapai pada 28 May 2016.
- ^ name="fear revealed"
- ^ "Dennis Bergkamp – Goals in international matches". RSSSF.com.
- ^ "Netherlands – Player of the Year and Other Awards". RSSSF. Dicapai pada 22 March 2015.
- ^ name="RSSSF"
- ^ name="RSSSF"
- ^ "Torres receives adidas Golden Boot". UEFA.com. Dicapai pada 22 March 2015.
- ^ "UEFA 1992 Team of the Tournament". UEFA.com. Dicapai pada 22 March 2015.
- ^ "FORMER RESULTS". IFFHS.de. Dicapai pada 8 January 2017.
- ^ "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or") 1993". RSSSF. Dicapai pada 14 April 2015.
- ^ "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or") 1992". RSSSF. Dicapai pada 14 April 2015.
- ^ "Baggio takes 1993 World Player honour". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 22 March 2015.
- ^ "Dennis Bergkamp with the FIFA Player of the Year Bronze award". Dicapai pada 22 March 2015.
- ^ "Europa League 1993/1994 " Top Scorer". WorldFootball.net. Dicapai pada 26 June 2015.
- ^ "1998/99 Season Review: Man Utd seal the treble". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-22. Dicapai pada 20 October 2016.
- ^ "FIFA Technical Study Group designates MasterCard All-Star Team". FIFA.com. 10 July 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 22 March 2015.
- ^ name=Fifa100
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Dennis Bergkamp di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons | |
Berita dari Wikiberita | |
Teks sumber dari Wikisumber |
- Dennis Bergkamp – Rekod persaingan FIFA
- Statistics at Soccerbase.com
- Dennis Bergkamp profile Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine at Arsenal.com
- Templat:Wvo
- Kelahiran 1969
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Belanda
- Pemain Eredivisie
- Pemain Serie A
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Arsenal F.C.
- Pemain Ajax Amsterdam
- Pemain F.C. Internazionale Milano
- Pemain UEFA Euro 1992
- Pemain Piala Dunia FIFA 1994
- Pemain UEFA Euro 1996
- Pemain Piala Dunia FIFA 1998
- Pemain UEFA Euro 2000
- FIFA 100