Rantau (bahagian dunia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kawasan)

Dalam geografi, rantau adalah kawasan yang luas dibahagikan oleh ciri-ciri fizikal (geografi fizikal), ciri-ciri kesan manusia (geografi manusia), dan interaksi antara alam sekitar dan kemanusiaan (geografi alam sekitar). Rantau geografi dan sub-wilayah ini digambarkan oleh sempadan peralihan yang ditetapkan manakala undang-undang mentakrifkan kawasan bidang kuasa seperti sempadan negara.

Selain daripada kawasan benua global, terdapat juga kawasan hidrosfera dan atmosfera yang diliputi oleh lautan dan iklim di atas permukaan air dan tanah. Kawasan global tanah dan air dibahagikan kepada sub-wilayah yang secara geografi dibatasi oleh ciri geologi besar yang mempengaruhi ekologi berskala besar, seperti ciri-ciri dataran.

Sebagai cara menggambarkan ruang kawasan, konsep rantau adalah penting dan digunakan secara meluas diantara banyak cabang geografi dan setiap cabang itu menggambarkan kawasan dalam istilah rantau. Sebagai contoh, ekoregion adalah istilah yang digunakan dalam geografi alam sekitar, rantau kebudayaan dalam geografi budaya, bioregion dalam biogeografi, dan sebagainya. Bidang geografi yang mengkaji rantau itu sendiri dipanggil geografi serantau.

Di dalam bidang geografi fizikal,ekologi, zoogeografi, geografi alam sekitar, dan rantau biogeografi adalah berdasarkan pelbagai ciri semula jadi seperti ekosistem atau biotop, biom, lembangan saliran, kawasan negara, banjaran, dan jenis tanah. Dengan geografi manusia, rantau dan subrantau diterangkan oleh peraturan etnografi.

Setiap rantau mempunyai sifat unik yang tidak boleh ditukar. Sifat pertamanya adalah persekitaran semulajadi (bentuk muka bumi, iklim, dll). Sifat keduanya ialah elemen kompleks fizikal yang dibina oleh orang-orang pada masa lampau. Sifat ketiganya adalah konteks sosio-budaya yang tidak boleh diganti oleh pendatang baru.[perlu rujukan]

Rantau ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Dalam penggunaan tentera, Rantau adalah singkatan bagi nama formasi ketenteraan yang lebih besar dari Kumpulan Tentera Darat dan lebih kecil dari Kancah Ketenteraan atau hanya Kancah. Nama penuh formasi tentera ini ialah Rantau Ketenteraan. Saiz sesebuah Rantau Ketenteraan boleh berbeza-beza secara meluas tetapi biasanya diantara kira-kira 1 juta dan 3 juta anggota tentera. Dua atau lebih Rantau Ketenteraan boleh membentuk sebuah Kancah Ketenteraan. Rantau Ketenteraan biasanya diperintah oleh seorang Jeneral penuh (empat bintang), Fil Marsyal, atau Jeneral Tentera Darat (lima bintang), atau Generalisimo (Soviet Union). Disebabkan saiz formasinya yang besar, penggunaannya amatlah jarang. Beberapa sedikit contoh ialah sebuah Rantau Ketenteraan bagi setiap medan Timur, Barat, dan Selatan (kebanyakkan di Itali) di benua Eropah semasa Perang Dunia II. Simbol unit peta ketenteraan bagi barisan formasi ini (lihat Organisasi tentera dan APP-6A) mengandungi enam huruf X.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bailey, Robert G. (1996) Ecosystem Geography. New York: Springer-Verlag. ISBN 0-387-94586-5
  • Meinig, D.W. (1986). The Shaping of America: A Geographical Perspective on 500 Years of History, Volume 1: Atlantic America, 1492-1800. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-03548-9

Pautan luar[sunting | sunting sumber]