Avram Glazer
Avram "Avi" Glazer merupakan salah seorang ahli keluarga Glazer, di mana beliau adalah anak lelaki kepada Malcolm Glazer, yang mengawal syarikat First Allied Corporation, Tampa Bay Buccaneers NFL
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Avram Glazer telah dilahirkan dalam keluarga Yahudi dan merupakan anak kepada Linda dan Malcolm Glazer, jutawan dan ahli perniagaan Amerika.[1][2] Glazer menerima Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Washington di St. Louis pada 1983 dan bergraduan daripada Kolej Undang-undang Washington. Beliau juga membuat pengajiannya di Universiti Peking dan Universiti Fudan, Shanghai.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Avram Glazer kini merupakan pengerusi bersama dalam lembaga pengurusan Manchester United bersama-sama dengan saudara lelakinya, Joel Glazer.[3] Beliau juga adalah bekas pengerusi, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) di Zapata Corporation,[4] di mana syarikat itu telah diasaskan oleh George H. W. Bush (Presiden Amerika Syarikat ke-41). Glazer turut pernah memegang jawatan sebagai pengerusi dan CEO di Safety Components International dan Omega Protein Corporation serta ahli lembaga pengarah Specialty Equipment Corporation.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nils Pratley. "The Guardian: "The Guardian profile: Malcolm Glazer"" (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 10 Februari 2005.
- ^ Scott Barancik; Damian Cristodero. "Tampa Bay Times: "The owner, the enigma"". Dicapai pada 26 Disember 2004.
- ^ "Glazer sons join Manchester United board". The Times. 7 Jun 2005. Dicapai pada 27 Disember 2010.
- ^ "Executive profile: Avram A. Glazer" (dalam bahasa Inggeris). Businessweek. Dicapai pada 27 Disember 2010.
Jawatan perniagaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sir Roy Gardner |
Pengerusi Manchester United F.C. 2005– bersama Joel Glazer (2005–) |
Pemegang jawatan kini |