Azri Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Azri bin Abdullah (lahir 13 April 1987) adalah merupakan seorang lelaki penyanyi di Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta My Starz LG musim kedua pada 2008 dan juga merupakan bintang serta pemenang tempat keempat Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011.

Azri Abdullah
Nama lahirMohammad Azri bin Abdullah
Kelahiran (1987-04-13) 13 April 1987 (umur 37)
Selangor Klang, Selangor
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2008-kini
Kerjaya muzik
GenrePop Rock
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Astro Entertaintment Sdn Bhd (AESB)
Pengkarya berkait
Salma Asis
PasanganSalma Asis

Karier[sunting | sunting sumber]

Azri memulakan karier seninya pada tahun 2008 iaitu dengan menyertai My Starz LG (Musim 2), iaitu sebuah program realiti TV nyanyian yang disiarkan di saluran TV3. Walau bagaimanpun beliau hanya bertahan selama 11 minggu apabila tersingkir di konsert separuh akhir. Namun itu keadaan itu sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencipta nama. Pada April 2011 beliau berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran di rumah kaca Akademi Fantasia Musim 9, sekaligus beliau berjaya mara ke konsert akhir bersama dengan Hazama, Lena dan Fina dan berjaya menduduki tempat keempat didalam program realiti popular tersebut. [1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Akademi Fantasia 9[sunting | sunting sumber]

Azri merupakan salah seorang daripada 12 pelajar yang terpilih untuk mengikuti proses pembelajaran di rumah kaca Akademi Fantasia Musim 9 setelah melalui beberapa cabaran dan halangan dalam akademi. Pada 12 Jun 2011, beliau berjaya mara ke konsert akhir bersama dengan rakan-rakannya iaitu Hazama, Lena dan Fina dimana beliau berjaya menduduki tempat keempat pada malam kemuncak konsert akhir tersebut. Berikut persembahan beliau sewaktu berada dalam akademi;

Konsert Lagu Ked.
Minggu Tirai "Kopi Dangdut" nyanyian Fahmi Shahab / "Yang Pernah" nyanyian Estranged -
Minggu 1 "Bukan Untuk Dimengerti" nyanyian Judika 8
Minggu 2 "Bila Resah" nyanyian Anuar Zain 7
Minggu 3 "Satu" nyanyian Dewa 19 9
Minggu 4 "Sampai Syurga" nyanyian Faizal Tahir 7
Minggu 5 "Sungai Lui" nyanyian Aizat Amdan 4
Minggu 6 "Sampai Hati" nyanyian Spring 6
Minggu 7 "Mahligai Syahdu" nyanyian Dato' Hattan 5
Minggu 8 "Luar Biasa" nyanyian Shahir Zawawi 3
Minggu 9 "Here Without You" nyanyian 3 Doors Down 3
Minggu Akhir "Niskala" nyanyian Azri
  • Lagu: Omar K
  • Lirik: Zel Firdaus
Tempat Keempat
"Ku Tak Bisa" nyanyian Slank

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album Nota
2011 "Niskala" Bintang AF9
2018 "Selalu" Single

Album[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Label Nota
2011 Bintang AF9 Astro Entertainment Sdn Bhd Album bersama finalis AF9.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2008 My Starz LG Musim 2 Peserta TV3 Tersingkir di konsert separuh akhir.
2011 Akademi Fantasia Musim 9 Peserta Astro Ria Pemenang tempat keempat.

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Arahan Nota
2011 "Niskala" Zaidan Zainuddin Single dari album Bintang AF9.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan Nota
2011 Akademi Fantasia Musim 9 "Niskala" Menang Pemenang tempat keempat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak "Hazama Juara AF9 " mstar (Dicapai pada 13 Jun 2011).