Spring (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Spring)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan Spring
Berasal dari Terengganu Terengganu Malaysia Malaysia
Genre Balada rock dan pop komersil
Pekerjaan Penyanyi/Pemuzik
Tahun aktif 1987-2003
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Kegiatan berkaitan
Umarul IKLIM
Kumpulan Slam
Ahli Wan Aminuddin Wan Ismail (Ameng) - Vokalis
Mohd Azhar Mohd Yusof (Zahar) - Gitar
Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail (Iskandar) - Gitar/Ketua Kumpulan
Mohamad Riza Mahamad Amran (Empy/MP) - Bass
Rosli Yahaya (Acong) - Dram
Bekas ahli Mohd Yunus Mokhtar (Yunus) - Bass
Ahmad Hafzan Abdullah (Amat) - Vokalis

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987. Nama kumpulan yang berasal dari Terengganu ini mula berada di puncak apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgenvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 buah studio album dan beberapa buah kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhan dan menjadi salah satu dari artis Malaysia dengan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat mereka mula dicungkil menerusi pertandingan muzik "War Rock 1" pada 1987 & "War Rock 3" pada 1989. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul Spring yang mempertaruhkan lagu Sejiwa. Kumpulan Spring adalah kumpulan pop rock yang seangkatan dengan kumpulan Mega, Iklim & Ekamatra. Menerusi album pertama, kumpulan ini mencipta trademark tersendiri menerusi lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsepkan pop rock, balada & kebanyakan rakaman juga dibuat dalam bentuk akustik.

Puncak Kegemilangan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Spring mula mendaki puncak populariti pada 1993 menerusi lagu Sampai Hati ciptaan bersama M. Nasir di mana lagu tersebut layak ke pertandingan akhir Pujaan 10 Nescafe dan Anugerah Juara Lagu ke-8 dalam kategori Balada. Sejak itu deretan hits seperti Bourgenvilla, Cempaka Di Rembulan dan Romantis meniti corong-corong radio, Kumpulan ini juga turut mempopularkan rakaman menerusi lagu lagu yang bercorak akustik seperti Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata Kata dan Persada Cintaku hingga memberi pengaruh kepada banyak kumpulan pop selepas mereka seperti Exists, Slam, Ukays dan Umbrella. Fenomena itu menyebabkan mereka merakamkan kembali lagu popular yang memperkenalkan nama Spring iaitu Sejiwa di dalam versi akoustik menerusi album kompilasi Balada Gemilang. Walaupun pada pertengahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia dengan genre muzik serupa, namun kumpulan Spring masih utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia. Buktinya Spring kembali mendaki puncak populariti pada penghujung 1990-an menerusi lagu popular mereka iaitu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, Kerana Budi Ku Jatuh Hati dan Pesanan Buat Kekasih sedangkan beberapa kumpulan seangkatan tidak lagi mampu meraih jualan memberangsangkan.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, kumpulan Spring terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu :

  1. Ahmad Hafzan Abdullah (Amat) - Vokalis
  2. Mohd Azhar Mohd Yusof (Zahar) - Gitar
  3. Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail (Iskandar) - Gitar/Ketua Kumpulan
  4. Mohd Yunus Mokhtar (Yunus) - Bass
  5. Rosli Yahaya (Acong) - Dram

Belum sempat Spring merakamkan album pertama mereka, mereka dikejutkan dengan berita bahawa vokalis asal mereka, Amat mengambil keputusan untuk menarik diri dari kumpulan tersebut. Hal ini telah menyebabkan Spring seperti terumbang-ambing kerana ketiadaan tonggak utama dalam sesebuah kumpulan. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berkelana ke beberapa buah negeri, antaranya Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu selain berlegar di sekitar Kuala Lumpur. Penantian mereka berakhir apabila mereka menemui seorang remaja yang berasal dari Besut, Terengganu bernama Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng. Ameng yang sememangnya mempunyai suara yang lunak telah berjaya menarik perhatian anggota-anggota Spring yang lain untuk memilih beliau. Sejak itu, Ameng telah menjadi vokalis tetap kumpulan Spring dan mereka telah merakamkan album pertama yang berjudul Spring pada tahun 1991.

Line-up Spring dalam album Spring (1991) :

  1. Wan Aminuddin Wan Ismail (Ameng) - Vokalis
  2. Mohd Azhar Mohd Yusof (Zahar) - Gitar
  3. Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail (Iskandar) - Gitar/Ketua Kumpulan
  4. Mohd Yunus Mokhtar (Yunus) - Gitar Bass
  5. Rosli Yahaya (Acong) - Dram

Pada tahun 1992, Spring telah merakamkan album kedua yang diberi judul Spring 2... Sampai Hati, setahun selepas album pertama mereka dipasarkan. Namun begitu, Spring sekali lagi dikejutkan dengan berita buruk apabila pemain bass asalnya, Yunus mengambil keputusan untuk menarik diri di pertengahan proses rakaman album kedua mereka. Ini telah menyebabkan keadaan menjadi huru-hara kerana rakaman album tersebut sudahpun 50% siap dan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mencari pemain bass baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yunus. Akhirnya mereka menemui pengganti Yunus dengan kemasukan seorang pemuda yang tampan & tidak kurang hebatnya dalam bermain bass iaitu Mohamad Riza bin Mahamad Amran yang lebih dikenali sebagai Empy/MP. Sebelum menganggotai Spring, Empy merupakan anggota asal Kumpulan Teja yang popular dengan lagu "Kau Yang Tak Mengerti" pada tahun 1991.

Pemilihan Empy sebagai pemain bass baharu Spring ternyata tidak sia-sia apabila album ini telah meletakkan mereka sebagai kumpulan rock yang popular, sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang terkenal pada masa itu. Sejak itu, mereka terus mendaki puncak populariti apabila berjaya menghasilkan beberapa album yang sarat dengan lagu-lagu hits mereka selepas itu sama ada album studio mahupun album kompilasi.

Line-up Spring bermula dari album Spring 2... Sampai Hati (1992) :

  1. Wan Aminuddin Wan Ismail (Ameng) - Vokalis
  2. Mohd Azhar Mohd Yusof (Zahar) - Gitar
  3. Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail (Iskandar) - Gitar/Ketua Kumpulan
  4. Mohamad Riza Mahamad Amran (Empy/MP) - Bass
  5. Rosli Yahaya (Acong) - Dram

Walaupun kumpulan Spring berasal dari Terengganu, hanya Ameng dan Iskandar sahaja yang berasal dari negeri tersebut manakala 3 anggota Spring yang lain iaitu Zahar, Empy dan Acong masing-masing berasal dari Johor, Perak dan Negeri Sembilan. Anggota Spring yang paling popular ialah vokalisnya, Ameng yang juga pernah mendirikan rumahtangga dengan dramatis/penerbit terkenal Zaidah Awang ataupun A. Aida pada tahun 1993 hingga 2002. Mereka pernah bercerai sekali dan rujuk semula sebelum kembali bercerai pada 2004.

Aktres Sofia Jane, Zizie Ezette dan pelawak Sharifah Shahora adalah antara artis wanita yang pernah muncul dalam muzik video kumpulan Spring.

Isu Narkotik, Perpecahan & Reunion[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Spring terutama vokalisnya, Ameng tidak surut dari dikaitkan dengan kontroversi berkaitan penyalahgunaan dadah. Kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpecah pada tahun 2004 biarpun jualan album terakhir mereka Hati Mahu Baik disifatkan memberangsangkan. Sejak itu, Ameng meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Selepas 15 tahun mereka tidak beraksi sebagai sebuah kumpulan, akhirnya mereka telah mengadakan mini showcase di mana mereka telah bergabung semula walaupun kekurangan 2 ahli iaitu Iskandar dan Acong kerana tuntutan masa dan kesihatan. Namun begitu, Acong turut hadir memberikan sokongan kepada anggota Spring yang menjayakan persembahan iaitu Ameng, Zahar dan juga Empy. Mini showcase tersebut telah berlangsung pada 9 Mac 2018 di Restoran D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Kulit album Spring pada tahun 1991 yang dianggotai oleh Ameng, Zahar, Iskandar, Yunus dan Acong.

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Kemunculan Lain[sunting | sunting sumber]

  • War Rock 1 (1987)
  • War Rock 3 (1989)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Sejiwa" Spring
"Coretan Terbiar"
1992 "Sampai Hati" Sampai Hati
1993 "Kemarau Kasih"
"Sinar Abadi"
1994 "Butakah Cinta" Bourgenvilla
"Bourgenvilla"
"Wakaf"
"Sepi Tanpa Cinta"
"Tamu Beradu" Pasti Hits
1995 "Cempaka Di Rembulan" Pujaan Gemilang
"Kasih Yang Tak Pasti"
menampilkan Opie
"Sejujur Mana Kata-kata" Jujur
"Jinak Merpati"
"Keadaan Memaksa"
1996 "Jurang Kasih"
"Hampa"
"Romantis" 5
"Persada Cintaku"
"Sesekali Terlupa"
"Nirwana"
"Sejiwa" (Akustik) Balada Gemilang
1997 "Asmara Palsu"
"Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta"
"Dulu dan Sekarang"
"Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" Luahan
"Luahan"
1998 "Ku Lepaskan Kau Pergi"
"Kerana Budi Ku Jatuh Hati " Kerana Budi
"Utusan Lama"
"Semoga Cinta Kita Bahagia"
1999 "Diam Merindu"
"Pesanan Buat Kekasih" Galeri Gemilang
"Inginku Takluki Hatimu"
"Terangi Kembali" Terus Gemilang
2000 "Menggapai Sinarmu"
2001 "Sambutlah Cintaku" Hati Mahu Baik
"Hati Mahu Baik"
2003 "Teringat Kembali" Kegemilangan Spring

Pencapaian & Anugerah[sunting | sunting sumber]

ANUGERAH JUARA LAGU

  1. 1993 - FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 8 / SAMPAI HATI
  2. 1996 - FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 11 / ROMANTIS


SEMI FINAL MUZIK-MUZIK

  1. 1994 - BOURGENVILLA
  2. 1998 - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA
  3. 1999 - PESANAN BUAT KEKASIH


ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

  1. 1993
    1. MENANG - VIDEO MUZIK TERBAIK (SAMPAI HATI)
    2. TOP 5 (VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album SAMPAI HATI)
    3. TOP 5 (KULIT ALBUM TERBAIK album SAMPAI HATI)
  2. 1995 - TOP 5 (VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album BOURGENVILLA)
  3. 1996 - TOP 5 (ALBUM ROCK TERBAIK / JUJUR - SPRING)


ANUGERAH BINTANG POPULAR

  1. 1993 - TOP 5 (PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR)
  2. 1994 - MENANG - PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR
  3. 1995 - TOP 5 (PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR)


ANUGERAH PLATINUM

  1. ALBUM :
    1. BOURGENVILLA (1994)
    2. LUAHAN (1997)
    3. GALERI SPRING (1999)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]