Azura (filem 1984)
Azura | |
---|---|
Pengarah | Deddy M. Borhan |
Penulis | Deddy M. Borhan (lakon layar) M. Amin (skrip asal) |
Dibintangi | Ogy Ahmad Daud Jamal Abdillah |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 1 juta (RM 2.6 juta pada tahun 2023 mata wang) |
Filem Azura ialah filem drama romantik Malaysia yang ditayangkan pada tahun 13 Disember 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1979.
Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan.
Filem ini turut dijayakan oleh Ogy Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama, selain arwah Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak. Penggambaran filem Azura ini telah dirakam di sekitar tanah air, seperti di Sabah, Stesen Caltex Taman Melawati, dewan orang ramai taman ibukota, taman Titiwangsa, taman tasik Jalan Timur,PJ.(SEMUANYA MASIH ADA DAN WUJUD LAGI)
Filem ini banyak menyelitkan mesej yang relevan pada masa itu (sebelum ia mula diberi perhatian umum). Isu-isu seperti bohsia, mat rempit, budaya lepak, pembelajaran di luar negeri, konflik ayah-anak dan kebebasan, stigma profesion artis rakaman, ibu tiri, sumbangan belia kepada masyarakat dan lain-lain. [1] Walaupun filem Azura ini dikenali sebagai filem yang popular tahun 1980an tetapi filem ini tidak begitu berjaya dari segi kutipan dan hanya mendapat sebanyak RM 1 juta berbanding filem Adik Manja yang lebih popular pada tahun keluarannya dan mendapat kutipan lebih tinggi iaitu RM3.50 Juta.
Rangkuman Plot
[sunting | sunting sumber]Filem dimulakan dengan babak cabaran perlumbaan haram motorsikal di antara dua kumpulan muda-mudi. Di dalam perlumbaan yang terganggu oleh serbuan polis itu Zack telah terbabas di pusingan terakhir lalu tercedera dan pengsan.
Zack dijumpai oleh sekumpulan pelajar sekolah yang sedang berjoging. Walaupun dinasihati rakan untuk menjauhi Zack, namun cik Azura tidak sampai hati lalu menolongnya.
Setelah sembuh, Zack pergi ke sekolah tempat Azura belajar secara selamba dan dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda terima kasih. Zack juga sempat memberi nasihat yang membina untuk semua rakan sekelas cik Azura. Zack yang sudah jatuh hati kepada Azura, mula menunggu di luar perkarangan sekolah setiap hari untuk mencuri hati Azura namun tidak diendahkan Azura pada mulanya. Modal mengayat Azura adalah mengajak menonton wayang cerita perang..tetapi cerita perang tak nak ditonton sebab ia ganas. Zack sanggup berpisah dengan ayahnya selepas mengahwini Azura. Zack terpaksa belajar berdikari serta hidup susah. Zack sering jatuh sakit akibat kerja yang berat.
Analisa Watak
[sunting | sunting sumber]Zakaria bin Datuk Puteh atau 'Zack' merupakan seorang pemuda yang hidup di dalam sebuah keluarga yang mewah. Setelah kematian ibunya sewaktu dia kecil, Zack membesar tanpa bimbingan yang sewajarnya. Oleh kerana kesibukan ayahnya mengurus perniagaan, Zack dan ayahnya jarang berjumpa. Hubungan mereka bertambah renggang setelah Datuk Puteh berkahwin lain. Zack memilih untuk hidup bersendirian di salah satu rumah milik ayahnya dan ayahnya hanya mengirim wang setiap bulan kepadanya.
Walaupun 'gentleman' dan bersopan-santun, Zack yang tidak diberikan perhatian mula berkelakuan liar dan menubuhkan sebuah kumpulan motor (Motor Model RD menjadi ikon dan kegilaan remaja ketika itu).
Azura adalah seorang remaja yatim piatu yang hidup menumpang nasib kepada ibu saudaranya setelah kematian ibu bapanya di dalam satu kemalangan. Selepas waktu sekolah, Azura terpaksa menolong ibu saudaranya menjaga kedai makan (LOKASI DI SALAH SEBUAH RUMAH KEDAI BERHAMPIRAN DENGAN JALAN PAHANG).
Azura seorang yang periang dan bersikap optimistik di dalam hidup. Beliau juga seorang yang berfikiran terbuka, yang mungkin disebabkan oleh pengalamannya bersama ibu bapanya di luar negara.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jamal Abdillah sebagai Zack
- Ogy Ahmad Daud sebagai Azura
- Maria Arshad sebagai Ibu Tiri Zack
- A. Galak sebagai Datuk Puteh
- Rafie Hussein sebagai Razif
- Yusni Jaafar sebagai Mak Long
- M. Rajoli sebagai Pengurus Stesen Minyak
- Syed Sobri sebagai Amir
- M. Daud
- Montoi Yaakob
- Azean Yussof
- Noor Liza Abdullah
- Rahman Aziz
- Ahmad Sharif
- Ismail Omar
- Gatot
- David
- Patrick Gilan
- Eddy Thomas
Pengarah
[sunting | sunting sumber]- Deddy M. Borhan
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Lakonan pertama Jamal Abdillah selepas tiga tahun bergelar penyanyi, beliau menyumbangkan lagu Azura yang juga lagu tema filem ini (babak akhir).
- A.Galak menceritakan kepada youtuber Raksasa Manja pada 10 Mac 2023, mengatakan watak Zakaria Dato Puteh diambil nama dari Zakaria (nama sebenar A. Galak iaitu Zakaria Ahmad) dan Puteh adalah nama bapa seniman P. Ramlee bernama Teuku Putih. Malah di awal pembikinan filem tersebut asalnya hampir diarahkan oleh A. Galak namun bertukar kepada Deddy M. Borhan kerana beliau mahir bidang pengarahan manakala A. Galak bertindak di belakang tabir
- Penglibatan akhir A. Galak bersama Sabah Film Production sebelum beralih dengan Skop Production hingga sekarang.
- Nama Azura diabadikan kepada kelahiran anak perempuan Jamal Abdillah bersama pasangannya Zai Izzati pada 2019 diikuti anak lelaki bernama Zack Isaac Yamani pada 2022.
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia ke-5, 1984
- Lagu Terbaik - M. Nasir
- Anugerah Khas Juri - Pengolahan kisah masyarakat semasa