Zakaria bin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari A. Galak)
Jump to navigation Jump to search
"A. Galak" dilencongkan di sini.
A. Galak
Kelahiran Zakaria bin Ahmad
(1941-11-29) 29 November 1941 (umur 76)
Johor Bahru, Johor, Malaya British (kini Malaysia)
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1966–kini
Pasangan Rusimah Iskandar
Anak 5 anak
Ibu bapa Rokiah Jaafar (ibu)
Ahmad Jaafar (bapa)
Saudara 7 cucu
Keluarga 2 cicit

Zakaria bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Galak (lahir 29 November 1941) merupakan salah seorang pelakon di Malaysia. Beliau turut dikenali dengan gelaran Sarjan Misai disebabkan penampilan misainya dalam drama-drama kepolisan.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Zakaria bin Ahmad pada 29 November 1941 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Singapura[2] Beliau merupakan bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada tujuh orang cucu.

Era Jalan Ampas.[sunting | sunting sumber]

  • Beliau pernah bekerja di Studio Jalan Ampas di bahagian mekap untuk lelaki. Beliau menjaga pakaian dan sesekali menyolek para pelakon. Beliau pernah menyolekkan Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.
  • Menjadi pelakon tambahan dalam filem Lampung Karam dan Aksi Kucing.[3] Bukan setakat pelakon tambahan, beliau juga menjadi penari untuk sesetengah babak.
  • Waktu itu beliau tidak ada termimpi langsung untuk menjadi pelakon secara serius. Beliau hanya berlakon secara suka-suka sahaja,” ceritanya tentang
  • Sejak kecil beliau sudah terdedah dengan dunia seni kerana ibunya, Rokiah Jaafar yang menjadi heroin filem Putus Harapan adalah bintang filem Jalan Ampas yang seangkatan dengan Kasma Booty.[4]

Era Pasca-Jalan Ampas[sunting | sunting sumber]

  • Apabila Studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1960, pelbagai kerja dilakukan.
  • Beliau turut menyertai Persatuan 4PM dan Persatuan Ali Fiji sebagai penari yang sering mengadakan persembahan di sekitar Singapura ketika itu. Malah A.Galak pernah menyertai kursus tarian di Kuala Kubu Baru selama sebulan.
  • Pada tahun 1984, A.Galak mengambil keputusan untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.
  • Beliau tidak memilih kerja, janji ada. Waktu datang ke Kuala Lumpur beliau bertemu dengan Deddy M.Borhan dari Sabah Filem dan menawarkan beliau berlakon dalam filem Azura.
  • Beliau juga berpeluang muncul dalam filem Darah Satria sebagai Sarjan.

Era Di Bawah Yusof Haslam[sunting | sunting sumber]

  • Rezekinya dalam bidang lakonan terus berkembang apabila Datuk Yusof Haslam memberi kepercayaan padanya untuk mengarah drama Debu-Debu Kota Raya, Remang-Remang Kota Raya dan berlakon dalam Roda-Roda Kota Raya sebelum Gerak Khas.
  • Sejak itu setiap kali Yusuf terbitkan drama, nama A.Galak pasti diselitkan sama.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1983 Darah Satria Sarjan
1984 Azura Datuk Puteh
1991 Bayangan Maut Taji Samprit
Juara
1993 Pemburu Bayang Pak Ahmad
1996 Maria Mariana Sufian
1997 Gemilang
1999 Bara Bapa Arni
2000 Pasrah Bapa Kemunculan khas
2001 Gerak Khas The Movie Sarjan Hashim
2002 Gerak Khas The Movie 2
2003 Gila-Gila Pengantin
MX3 Sarjan Misai Kemunculan khas
2005 GK3 The Movie Sarjan Hashim
2011 Khurafat Kemunculan khas
2014 Abang Long Fadil Kemunculan khas
2015 Polis EVO Penyelia Inspektor Khai Kemunculan khas
2016 Munafik Imam Ali
Lu Mafia Gua Gangster Inspektor
2017 Abang Long Fadil 2 Taji Samprit
Jibam Pak Itam
2018 3 AM Pos produksi
2019 Mat Kilau Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Remang-Remang Kota Raya Sarjan polis
1989 Debu-Debu Kota Raya Sarjan polis
1999-2011/2014-kini Gerak Khas Sub. Inspektor/ Pak Hashim TV2 Pelakon pembantu/ kemunculan khas
2000 Maria Mariana The Series Sufian TV3
1998/2008 - 13 Roda-Roda Kuala Lumpur Sarjan Senin/ Pak Hashim TV2
2009 - 11 Si Capik Datuk Reza
2012 Sopi Sekuriti Yahya Astro Warna
Tanah Kubur - Musim 5: Episod 10 Astro Oasis Episod: Makrifat, Pelakon undangan
2014 Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) Astro Mustika HD
2015 Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2)
2015 - 16 Cinta Dari Marikh TV2
2017 Arluna Astro Maya HD
Jangan Ikut Aku Tok Misai TV3
Dendam Aurora Din Brinchang Astro Maya HD
2018 Sejadah Untuk Dia Hj. Omar
KL Gangster: Underworld Pak Aji Iflix 6 Episod

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]