Pergi ke kandungan

M. Rajoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Rajoli
م. راجولي
Kelahiran
Mohamed Rajoli bin Mohamed Zain

(1945-04-07)7 April 1945
Meninggal dunia17 September 2010(2010-09-17) (umur 65)
Hospital Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianPenyakit barah otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1982–2010
Karya
Filemografi
Pasangan
Anak-anak4

Mohamed Rajoli Mohamed Zain atau lebih dikenali sebagai M. Rajoli (7 April 1945 – 17 September 2010) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, yang kerjayanya melangkaui 2 dekad.

Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.

Pada awal kemunculannya pada lewat 80-an, beliau mengukir namanya dalam bidang seni lakonan dengan membintangi filem-filem dan juga drama tempatan sebagai watak pembantu. Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi. Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama. Beliau juga adalah Imam Besar Masjid Kampung Baru yang telah membacakan talkin semasa pengebumian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 29 Mei 1973.[1]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Keuzuran dan kematian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan berita beliau jatuh sakit. Beliau telah dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung kepada isteri-isteri beliau dalam menguruskan segala kelengkapan harian diri.

Allahyarham semasa hayatnya bersama isteri-isteri beliau

Menurut isteri beliau Hajah Wan Chik Daud, kesihatan beliau pada awal 2009 semakin pulih dan menjalani terapi setiap hari. Beliau yang kini hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda dijaga rapi oleh isteri pertama beliau Hashimah Md. Din di kediaman beliau di AU2, Keramat, Kuala Lumpur.[2]

M. Rajoli meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.[3] Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya,[4] Mohd. Arif. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.[5]

Tahun Anugerah Karya Kategori Keputusan
1996 Anugerah Skrin Kembali Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Menang
2001 Anaknya Sazali Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Menang
2007 Tanah Kubur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Menang
  1. ↑
  2. ↑ "M Rajoli Tetap Puasa Walau Derita 26-Sep-2008 Oleh: Thani Hasbullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-27. Dicapai pada 2010-03-01.
  3. ↑ Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia
  4. ↑ "SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-14.
  5. ↑ M. Rajoli Meninggal Dunia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]