Baharuddin Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Baharuddin Hj Omar
A.M.N, P.J.K
Kelahiran (1936-07-12) 12 Julai 1936 (umur 81)
Kuang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1967—kini
Terkenal kerana Anjang Aki
Pasangan Nazariah Abu Bakar

Haji Baharuddin Haji Omar AMN, PJK atau lebih dikenali sebagai Baharuddin Omar ialah seorang pelakon televisyen yang cukup popular di Malaysia pada era 70an, 80an dan masih aktif berlakon drama-drama televisyen hingga kini. Beliau cukup dikenali menerusi watak "Anjang Aki" yang dilakonkannya pada era 80an.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Baharuddin sememangnya berdarah seni. Beliau mewarisi bakat bapanya, seorang pelakon, walaupun mengalas tugas sebagai guru. Mula berkecimpung dalam pementasan teater sejak awal 50-an lagi, beliau pernah terlibat dengan persembahan bersama Persatuan Peseni Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, dari kota London, pada tahun 1955 biarpun pada masa itu, pentas teater dimonopoli penggiat teater Inggeris dan peluang untuk penggiat Melayu untuk berkarya adalah amat tipis. Beliau merupakan pelakon teater membina nama bersama-sama Rahim Razali, Ismail Hutson dan Rokiah Shafie [1].

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula menawarkan saya untuk berlakon pada tahun 1967 melalui drama "Tanah Pusaka" sebelum mewarnai drama popular seperti "Perajurit Pulang" (1968) dan "Bangsawan" (1970). Sejak itu beliau menjadi cukup popular di kaca televisyen kerana menghiasi banyak drama di slot Panggung RTM mahupun Slot Pekerti. Pada 1981 beliau telah dipilih untuk berlakon dalam satu drama bersiri bertajuk "Anjang Aki" yang ditulis oleh Abdul Mutalib Hassan dan diterbitkan oleh RTM di bawah arahan dan terbitan Aziz Abbas. Drama itu berterusan sehingga beberapa musim dan semenjak itu juga nama beliau begitu sinonim dengan gelaran Anjang Aki [2]. Beliau masih aktif berlakon hingga kini di kaca-kaca televisyen.

Biarpun tidak begitu aktif di dunia perfileman, nama Baharuddin pernah tercatat dalam pertandingan Festival Filem Malaysia ke-2 apabila lakonan mantapnya dalam filem Dia Ibuku dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada 1981.

Rujukan Arkib Suratkhabar Lama[sunting | sunting sumber]

Slot Panggung RTM pada hari jumaat 7hb Ogos 1981 pernah menyiarkan drama khas Rangkaian Pertama RTM ketika itu 'ANJANG AKI' sempena menyambut bulan Syawal dan ternyata drama tersebut mendapat sambutan hangat peminat drama tv diMalaysia dan Singapura ketika itu