Rahim Razali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rahim Razali

DPMP (Perak); AMN
Kelahiran
Abdul Rahim bin Mohd Razali

(1939-07-03) 3 Julai 1939 (umur 84)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • pengulas sukan
  • pengacara sukan
  • penerbit TV
  • penerbit filem
Tahun aktif1959–kini
PasanganDatin Salmiah Abdul Mukmin
Anak-anak3

Yang Hormat Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali (lahir 3 Julai 1939)[1] merupakan seorang pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan filem-filem termasuk Dayang Suhana (1978), Matinya Seorang Patriot (1984), Abang 92 (1993), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Munafik (2016).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dato’ Rahim Razali dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah aliran Inggeris di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne selama lima tahun dalam jurusan Chartered Accountancy di bawah Rancangan Colombo.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bekerja sebagai pembantu penyiaran di Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia), Tobacco Co. Bhd, di Kementerian Kebudayaan, dan SSC & B Lintas Sdn. Bhd dan syarikat iklan rokok SH Benson Advertising Company. Seterusnya bekerja di Fleet Communication. Rahim menubuhkan syarikat sendiri Angkatan Seniman Abad XX Sdn Bhd bersama Rohani Zain, bekas penyampai berita RTM pada 1981.

Pada 1950an beliau menjadi penulis skrip dan pengarah bagi drama di sekolahnya. Di Australia, Rahim menyertai Melbourne University Theatre Dub, Brighton Theatre Group, dan Australia Broadcasting Commission. Pada 1963, berlakon sebagai Hamlet dalam Hamlet iaitu persembahan untuk Brighton Thearte Group. Pada tahun 2010 beliau mengarahkan Muzikal Uda & Dara karya asal Usman Awang. Beliau bertanggungjawab mencungkil dan menyerlahkan bakat lakonan ramai bintang sejak era 70an, dan terbaru beliau berjaya menampilkan penyanyi popular Misha Omar sebagai bintang teater muzikal yang mempunyai keseimbangan dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Beliau menerbitkan 50 drama televisyen di RTM dan berlakon 15 buah filem. Sejak 1960an menceburi dunia lakonan di RTM. Sejak 1981 telah mengarah 8 buah filem dan filemnya terpilih mewakili negara ke Tokyo International Film Festival, London International Film Festival dan lain-lain.

Pada 2010, Rahim ditemuramah dalam rancangan dokumentari The Untold Truth About Supermokh yang menyingkap kisah kehidupan dan kerjaya pemain bola sepak, Mokhtar Dahari yang bersiaran di National Geographic pada 30 Ogos 2010.[4]

Beliau juga pernah menjadi duta dan jurucakap Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Rahim juga terkenal dengan watak Cikgu Osman lakonannya dalam sitkom Osman Baku yang mengisahkan kecekalan Cikgu Osman memperjuangkan bahasa kebangsaan Malaysia.[5]

Dato’ Rahim paling dikenali menerusi kolaborasinya bersama Syamsul Yusof dalam filem Munafik yang mana beliau menjayakan watak sebagai bapa kepada Ustaz Adam.[6] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[7] Rahim kini membuat persiapan untuk filem terbarunya bertajuk Melayu yang berkisar tentang kisah politikus Melayu dan penyatuan semula orang Melayu di negara ini.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau meminati sukan terutama bola sepak, ragbi, hoki, tenis dan terkini golf. Kerjaya sebagai pengacara sukan dipupuk sejak awal penglibatannya pada 1965 lagi.[9][10]

Rahim pernah melakukan pembedahan bagi membuang pendarahan di otak pada 31 Oktober 2013 di Pusat Perubatan Sunway.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1978 Dayang Suhana Azman Filem pertama
1981 Abang Fuad Din Juga sebagai pengarah dan penulis
Sumpah Di Bumi Merkah Panglima Lanang
1982 Pemburu ACP Razif Sebagai pengarah
1984 Matinya Seorang Patriot Sebagai pengarah dan penulis
1986 Tsu Feh Sofiah Nik
1987 Puteri
1989 Anak Sarawak Sebagai pengarah
1990 Rentak Desa
1992 Abang 92 Firdaus Wahidin
1998 Iman Alone Sebagai pengarah dan penulis
2002 KL Menjerit Senator
Embun Pak Harun
2003 Aku Kaya The Movie Ketua Lanun
2004 Puteri Gunung Ledang Datuk Bendahara
2006 Cinta Cikgu Elyias
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Ismail
1957: Hati Malaya Sheikh Abdullah Fahim Pelakon undangan
2008 Jarum Halus Datuk Kalel
Cuci Tan Sri Rahim
Muallaf Datuk
2009 Cinta Terakhir
Pisau Cukur Datuk Zakaria
2010 Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami Dr. Sheikh Muzaffar
Janin Dato' Rahim Penampilan khas
4 Madu Dato' Rahim
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Kesum
Nur Kasih The Movie Aidil tua Penampilan khas
2013 Sayang Disayang Tuan Haji Harun
Malam Penuh Bermisteri Bapa Lisa
2014 Balistik Deputi Marsyal Rahim Penampilan khas
Anak Jantan Penampilan khas
2015 Kapsul Dato' Johan Penampilan khas
2016 Ola Bola Rahman Penampilan khas
Munafik Rahim
2017 Soulmate Hingga Jannah
2018 Pulang Jamil (90an)
Munafik 2 Rahim
2019 XX Ray III Tan Sri Ismail
Rise to Power: KLGU Tok Mat
2021 Penunggang Agama 2 Datuk Fawwas
2022 Spilt Gravy on Rice Bapak
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Mufti Botok Haji Uthman
Tilam Perca Tok Ketua
2023 Imaginur Lelaki Tua
Imam Haji Abdul Rahman
2024 Tan-Ti-Ana Bomoh Agen
TBA Munafik 3 Rahim Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1970 Banjir TV1 Drama pertama
1978 Dagang Perantau
1979 Alang Rentak Seribu
Degup Jantung
2004 Sephia TV3
2005 Mahligai Gading Dato Zikri TV2
2005–2006 Biarku Sentuh Cintamu Musa TV3
2008 Saka Pak Din
Goda Dato' Razak 8TV Pelakon sampingan
2010 Villa Tepi Surau TV AlHijrah
Chinta Osman Kabilah TV3 Penampilan khas
2012 Osman Baku Cikgu Osman Baku TV2 Sebagai pengarah
Darjat Daud TV3 Penampilan khas
Tanah Kubur (Musim 4) Jamil Astro Oasis Episod: "Bomoh Siam"
Episod: "Santau"
2013 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Haji Ilham TV3
Surat Dari Langit Biru Pak Asan
Nur Khalifah TV2
2014-2015 Bercakap Dengan Jin Long Peah Astro Mustika HD
2014–2021 Gerak Khas Dato' Osman TV2, TV3 Pelakon undangan
2015 Bangsal Tua TV2
Tanah Kubur (Musim 13) Yusof Astro Oasis Episod: "Manusia Seakan Keldai"
Ajaibnya Cinta Pak Akob TV3
2015–2018 Mak Cun Pak Akob
2017 Menanti Februari Encik Haris
2018 Tok Adi Seman Astro Oasis
Pengantin 100 Hari Dato' Fahmi TV3
Mencari Qiblat Ustaz
Mata Ketiga Pak Mail Tonton Pelakon undangan
Split TV Series Astro Citra
2019 Imaan Ustaz Maulana Astro Oasis
Atin, Atan & Mak Cun Pak Akob TV3
2021 Kisah Rumah Tangga Haji Umar Astro Ria Episod: "Azan Rumah Abah"
i-Tanggang Hakim Mahkamah Tinggi Astro Citra
2023 FYP: Famili Yang Popular Tok Ki Astro Ceria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1991 Selamat Tahun Baru, YB! YB TV3 di samping Uji Rashid sebagai isteri YB
2010 Bagaikan Sumayyah Tuan Razak
2011 Panggilan Baitullah
Manual Cinta TV1
2012 Keroncong Untuk Ana Pak Hamdi Astro Prima
Pujian-Pujian
Lelaki Ku Darwis TV2
Maafkan Aku Haji Kamaruddin
2013 Diari Hatiku
Cinta Laila Majnun Ustaz Kadir Astro Oasis
2014 Spain Uolls Pak Akob TV3
Dari Kerana Mata Astro Prima
Kereta Kita Omar TV3
2015 Sawadeeka - Mak Cun Pak Akob
Cinta Riyadus Solihin TV AlHijrah
2016 Gajet Mak Dah Pak Mail TV9
Baju Berkancing Peniti Usup TV3
Bila Embun Merintih Ismail Lembung
Mak Cun Pi New York Pak Akob
2017 Syukur Syawal Pak Seman
Mak Cun Pi Lombok Pak Akob
Bisik Pada Allah Pak Majid Astro Citra
2018 Kitab Sijjin
Penjara Abah
Mak Cun Pi Amerika Lagi Pak Akob TV3
Bebaskan Anak Kita Rahim
Telingkah Imam Daruni TV2
2020 #Sampai Syurga Awesome TV
Kelab Gentleman Kapten Kamal TV3
Osman Baku Cikgu Osman Baku TV1
Mak Cun Anjung Orang Kita Pak Akob TV3
2021 Kari Ayam Mama Tok Man TV9
2022 Terbuka Pintu Syurga Pak Mail @ Pakwe Astro Prima
Radio Atok Atok TV9
2023 Mistik Bilik Mayat Tok Adam TV AlHijrah

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan
2014 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
2017 Cerun Yang Selamat

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Pak Samad

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1987 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1
2010 The Untold Truth About Supermokh Dirinya sendiri National Geographic Channel Dokumentari
2011 Arena Sukan Pengacara Astro Arena

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1981 Festival Filem Malaysia ke-2 Skrip Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1984 Festival Filem Malaysia ke-5 Lakonlayar Terbaik Menang
Pengarah Terbaik Menang
1986 Festival Filem Malaysia ke-6 Skrip Terbaik Menang
Pengarah Terbaik Menang
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu) Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sambut merdeka dalam kesederhanaan - Waktu berkabung Diarkibkan 2014-10-28 di Wayback Machine Kosmo! (21 Ogos 2014). Diperoleh pada 21 Ogos 2014.
  2. ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2015). "Kenapa Rahim Razali berlakon komedi?". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^ Documentary on Supermokh to premiere on Aug 30 The Star Online (28 Ogos 2010). Dicapai pada 21 September 2010.
  5. ^ Drama Osman Baku arahan Rahim Razali Sensasi Selebriti (3 Oktober 2012). Diperoleh pada 18 Oktober 2012.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
  7. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  8. ^ Sahidan Jaafar (31 Disember 2017). "Jiwa patriotik Rahim Razali". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2018.
  9. ^ Datuk Rahim Razali: Hero Malaysia Ezaleila @ Wordpress (10 Mei 20101). Diperoleh pada 10 Mei 2010.
  10. ^ Punca Datuk Rahim Razali bersara menjadi pengulas sukan Panduan Malaysia (1 Mei 2014). Diperoleh pada 1 Mei 2014.
  11. ^ Kemalia Othman (16 Mac 2015). "Masalah Kesihatan Tak Jejas Semangat Rahim Razali Berlakon". mStar Online. Dicapai pada 23 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]