Bahasa Finland
Bahasa Finland | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
suomi | |||||||
Asli kepada | Finland, Estonia, Sweden (Lembah Torne), Norway (Finnmark), Barat Laut Russia (Karelia) | ||||||
Kawasan | Eropah Utara | ||||||
Penutur bahasa | 7 juta | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Finland, Kesatuan Eropah | ||||||
Dikawal selia oleh | Rancangan Departmen Bahasa Institut Penyelidikan Bahasa Finland [1] | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | fi | ||||||
ISO 639-2 | fin | ||||||
ISO 639-3 | fin | ||||||
|
Bahasa Finland merupakan sebuah bahasa yang dituturi oleh kebanyakan penduduk Finland (92%) dan oleh etnik Finland di luar Finland. Bahasa ini juga merupakan bahasa rasmi di Finland dan juga bahasa minoriti rasmi di Sweden dalam bentuk piawai Finland termasuk juga Meänkieli.
Bahasa Finland merupakan satu ahli keluarga bahasa Finno-Ugrik dan dikelaskan sebagai bahasa melekat. Bahasa ini mengubahsuai bentuk kedua-dua kata nama dan kata sifat bergantung kepada peranannya dalam ayat. Bahasa ini mempunyai reputasi sebagai sukar untuk difahami dan dipelajari. Ini kebanyakannya disebabkan ada sedikit bahasa yang berhubung dengannya, membuatkan kosa katanya tidak dikenali.
Bahasa Finland dipertuturkan oleh kira-kira 6 juta orang, kebanyakannya di Finland. Terdapat juga kumpulan minoriti yang boleh berbahasa Finland di Sweden, Norway, Rusia, dan Estonia. Di samping itu, terdapat beratus-ribu orang Finland yang berhijrah ke Sweden untuk tinggal di sana. Penghijrahan penting berlaku pada 1970-an, dengan Finland bertenggang sebab pengangguran serta Sweden memberikan kerja dalam industri kereta misalnya. Di benua Amerika dan Australia, terdapat juga komuniti-komuniti imigran. Di Amerika Utara, mereka terdapat di Semenanjung Atas Michigan dan di kawasan berdekatan Tasik Superior. Di Amerika Selatan, komuniti-komuniti kecil terdapat di Argentina dan Brazil. Di Australia, komuniti-komuniti ini terdapat di luar Sydney dan di Gunung Isa dan di luar bandar Queensland.
Bilangan penutur bahasa Finland adalah stabil dan berkembang. Kini, jumlah pentutur bahasa Finland semakin besar daripada jumlah pentutur bahasa Sweden dan penukaran bahasa antara bahasa Sweden dan bahasa Finland berlaku. Di Finland, bahasa Finland telah menjadi lebih dominan di kawasan mana bahasa Finland-Sweden lebih digunakan sebelumnya, misalnya Helsinki. Lagipun, imigresen ke Finland, yang biasanya mengintigrasikan imigran-imigran secara baik – juga, ia menambahi jumlah dengan lebih pentutur-pentutur bahasa Finland.
Wikipedia Bahasa Finland, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Tunas bahasa
- Bahasa
- Bahasa Finnik
- Bahasa Uralik
- Bahasa di Finland
- Bahasa di Rusia
- Bahasa di Sweden
- Bahasa di Norway
- Bahasa di Estonia