Geseran sisian gusi tak bersuara
| Nombor AFA | 148 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | K | ||
| |||
| Sampel audio | |||
Geseran sisian gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɬ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan K dalam X-SAMPA. Aksara ɬ dipanggil "l berbalut", dan tidak wajar dikelirukan dengan "l bertilde", [ɫ], yang digunakan untuk bunyi malaran tak geser sisian gusi divelarkan.
Bunyi ini begitu jarang ditemui di kalangan bahasa-bahasa Eropah di luar rantau Caucasus (terutamanya sekali dwihuruf ll dalam bahasa Wales),[1] namun agak banyak ditemui dalam bahasa-bahasa peribumi Amerika seperti Bahasa Navajo[2] dan bahasa-bahasa Kaukasia seperti Bahasa Avar, serta bahasa-bahasa Afrika seperti Bahasa Zulu dan bahasa-bahasa Asia seperti Bahasa Chukchi.
Fonem /ɬ/ difahami terwujud dalam bahasa Ibrani Kitabiah tuturan bani Israil terus dari Bahasa Semitik Purba berwakil huruf ש shin seturunan huruf س sin Arab, namun bunyi ini kemudiannya bercampur tindih dengan /s/ diwakil huruf ס samekh yang diteruskan laras Masnawi;[3][4][5] penelahaan bunyi pertama dipelihara dalam kata lama kemudiannya ditulis menandakan titik depan huruf shin שׂ. Hal ini dibuktikan dari kekata balsamum (Latin) dan βάλσαμον balsamon (Yunani) menyerap kata בֹּשֶׂם baśam.[6] Fonem ini juga masih maujud dalam bahasa-bahasa Mehri dan Saqatri cabang Tengah serumpun Sem diwakili huruf ڛ sin titik tiga titik di bawah sedangkan ia berubah dalam cabang Sem Tengah lelama mendepan menjadi bunyi huruf ش syin dalam bahasa Arab.[3]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri geseran sisian gusi tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah (apikal) atau daun lidah (laminal) menyentuh batas gusi.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini merupakan konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Ladefoged, Peter (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. m/s. 203. ISBN 0631198156.
- ↑ Laver, John (1994). Principles of Phonetics. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 257–258. ISBN 052145655X.
- 1 2 Schneider, Roey (2024). The Semitic Sibilants. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag. m/s. 36–9. ISBN 978-3-447-12217-7.
- ↑ Blau (2010:69)
- ↑ Rendsburg (1997:73)
- ↑ Blau (2010:77)
