Bambang Pamungkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bambang Pamungkas
Bambang Pamungkas bedah buku Kemsetneg.png
Maklumat peribadi
Nama penuhBambang Pamungkas
Tarikh lahir (1980-06-10) 10 Jun 1980 (umur 39)
Tempat lahirSemarang, Indonesia[1]
Ketinggian1.71 m (5 ka 7+516 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniPersija Jakarta
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1999-2000
2000-2001
2001-2004
2005-2006
2007-
Indonesia Persija Jakarta
Belanda EHC Norad
Indonesia Persija Jakarta
Malaysia Selangor
Indonesia Persija Jakarta
30 (24)

96 (52)
42 (39)
00 (13)
Pasukan kebangsaan
1999-Indonesia Indonesia64 (34)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Bambang Pamungkas (lahir 10 Jun 1980) merupakan pemain bola sepak Indonesia yang berketinggian 171 cm. Beliau pernah bermain di kelab EHC Norad, Selangor dan Persija Jakarta.

Setelah bermain di Belanda, beliau tidak meneruskan kontraknya dan pulang ke Indonesia. Selepas itu Bambang bermain di Liga Malaysia bersama Selangor. Pada tahun pertamanya beliau membantu Selangor merangkul 3 piala iaitu Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia serta Piala Malaysia dan menjadi penjaring terbanyak Selangor untuk musim 2005 dengan 24 gol dari 24 perlawanan liga.

Kejayaan Bambang di Malaysia membuka pintu buat pemain-pemain dari Indonesia beraksi di Liga Malaysia.

Pada musim 2005/06, Bambang dilihat kurang menyinar seperti musim sebelumnya. Lebih teruk, Selangor yang baru dinaikkan ke Liga Super gagal memenangi sebarang piala dan Selangor memutuskan untuk melepaskannya. Bambang kemudian kembali beraksi bersama Persija Jakarta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profile at his official website (Indonesian)". Bambangpamungkas20.com. Diarkibkan daripada asal pada 26 April 2012. Dicapai 26 April 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]