Pergi ke kandungan

Bandar Luxembourg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi bandar Luxembourg di Luxembourg
Bandar Luxembourg: Kota dan Kubu lamanya
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kastil Luxembourg — Bahagian Kubu Thüngen yang dibina semula
Kubu Thüngen — Bahagian Kubu Thüngen yang dibina semula
KriteriaKebudayaan: iv
Rujukan699
InskripsiSesi 1994 (ke-18 )

Bandar Luxembourg (Luxembourg: Stad Lëtzebuerg, Perancis: Ville de Luxembourg, Jerman: Luxemburg Stadt) atau Luxembourg sahaja (Luxembourg: Lëtzebuerg, Jerman: Luxemburg) ialah sebuah komun dengan status bandar, dan ibu negara Luxembourg. Bandar ini terletak pula di kanton bernama Luxembourg. Setakat 2009, komun Bandar Luxembourg memiliki penduduk sekitar 90,000 orang.