Bangunan TNB Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bangunan LLN Ipoh di Jalan Lahat, Ipoh , Perak dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan ibni Sultan Yusuf Izzudin Shah pada Sabtu 30 November 1985 menelan belanja RM9 juta. Bangunan ini menjadi mercu tanda baru bagi bandaraya Ipoh. Turut hdir ialah Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Bangunan setinggi 7 tingkat dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar. Kerja-kerja pembinaan bermula Mac 1982 dan siap pada Februari 1984. Bangunan ini berbentuk huruf 'T'. dan telah direkabentuk oleh Jabatan Arkitek LLN sendiri.

LLN bermaksud Lembaga Letrik Negara, iaitu nama lama bagi TNB atau Tenaga Nasional Berhad.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos ketika itu ialah Datuk Leo Moggie, menyatakan , kampung-kampung dalam lingkungan 10 km dari stesen janaelektrik hidro akan dibekalkan dengan tenaga elektrik.