Ramli Ngah Talib
Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Dato' Seri DiRaja (Dr.) Haji Ramli Ngah Talib PSM; SPSA, SPCM (Perak); AMN; JP (Perak) | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 22 November 2004 – 27 April 2008 | |
Didahului oleh | Mohamed Zahir Ismail |
Digantikan oleh | Pandikar Amin Mulia |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pasir Salak | |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | Megat Junid Megat Ayob |
Digantikan oleh | Tajuddin Abdul Rahman |
Menteri Besar Perak ke-8 | |
Dalam jawatan 1983–1999 | |
Didahului oleh | Wan Mohamed bin Wan Teh |
Digantikan oleh | Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Kampong Gajah | |
Dalam jawatan 1978–1999 | |
Didahului oleh | Sapian Mat Sam |
Digantikan oleh | Ainon Khariyah Mohd Abas |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pasir Salak, ![]() | 16 Mac 1941
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin Raja Abdullah |
Anak-anak |
|
Saudara | Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram (cucu) |

Tan Sri Dato' Seri DiRaja (Dr.) Haji Ramli bin Ngah Talib (lahir 16 Mac 1941) merupakan bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Di Parlimen Malaysia, beliau digantikan dengan muka baharu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 28 April 2008.
Kini, beliau adalah Pro-Canselor, Universiti Malaya.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
Tarikh Lahir: 16 Mac 1941 di Pasir Salak, Perak. Anak ketiga dari lima orang adik beradik. Adik-beradik beliau bernama Sarifah, Zalihah, Maimunah, dan Zulkifli.
YB Tan Sri Datuk Seri Ramli Ngah Talib
60 Jalan 1
Taman Tun Abdul Razak
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Isterinya ialah YM Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin binti Raja Abdullah.
Anak[sunting | sunting sumber]
- Toh Muda Rizal Ashram (Jejai)
- Ramelle Ashram
- Puteri Yasmin Ashram
- Puteri Azalia Ashram
Ramli Ngah Talib merupakan keturunan Dato' Sagor, iaitu salah seorang Orang Besar Lapan negeri Perak yang terlibat dalam mempertahankan Negeri Perak daripada pengaruh British pada tahun 1870-an. Dato' Sagor (nama sebenar, Ngah Kamdin) mempunyai sembilan orang anak, Long Mabu, Alang S., Uda Bibah, I. Jailah, Anjang Abdullah, Teh Nasa, M. Dagang, K. Satar, dan Alang Ismail. Susur galur keturunan Ramli Ngah Talib adalah kepada ayah beliau, Ngah Talib yang merupakan anak kepada Safiah, yang merupakan anak kepada Teh Nasa. Teh Nasa merupakan anak keenam Dato' Sagor.
Gelaran Dato' Sagor (Dato' Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja ) telah dihapuskan selepas tahun 1870-an dan hanya dihidupkan kembali oleh Sultan Perak dan Dewan Negara Perak pada tahun 1987. Gelaran tersebut kini disandang oleh Ramli Ngah Talib.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Melayu Pasir Salak, Perak
- Anglo Chinese School, Teluk Intan.
- St. Anthony School, Teluk Intan
- Maktab Melayu Kuala Kangsar.
- Queen University, Belfast
- Lincoln's Inn, University. - Ijazah Barrister at Law Lincolns Inn.
- Ijazah LL.B(Hons) Queen University, Belfast.
Bidang Kerjaya[sunting | sunting sumber]
- Guru Sementara, Sekolah Menengah Sabak Bernam 1963 - 1964
- Pensyarah Undang-Undang, Institut Teknologi MARA 1970
- Pensyarah Undang-Undang Sambilan, Universiti Malaya 1970
- Penasihat Undang-Undang, Lembaga Letrik Negara 1971 - 1977
- Menjalan Firma Undang-Undang Sendiri 1977 -1978
- Menjalankan Firma Undang-Undang Sendiri
Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]
Menjadi Ahli UMNO pada Tahun 1972 di Cawangan Kampung Teluk, Bahagian Hilir Perak , kini dinamakan Bahagian Pasir Salak .
Jawatan Dalam Parti[sunting | sunting sumber]
- Naib Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk 1974
- Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk 1975
- AJK UMNO Bahagian Hilir Perak 1975
- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hilir Perak 1976
- Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Bahagian Hilir Perak 1976
- Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Hilir Perak 1978
- Pengerusi Biro Buruh, Perhubungan UMNO Negeri. 1979
- AJK Biro Politik, Perhubungan UMNO Negeri 1981
- AJK Biro Penerangan, Perhubungan UMNO Negeri 1981
- AJK Biro Agama, Perhubungan UMNO Negeri 1981
- AJK Biro Ekonomi, Perhubungan UMNO Negeri 1981
- AJK Biro Buruh, Perhubungan UMNO Negeri 1981
- AJK Biro Ekonomi UMNO Malaysia 1981
- Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak 1982
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 1984 - 1987
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2000 - 2003
- Pengerusi Barisan Nasional Perak 1986
Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]
- AJK MAYC Negeri Perak 1979 -1980
- Pengerusi Jawatankuasa Agama Daerah Hilir Perak
- Naib Yang DiPertua, Persatuan Murid-Murid Tua Northern Ireland
- Yang DiPertua, Persatuan Bola sepak Perak
- Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Perak
- Pengerusi Gabungan Belia Perak
- Presiden, St John Ambulance Perak
- Presiden, Malaysian Chess Federation
Kegiatan di Sekolah & Universiti[sunting | sunting sumber]
- Ketua Darjah 1 hingga 5
- Ketua Sekolah
- Secretary School Literary and Debating Society
- Bendahari Northern Ireland Students Society
- Setiausaha Politik, Kesatuan Melayu United Kingdom
- Pengarang, Majalah Kesatuan Melayu United Kingdom
Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kampung Gajah 1978 - 29 November 1999
- Ahli Parlimen Pasir Salak 30 November 1999 hingga 2004
Jawatan Yang DiPegang Dalam Kerajaan[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan 1978
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perbadanan Awam dan Perindustrian 1981
- Ahli Jawatankuasa Pertanian Negeri Perak 1981
- Pemangku Menteri Besar Perak mulai 20.10.82
- Dilantik Menteri Besar Perak mulai 1.3 1983
Anugerah Kebesaran[sunting | sunting sumber]
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M) Tan Sri
- Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A) Dato' Seri Diraja
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) Dato' Seri
- Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja (Orang Besar Delapan Perak)
- Seri Maharaja Lela Mangkubumi oleh Kerajaan Acheh
- Paul Harris Fellowship oleh Royal International
- Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-Undang (Ph.D) Oleh University Sheffield, U.K. pada 23 Oktober 1997
- Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah oleh SPB Yang DiPertuan Agong pada 23 April 1998
Pautan Luar[sunting | sunting sumber]
Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Perak 1 Mac 1983 - 3 Dis 1999 |
Penyandang Kemudian |
Wan Mohamed bin Wan Teh | Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali |
- Menteri Besar Perak
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Orang hidup
- Kelahiran 1941
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Menteri Besar daripada UMNO
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini