Menteri Besar Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Menteri Besar Perak
Coat of arms of Perak.svg
Penyandang
Ahmad Faizal Azumu

sejak 12 Mei 2018 (2018-05-12)
Kerajaan Negeri Perak
Gelaran Yang Amat Berhormat
Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Lapor kepada Dewan Undangan Negeri Perak
Kediaman Jalan Raja Dihilir, Ipoh, Perak
Pejabat Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
Pelantik Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Perak
Tempoh Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Pemegang sulung Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz
Pembentukan 1 Februari 1948 (1948-02-01) (70 tahun yang lalu)
Laman web www.perak.gov.my

Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang daripada kalangan bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar ke-11 setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya[1]

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Negeri Perak sekali lagi mengalami kontroversi apabila Pakatan Harapan memenangi 29 kerusi DUN, Barisan Nasional 27 kerusi DUN dan PAS 3 kerusi DUN. Hal ini menyebabkan tiada parti mendapat majioriti mudah meskipun PH memenangi kerusi terbanyak. Kemudian, bekas Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir yang juga pengerusi BN Perak, menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan mendapat sokongan 30 ahli DUN, pada petangnya, wakil-wakil PH pula menghadap Sultan Perak. Baginda seterusnya menitahkan BN dan PH agar membawa semua ADUN yang menyatakan sokongan terhadap parti masing-masing pada keesokan harinya sebagai bukti. Namun akhirnya, dua ADUN dari BN telah melompat parti untuk menyokong PH menyebabkan PH mendapat majioriti mudah 31 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Sultan Perak memperkenankan Pengerusi PH, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12

Senarai Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak:[2]

No Nama Mula Tamat Parti
1 Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz 1948 1957 NAP
2 Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi 1957 1960 UMNO
3 Dato' Seri Shaari bin Shafie 1960 1964 UMNO
4 Dato' Seri Ahmad bin Said 1964 1970 UMNO
5 Dato' Seri Kamaruddin bin Mohd Isa 1970 1974 UMNO
6 Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi (kali kedua) 1974 1977 UMNO
7 Dato' Seri Wan Mohamed bin Wan Teh 1977 1983 UMNO
8 Tan Sri Ramli bin Ngah Talib 1983 1999 UMNO
9 Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali 1999 2008 UMNO
10 Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin* 2008 2009 PAS
- Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir** 2009 2009 UMNO
- Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 2009 2009 PAS
11 Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir*** 2009 2018 UMNO
12 Ahmad Faizal Azumu 2018 kini PPBM

Nota:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Khirul Bahri Basaruddin dan Saufi Hamzah (23 Mei 2009). "Zambry kekal MB". Berita Harian. Dicapai 24 Mei 2009. 
  2. ^ MB PERAK SEJAK TAHUN 1950:
  3. ^ Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Dicapai 11 Mei 2009. 
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mstar12mei tidak disediakan