Leo Moggie Anak Irok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Leo Moggie)
Jump to navigation Jump to search
Bagi ahli politik Malaysia dengan nama Leo, lihat Leo Michael Toyad.
YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.)
Leo Moggie Anak Irok
PSM; SSAP (Pah); DA (Swk)
Pengerusi
Tenaga Nasional Berhad
Memegang jawatan
April 2004
Didahului olehAhmad Tajuddin Ali
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehLim Keng Yaik
Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
1989–1995
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehSamy Vellu
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
Dalam jawatan
1978–1989
Didahului olehV. Manikavasagam
Digantikan olehSamy Vellu
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Kanowit, Sarawak
Dalam jawatan
1978–2004
Didahului olehJoseph Unting Umang
Digantikan olehAaron Ago Dagang
Butiran peribadi
Lahir (1941-10-01) 1 Oktober 1941 (umur 77)
Kanowit, Sarawak
Parti politikSNAP; PBDS
PasanganPuan Sri Elizabeth Moggie

Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie anak Irok (lahir 1 Oktober 1941) adalah seorang ahli politik dan bekas presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) di Malaysia. PBDS adalah parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan krisis 1983.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1941 di Kanowit, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tanjung Lobang, Miri dan Sekolah St Joseph Kuching sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Latihan Perguruan Batu Lintang, Miri.

Seterusnya beliau mendapat kelulusan Sarjana dalam bidang sejarah daripada Universiti Otago pada tahun 1965 dan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Pennsylvania.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kapit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Borneo Berhad (1973) ; Pengurus Besar (1974) sebelum meletakkan jawatan untuk terlibat sepenuhnya dalam bidang politik.

Leo Moggie memegang jawatan sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak April 2004. Sebagai pengerusi TNB, beliau menerima pengiktirafan daripada Persatuan Tenaga Profesional Malaysia (MEPA) atas sumbangan meluas dan berpanjangannya kepada industri utiliti elektrik negara, yang menjangkau lebih empat dekad.[1]

Kontrak beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif TNB dilanjutkan selama setahun berkuat kuasa 12 Mac 2019 sehingga 11 Mac 2020.[2][3][4][5]

Politik[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politiknya bermula apabila bertanding dan menang kawasan parlimen Kanowit, negeri Sarawak dalam pilihan raya umum Malaysia 1974. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional. Selepas mengekalkan kerusinya pada 1978, Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia. Antara 1989 dan 1995, beliau bertukar menjadi Menteri Kerja Raya Malaysia. Namun selepas itu beliau dilantik kembali menjadi Menteri Tenaga,[6] jawatan yang disandangnya sehingga bersara pada 2004.

  • Leo Moggie menjadi Ahli Parlimen Kanowit (1978-2004)
    • Menteri Kabinet di Negeri Sarawak (1976-1978).
      • Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978 - 1989)
        • Menteri Kerja Raya (1989 - 1995)
          • Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1995 - 1998)
            • Menteri Tenaga , Komunikasi dan Multimedia (1998 - 2004).

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara dalam arena politik, beliau dilantik sebagai

  1. Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn Bhd, dua syarikat yang membekalkan tenaga elektrik ke seluruh Malaysia.
  2. Ahli Lembaga Pengarah NSTP pada 27 Februari 2008.
  3. Ahli Lembaga Pengarah DiGi.Com Berhad.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pengerusi TNB dapat anugerah Berita Harian (21 November 2018). Dicapai pada 11 April 2019.
  2. ^ Shahizam Tazali (21 Februari 2019). TNB lanjut perkhidmatan Leo Moggie Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  3. ^ TNB extends Leo Moggie contract until March 2020 The Star Online (21 Februari 2019). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  4. ^ TNB extends Leo Moggie's chairmanship New Straits Times (21 Februari 2019). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  5. ^ Billy Toh (18 Februari 2019). TNB to extend Leo Moggie’s term The Edge Markets). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  6. ^ Gearing Up for Convergence and Mobility Commonwealth Telecommunications Organisation. 2004.


Penyandang Terdahulu Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1978 – 1989
Penyandang Kemudian
? Samy Vellu
Penyandang Terdahulu Menteri Kerja Raya
1989 – 1995
Penyandang Kemudian
? Samy Vellu
Penyandang Terdahulu Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
1995 – 2004
Penyandang Kemudian
Samy Vellu Lim Keng Yaik