Bantuan:Pengenalan imej dengan teks wiki/Semua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Generic rendered image of sailboat

Untuk menggunakan imej (atau video serta audio) dalam Wikipedia, ia mula-mula perlu dimuat naik. Namun begitu, ada beberapa peraturan penting berkenaan apa bahan yang boleh dimuat naik. Tutorial ini akan mengajar anda berkenaan peraturan dan garis panduan berkaitan.

Untuk memuat naik imej, anda mesti membuka akaun terlebih dahulu. Ia cepat dan percuma, dan ada banyak manfaatnya.



Moga-moganya imej anda dapat menambah baik satu rencana nanti!

Muat naik gambar[sunting | sunting sumber]

Wikimedia Commons logo

Tempat terbaik untuk memuat naik imej ialah Wikimedia Commons, di mana ia akan menjadi sebahagian koleksi yang dapat digunakan dalam Wikipedia di semua jenis bahasa, projek-projek saudara Wikipedia serta orang awam di luar Wikipedia.

Anda boleh memuat naik imej ke Commons dengan alat Commons Upload Wizard yang akan membimbing anda melalui proses-proses yang perlu anda lakukan.

Akan tetapi, ada satu batas yang penting: Commons hanya membenarkan imej berlesen bebas. Ini bermakna anda tidak boleh memuat naik kebanyakan imej yang anda jumpa di Internet kerana rata-ratanya tidak bebas lesennya.

PERINGATAN: Ciri di bawah tidak ada di Wikipedia bahasa Melayu buat sekarang.

Namun begitu, ada beberapa keadaan di mana Wikipedia boleh menggunakan imej tidak bebas atau kegunaan adil. Keadaan ini termasuk ketika imej berkenaan secara ketara meningkatkan pemahaman pembaca terhadap topik, tiada alternatif bebas yang ada, dan tidak memberi kesan buruk terhadap kepentingan komersial pemiliknya. Contoh-contoh utama termasuk poster filem, logo korporat dan gambar halaman laman-laman web.

Untuk memuat naik imej tidak bebas, gunakan File Upload Wizard yang akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Pautan ke ciri itu dapat dijumpai di bawah "Alatan" di kiri skrin.


Gunakan gambar[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Sungai Tembeling di Taman Negara Malaysia.

Apabila imej anda telah dimuat naik ke Commons atau Wikipedia, anda mungkin ingin gunakannya di dalam sebuah rencana. Tekan sahaja Sunting di rencana berkenaan, dan tambahkan tulisan berikut di tempat anda ingin letakkan imej:

[[Fail:Nama imej.jpg|thumb|Kapsyen (keterangan) imej.]]

Sebagai contoh:

[[Fail:Taman_Negara_Sungai_Tembeling.JPG|thumb|Pemandangan [[Sungai Tembeling]] di [[Taman Negara Malaysia]].|alt=Sebatang sungai dilihat dari atas pokok]]

Butang Image icon juga dapat digunakan. Ambil perhatian bahawa kapsyen juga boleh diletakkan pautan.

Lihat kapsyen
Koloseum di Rom.

Secara lalai, imej akan terpapar di belah kanan rencana. Anda boleh tetapkan agar imej berada di belah kiri dengan memasukkan |left:

[[File:Colosseum in Rome, Italy - April 2007.jpg|thumb|left|[[Koloseum]] di Rom.]]

Lihat en:Wikipedia:Extended image syntax bagi maklumat lanjut berkenaan pengubahsuaian tetapan imej, termasuk saiz imej.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]