Bantuan:Pengenalan dasar dan garis panduan/1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Dasar dan garis panduan
Kenapa ia wujud

Kandungan
Peraturan penulisan rencana

Tingkah laku
Interaksi dengan penyunting lain

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Wikipedia memiliki beberapa peraturan tegas, tetapi secara amnya berdasarkan lima prinsip asas. Dasar dan garis panduan Wikipedia dibangunkan oleh komuniti wiki untuk memperincikan prinsip-prinsip ini, dan menghuraikan cara terbaik untuk mengamalkannya, menyelesaikan konflik, dan membangunkan lagi matlamat kita untuk membina satu ensiklopedia yang bebas dan boleh dipercayai.

Dasar menghuraikan prinsip asas Wikipedia secara terpeinci, manakala garis panduan menghuraikan carauntuk mengamalkan dasar-dasar ini, dan cara untuk membentuk satu penyelarasan am merentasi rencana. Dasar dan garis panduan formal memiliki notis di atas laman, dan awalan "Wikipedia:" atau "WP:" sebelum nama laman.

Meskipun ada dasar dan garis panduan bagi hampir semua isu yang dapat difikirkan, yang pasti ialah tiada siapa yang tahu kesemuanya, tetapi jangan risau! Ada beberapa dasar yang menjadi asas terhadap dasar-dasar lain. Laman-laman berikutnya akan menghuraikan dasar-dasar terpenting yang mewakili perihal am peraturan Wikipedia. Pengetahuan asas-asas ini akan memudahkan dan melancarkan perbincangan dan suntingan kelak.