Bantuan:Pengenalan Wikipedia
Cara anda boleh menyumbang
Jangan takut menyunting – Siapa-siapa boleh menyunting hampir setiap laman; cari sahaja sesuatu yang boleh ditambah baik dan jadikannya lebih baik! Anda boleh menambah kandungan (menggunakan rujukan untuk menyokong dakwaan anda), memuat naik imej yang bebas diguna, membetulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa, membaiki penulisan untuk menjadikannya lebih selesa dibaca, atau membantu dalam tugasan-tugasan lain. Para penyunting baharu, mungkin berasa terbeban dengan dasar-dasar kami, tetapi usah risau kalau anda tidak dapat faham semuanya pada awal-awal; gunakan saja kewajaran akal ketika menyunting, dan jika anda tersalah, penyunting lain boleh saja membaiki atau menambah baiknya nanti. Jadi, pergilah menyunting satu rencana dan bantu jadikan Wikipedia sebagai sumber keilmuan terbaik di dunia!
Cadangkan penambahbaikan – Setiap rencana juga mempunyai laman "Perbincangan" yang merupakan tempat anda boleh mencadangkan penambahbaikan dan pembetulan untuk rencana.
Derma – Wikipedia adalah bebas, dan disunting sepenuhnya oleh sukarelawan. Akan tetapi, Wikipedia bergantung kepada derma untuk memastikan pelayan kekal beroperasi. Anda dialu-alukan untuk menderma untuk membiayai penyelenggaraan dan pembangunan projek ini.
Daftar akaun
Anda boleh sahaja menyunting tanpa membuka akaun, namun, terdapat banyak manfaat mendaftarkan akaun. Cepat dan percuma!
Jom cuba sunting!
Anda boleh menguji macam mana rasanya menyunting di salah satu daripada laman ujian "kotak pasir" di bawah:
atau atau
Taipkan saja suatu teks, dan klik di butang ⧼Terbit rencana⧽ apabila kamu rasa sudah siap. Jangan risau tentang merosakkan sesuatu; laman-laman ini ialah ruang terbuka bagi tujuan pengujian.
Di sebalik tabir
Selain rencana, Wikipedia juga memiliki laman-laman komuniti.
Laman bantuan – Sokongan dan nasihat
Masyarakat – Pusat bagi para penyunting