Bantuan:Pengenalan perujukan dengan teks wiki/1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengesahan
Pentingnya perujukan

Petikan dalam baris
Cara menambahnya

RefToolbar
Petikan cara mudah

Sumber dipercayai
Sumber apa yang boleh dipakai?

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Kartun ceramah politik, dengan seseorang dalam khalayak memegang kain rentang bertulis "[Citation needed]" (Rujukan diperlukan)
"Wikipedian protester" oleh Randall Munroe, xkcd. Para Wikipediawan selalu inginkan petikan rujukan bagi fakta!

Satu daripada dasar-dasar utama Wikipedia ialah kesemua kandungan rencan mesti dapat disahkan. Ini bermakna bahawa sumber dipercayai mesti dapat menyokong kandungan disampaikan. Semua petikan, apa-apa bahan dengan pengesahan yang telah atau dapat dicabar, atau kandungan berkontroversi (sama ada negatif, positif atau neutral) tentang orang hidup mesti disertai dengan petikan dalam baris terhadap satu sumber yang mendukung fakta berkenaan secara terus. Ini juga bermakna Wikipedia bukan tempat bagi penyelidikan asli, dapatan arkib yang tidak diterbitkan atau bukti daripada apa-apa sumber yang belum diterbitkan lagi.

Dalam menambah kandungan baharu, anda bertanggungjawab untuk menambah sumber maklumat bersama-samanya. Kandungan tanpa sumber jauh lebih cenderung untuk dipadam daripada sesebuah rencana. Kadangkala, ia akan diteg terlebih dahulu dengan templat "perlu rujukan" untuk memberi peluang kepada para penyunting untuk mencari dan menambah sumber, tetapi lazimnya, para penyunting hanya memadamnya kerana kesahihannya dipersoalkan.

Tutorial ini akan membawa anda cara menambah petikan dalam baris, dan secara ringkas menghuraikan apa yang disifatkan Wikipedia sebagai satu sumber dipercayai.