Bantuan:Pengenalan jadual dengan VisualEditor/3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan
Macam mana dan kenapa

Menyunting jadual
Mengemas kini maklumat

Menambah jadual
Jauh lebih mudah daripada dulu-dulu

Membesarkan jadual
Menambah jalur dan baris

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Menambah jadual baharu

Untuk menambah jadual kosong baharu, pergi ke menu Sisipkan  dan pilih "Jadual".

Selepas anda memilih bilangan lajur dan baris, ia akan ditambah ke dalam rencana, dan anda dapat menambah kandungan dalam setiap sel.

Tekan Tab untuk memilih sel di sebelah kanan. Tekan Enter pula untuk memilih sel di bawah.

Menambah jadual dengan maklumat

Sebagai alternatif, anda boleh salin sel-sel daripada perisian lembaran (cth. Excel) lalu tampalkannya ke dalam ruang suntingan.

Di samping itu, anda boleh mengimport satu jadual penuh dengan mengheret fail .csv (nilai terpisah koma) dari komputer anda ke ruang suntingan.