Batu Gibraltar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Batu Gibraltar
Rock of Gibraltar northwest.jpg
Bahagian barat Batu Gibraltar, 2006
Titik tertinggi
Ketinggian 426 m (1,398 ft)
Tonjolan 423 m (1,388 ft) [1]
Koordinat 36°07′33″N 05°20′35″W / 36.12583°N 5.34306°W / 36.12583; -5.34306Koordinat: 36°07′33″N 05°20′35″W / 36.12583°N 5.34306°W / 36.12583; -5.34306
Geografi
Lokasi Gibraltar
Induk banjaran Betic Cordillera
Geologi
Usia batuan Jurasik
Pendakian
Laluan paling mudah Gibraltar Cable Car, Road, Hike

Batu Gibraltar (bahasa Inggeris: Rock of GibraltarBahasa Sepanyol dan Llanito: El Peñón de Gibraltar berakar dari nama bahasa Arab Jabal Ṭāriq, "Gunung Tariq"; asalnya disebut Calpe[2]) ialah sebuah tanjung tinggi batu kapur monolitik yang terletak di Gibraltar, sebuah wilayah luar negara British berdekatan hujung barat daya Eropah di Semenanjung Iberia.[3] Ketinggian batu ini mencecah 426 m (1,398 kaki).  Batu ini milik Mahkota United Kingdom yang bersempadan dengan Sepanyol. Kebanyakan kawasan tinggi Batu merupakan rizab alam semula jadi yang menjadi habitat untuk sekitar 300 ekor kera Barbary yang hidup di Batu tersebut. Kera-kera ini serta jaringan terowongan labirin yang dibina di dalam puncak tersebut menarik sejumlah besar pelancong ke Gibraltar setiap tahun.

Batu Gibraltar adalah salah satu daripada "Tiang-Tiang Hercules" di mana orang Rom menggelarkannya sebagai Mons Calpe, manakala tiang yang berlawanan adalah Mons Abyla atau Jebel Musa yang terletak di persisiran Afrika Selat Gibraltar. Masyarakat Yunani kuno dan Phoenicia dahulunya mempercayai dua titik ini sebagai penanda sempadan dunia yang diketahui.[4]

Batu Gibraltar dikelilingi oleh Laut Mediterranean dan tidak berhubung dengan Lautan Atlantik.

Pengubuan[sunting | sunting sumber]

Istana Moor[sunting | sunting sumber]

Istana Moor merupakan suatu bangunan peninggalan daripada pemerintahan Moor ke atas Gibraltar yang bertahan selama 710 tahun. Istana ini dibina pada 711 M ketika Tariq ibn Ziyad mendarat di atas Batu tersebut yang turut dinamakan sempena beliau. Seorang sejarawan Muslim abad ke-17 bernama Al-Maqqari menulis bahawa Tariq membakar kapal-kapalnya sebaik sahaja dia mendarat di tanjung itu.

Perang Dunia Kedua dan seterusnya[sunting | sunting sumber]

Apabila Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1939, pihak berkuasa memindahkan penduduk awam untuk Maghribi, United Kingdom, Jamaica serta Madeira supaya tentera British boleh mengubui Gibraltar daripada serangan askar Jerman yang mungkin akan berlaku. Pada 1942 terdapat lebih daripada 30,000 orang anggota tentera, kelasi serta juruterbang British yang bertugas di Batu. Mereka mengembangkan sistem terowong yang sedia ada menjadikannya teras utama dalam mempertahankan laluan perkapalan di laut Mediterranean.

Rizab Alam[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 40% kawasan tanah Gibraltar telah diisytiharkan sebagai rizab alam semula jadi pada tahun 1993.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rock of Gibraltar, Gibraltar". Peakbagger.com. Dicapai pada 2 August 2014. 
  2. ^ Alternate Names or Name Variants for Gibraltar
  3. ^ Welcome To The Rock of Gibraltar! by costarsure.com
  4. ^ "Pillars of Hercules". The Gibraltar Museum. Diarkibkan daripada original pada 20 July 2007. Dicapai pada 14 January 2008. 
  • Government of Gibraltar (1931). "Gibraltar". Gibraltar: the Travel Key to the Mediterranean: 5–12.