Bayu (dewa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bāyu ataupun Vāyu (Sanskrit वायु, sebutan bahasa Sanskrit: [ʋaːju]) ialah dewa Hindu penting, dewa Bayu, bapa kepada Bima dan bapa rohani kepada Hanuman. Dia juga dikenali sebagai Anil ("Udara, Angin"), Vyān (Udara), Vāta ("unsur pawana"), Tanun (sang Angin), Pavan ("Penyuci"),[1] dan kadang kala Prāṇa ("Hela, Hembusan").

Maksud tersirat[sunting | sunting sumber]

Perkataan untuk udara (vayu) atau angin (pavana) adalah salah satu unsur klasik dalam agama Hindu. Perkataan Sanskrit 'Vāta' bermaksud "ditiup", 'Vāyu' "peniup", dan Prāna "nafas" (yakni hembusan roh). Oleh itu, maksud utama perkataan ini ialah "dewa Kehidupan", yang kadang-kadang digelar sebagai "Mukhya-Vāyu" (empunya Bayu) atau "Mukhya Prāna" (empunya Kehidupan).[petikan diperlukan]

Kadang-kadang perkataan "vāyu," digunakan dalam memaksudkan udara atau angin fizikal, digunakan sebagai sinonim untuk "prāna".[2] Vāta, nama lain untuk Vāyu, ialah kata dasar "atmosfera" dalam bahasa Sanskrit dan Hindi, iaitu vātāvaranam.[3]

Pavan juga merupakan nama Hindu yang sering dijumpai. Pavana memainkan peranan penting dalam kelahiran Hanuman oleh Anjana sehingga Hanuman juga dipanggil Pavanaputra "anak Pavana" dan Vāyuputra.

Dalam Mahabharata, Bima adalah anak lelaki dan jelmaan Bayu dan memainkan peranan utama dalam Perang Kurukshetra. Beliau menggunakan kekuatan dan kemahiran cokmarnya untuk menyokong Dharma.

Dalam sastera Hindu[sunting | sunting sumber]

Dalam lagu-lagu pujaan, Bayu "digambarkan sebagai mempunyai 'keindahan rupa yang luar biasa' dan bergerak dengan riuh dalam kenderaannya yang bersinar, didorong oleh dua atau empat puluh sembilan atau satu ribu kuda putih dan ungu. Panji putih adalah ciri utamanya." Seperti dewa-dewa suasana alam yang lain, dia adalah "pejuang dan pemusnah", "berkuasa dan perwira."[4]

Dalam Upanishad, terdapat banyak pernyataan dan gambaran kehebatan Vāyu. Brihadaranyaka Upanishad mengatakan bahawa dewa-dewa yang mengawal fungsi tubuh pernah terlibat dalam pertandingan untuk menentukan siapa di antara mereka yang terhebat. Apabila seorang dewa seperti penglihatan meninggalkan seorang manusia, orang itu akan masih hidup, namun menjadikan mereka buta. Lalu beliau kembalikan semula penglihatan orang itu apabila dewa itu kembali kepada tugasannya. Satu demi satu dewa-dewa semua mengambil giliran mereka meninggalkan manusia itu, tetapi orang tersebut masih hidup, walaupun berturut-turut mengalami kecacatan dalam pelbagai cara. Akhirnya, apabila Bayu mula meninggalkan manusia itu, semua dewa-dewa yang lain tiba-tiba ditarik dari tugasan mereka, "sama seperti kuda yang kuat yang menarik pasak di tanah yang dia terikat." Ini menyebabkan dewa-dewa lain menyedari bahawa mereka hanya dapat berfungsi apabila disokong oleh Bayu, dan dapat dikalahkan oleh Bayu dengan mudah. Dalam babak lain, Bayu dikatakan sebagai satu-satunya dewa yang tidak ditimpa oleh setan-setan dosa yang sedang menyerang. Chandogya Upanishad menyatakan bahawa seseorang tidak dapat mengetahui Brahman kecuali dengan mengetahui Bayu sebagai udgitha (suku kata manteranya om).[5]

Mukhya-Vāyu juga menjelma sebagai Madhvacharya untuk mengajar sesiapa yang layak untuk menyembah Dewa Agung Bisnu.[6]

  • Avatar pertama Bayu dianggap sebagai Hanuman. Bakti beliau diperjelaskan dalam Ramayana.
  • Avatar kedua Bayu adalah Bhima, salah saorang daripada para Pandawa yang muncul dalam hikayat Mahabharata.[7]
  • Avatar ketiga dikaitkan kepada Madhvacharya, seorang ahli falsafah India abad ke-13.[8]

Dalam agama Buddha[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Buddha Timur, Bayu adalah salah satu daripada dua belas dewa-dewa, sebagai dewa penjaga, yang terdapat di dalam atau di sekitar kuil Buddha (Jūni-ten, 十二天).[9] Di Jepun, beliau dipanggil "Fu-ten". Beliau menyertai sebelas para dewa Buddha yang lain, yang terdapat di Jepun dan beberapa bahagian Asia Tenggara: Indera (Taishaku-ten), Agni (Ka-ten), Yama (Emma-ten), Nirrti (Rasetsu-ten), Bayu (Fu-ten), Ishana (Ishana-ten), Kubera (Tamon-ten), Waruna (Sui-ten) Brahma (Bon-ten), Prithvi (Chi-ten), Surya (Nit-ten), Chandra (Gat-ten).[10][11][12] Kita ada "bayu Dikhbandhana" di India, di mana --------- apabila sekelompok orang seperti di antara dua orang / lebih ingin membincangkan apa-apa perkara, orang yang tahu ilmu "vaayu dikhbandhana" melaksanakannya dan kemudian setelah menggunakan mantra itu di dalam minda, "tiada sesiapa melainkan orang-orang itu dapat mendengar perkara yang mereka dibincangkan". Rahsia ilmu "vaayu Dikhbandhana" belum diturunkan di India. "vaayu Dikhbandhana" mungkin ilmu dari veda.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Siaran Negara Lakonkan oleh
2015 Sankatmochan Mahabali Hanuman Sony Entertainment Television India Manish Bishla
2017 Mahakaali Anth Hi Aarambh Hai Colors India Hitanshu Jinsi
1997 Jai Hanuman DD Metro India Nimai Bali

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eva Rudy Jansen; Tony Langham (1993), The book of Hindu imagery: The Gods and their Symbols, Binkey Kok Publications, ISBN 90-74597-07-6, God of the wind ... also known as Vata or Pavan ... exceptional beauty ... moves on noisily in his shining coach ... white banner ...
  2. ^ Raju, P.T. (1954), "The concept of the spiritual in Indian thought", Philosophy East and West, 4 (3): 195–213, doi:10.2307/1397554, JSTOR 1397554.
  3. ^ Vijaya Ghose; Jaya Ramanathan; Renuka N. Khandekar (1992), Tirtha, the treasury of Indian expressions, CMC Limited, ISBN 978-81-900267-0-3, ... God of the winds ... Another name for Vayu is Vata (hence the present Hindi term for 'atmosphere, 'vatavaran). Also known as Pavana (the purifier), Vayu is lauded in both the ...
  4. ^ Sukumari Bhattacharji (1984), Literature in the Vedic age, K.P. Bagchi, ... The other atmospheric gods are his associates: Vayu-Vatah, Parjanya, the Rudras and the Maruts. All of them are fighters and destroyers, they are powerful and heroic ...
  5. ^ Chandogya Upanishad, Adhyaya XVIII, Verse 4; http://www.swamij.com/upanishad-chandogya.htm
  6. ^ "Balittha Suktha -Text From Rig Veda". raghavendramutt.org. Diarkib daripada yang asal pada 24 September 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  7. ^ http://www.sacred-texts.com/hin/m01/m01068.htm
  8. ^ History of the Dvaita School And it's literature, pg 173
  9. ^ Twelve Heavenly Deities (Devas) Nara National Museum, Japan
  10. ^ S Biswas (2000), Art of Japan, Northern, ISBN 978-8172112691, page 184
  11. ^ Willem Frederik Stutterheim et al (1995), Rāma-legends and Rāma-reliefs in Indonesia, ISBN 978-8170172512, pages xiv-xvi
  12. ^ Adrian Snodgrass (2007), The Symbolism of the Stupa, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120807815, pages 120-124, 298-300