Waruna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Varuna
Dewa Air
Ahli Pancabuta
Varunadeva.jpg
Dewa Waruna dengan wahananya Makara, 1675–1700
Dilukis di: India, Rajasthan, Bundi, dipamerkan di muzium LACMA
GabunganAditya
Deea
Tempat tinggalJaloka, Lautan
MantraOm Varunaaya Namah
GunungMakara
Maklumat peribadi
PasanganWaruni
Ibu BapaKasyapa dan Aditi
Adik-beradikAgni, Bayu, Indera, Samudrra, dsb.
Kesetaraan
Kesetaraan YunaniPoseidon
Kesetaraan RomNeptun

Waruna atau Baruna (/ˈvɜːrʊnə, ˈvɑːrə-/;[1] Bahasa Sanskrit: वरुण, IAST: Varuṇa) ialah seorang dewa daripada kitab suci Veda dan awalnya dikaitkan dengan langit, kemudian dengan lautan bersama-sama dengan Rita (keadilan) dan Satya (kebenaran).[2][3] Dewa ini dijumpai dalam pustaka tertua dalam Veda Hindu, seperti gita puja 7.86 dalam Rig Veda.[3] Dia juga disebut dalam karya nahu Tamil, Tolkāppiyam, sebagai dewa laut dan hujan.[4]

Dalam Purana Hindu, Waruna ialah dewa lautan, wahananya (kenderaan) ialah Makara (sebahagian ikan, sebahagian makhluk darat) dan senjatanya ialah Pasa (jerut, tali penjerut).[2][5] Dewa ini ialah tuhan penjaga arah barat.[3] Dalam beberapa kitab, dia ialah bapa kepada seorang pendeta Veda bernama Wasista.[2]

Waruna juga wujud dalam kepercayaan Buddha Jepun dengan nama Suiten.[5] Juga didapati dalam Jainisme.[6][7].

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Gambaran Waruna di kuil Hindu di Rajarani dari abad ke-11.[8]

Nama Waruṇa berasal daripada sebutan vṛ ("liput, tutup" atau "tahan, ikat") dengan imbuhan -uṇa-, dan bermaksud "yang meliputi atau mengikat", seperti laut atau sungai yang meliputi Bumi, tetapi juga merujuk kepada "terikat" kepada hukum alam atau Rita.[5]

Georges Dumézil (1934) membuat kaji selidik berkenaan identiti Waruna dan dewa Yunani Ouranos pada taraf budaya Indo-Eropah awal.[9] [10] Pengecaman asal nama Ouranos dengan Waruna dalam Sanskrit berdasarkan perkataan asal Proto-Indo-Eropah *ŭer yang bermakna "mengikat" – dewa Waruna mengikat yang terhina, dewa Yunani Ouranos mengikat bangsa Siklop. Walaupun pengusulan nama Waruna tidak dinafikan, pengusulan Ouranos ditolak dan perkataan asal *wers- "lembap, titis" digunakan (Sanskrit vṛṣ "hujan, curah").[11]

Kitab suci[sunting | sunting sumber]

Veda[sunting | sunting sumber]

Dalam helaian awal Rig Veda, Waruna ialah penjaga hukum akhlak, dia menyeksa barangsiapa yang berbuat dosa tanpa terasa kesal dan mengampuni barangsiapa yang berbuat salah dan berasa insaf.[12][13] Waruna disebut dalam banyak gita puja Rig Veda, seperti 7.86–88, 1.25, 2.27–30, 8.8, 9.73 dan sebagainya.[12][5] Kaitannya dengan air, sungai dan laut disebut dalam kitab Veda.[14] Pemuisi Veda menyatakan Waruna sebagai satu contoh prinsip mulia dan akhlak.[15] Contohnya, gita 5.3 dalam Rig Veda bertulis:

Kala kaulahir kau ialah Varuna, wahai Agni.
Kala dinyala, engkaulah Mitera.
Dalammu, wahai anak kekuatan, semua dewa dipusatkan.
Engkau Indera kepada insan yang bawakan persembahan.
Engkau Aryaman, apabila dianggap punyai
 nama tersembunyi perawan, wahai sang swamampan.

Rigveda 5.3.1-2Berdasarkan terjemahan: Hermann Oldenberg[16][17]

Waruna dan Mitera ialah dewa hal ehwal masyarakat dan sumpah janji, dan kerap kali dikembarkan menjadi Miterawaruna.[18][19] Mitera dan Waruna dikelaskan sebagai Asura dalam Rig Veda (contoh: RV 5.63.3), tetapi mereka juga digelar sebagai Dewa (contoh: RV 7.60.12).[20] Waruna, sebagai raja Asura, dijadikan Dewa selepas mengaturkan alam semesta oleh Indera selepas dia mengalahkan Waritera.[21]

Waruna dengan Warunani. Patung yang diukir daripada basalt, dari abad ke-8 TM, yang ditemui di Karnataka. Dipamerkan di muzium Prince of Wales, Mumbai.

Menurut Doris Srinivasan, seorang profesor Indologi yang kaji bidang agama, gabungan Waruna dan Mitera ialah dewa yang samar-samar, seperti gabungan Rudra-Siwa.[22] Dua-dua ada sifat bengis dan mengasihani dalam kepercayaan India.[23] Waruna dan Rudra dianggap sama dengan "pandangan, kecerdikan menyeluruh", dua-dua dewa arah utara dalam kitab Veda (Waruna kemudiannya dijadikan barat), dua-dua boleh diberi "persembahan yang rosak atau cedera", yang mungkin berkisar kepada yang Waruna sama dengan Rudra.[22] Tambahan pula, gita puja Rig Veda 5.70 panggil gabungan Mitera Waruna sebagai rudra, mengikut Srinivasan.[22] Menurut Samuel Macey dan ilmuwan lain, Waruna ialah dewa Indo-Aryan yang kuno dari alaf ke-2 SM, yang menjadi Rudra dalam dewa Hindu, dan Rudra-Siwa dua-dua jadi "abadi dan dewa masa".[23][24]

Dalam Vajasaneyi Samhita 21.40 (Yajurveda), Waruna dipanggil dewa pelindung pakar perubatan, pemilik "seratus seribu penawar".[22] Keupayaannya dan kaitannya dengan "kecerdikan menyeluruh" juga terdapat dalam Atharvaveda (~1000 SM).[25] Waruna juga disebut dalam Upanishad awal, di mana peranannya berubah. Dalam ayat 3.9.26 Brihadaranyaka Upanishad (~800 SM), misalnya, dia dinyatakan sebagai tuhan di bahagian barat, tetapi dewa yang dijumpai pada "air" dan bergantung sepenuhnya pada "hati" dan api jiwa. [26] Dalam Katha Upanishad, Aditi adalah sama dengan dewi bumi. Dia dinyatakan dalam teks Veda sebagai ibu Waruna dan Mitera bersama dengan tuhan-tuhan Veda lainnya, dan dalam kepercayaan Hindu lewat, sebagai ibu bumi dia diperikan sebagai ibu kepada semua dewa. [27] [28]

Dalam Yajurveda dikatakan: "Bahkan Waruna ialah Wisnu dan Wisnu ialah Waruna dan maka persembahan yang baik harus dibuat kepada dewa-dewa ini." || 8.59 || [29]

Ramayana[sunting | sunting sumber]

Waruna sendiri keluar dari laut dalam dan memohon maaf kepada Rama.

Seri Rama ada berjumpa dengan Waruna dalam Ramayana (Hikayat Seri Rama). Contohnya, menurut Ramesh Menon, semasa mengikhtiarkan cara untuk menyeberangi laut ke Langkapuri, di mana isterinya Sita Dewi ditawan oleh Maharaja Rawana, Rama (awatara/jelmaan dewa Bisnu) melakukan prawpawesha (sembahyang, pertapaan) kepada Waruna, sang dewa lautan, selama tiga hari dan tiga malam.[30] Waruna tidak menjawab, dan Seri Rama muncul pada pagi keempat dengan marah. Dia menyatakan kepada saudaranya Laksamana bahawa "bahkan dewa-dewa unsur hanya dengarkan keganasan, Waruna tidak menghormati kelembutan, dan doa-doa murni tiada didengar".[30]

Dengan busur dan panahnya, Seri Rama bersiap untuk menyerang lautan dan membakar air untuk hasilkan laluan pasir untuk bala tentera keranya untuk melintas dan dengan demikian berdepan Maharaja Rawana. Laksamana merayu kepada Seri Rama, berdasarkan terjemahan oleh Menon, bahawa dia patut kembali ke "cara aman seperti nenek moyang kita, kamu boleh menangi perang ini tanpa meranapkan laut".[30] Seri Rama melepaskan tali busurnya dan bahanalah seluruh lautan itu dimakan api. Apabila Rama meningkatkan senjatanya, Waruna muncul dari lautan. Dia membongkok kepada Seri Rama, mengatakan bahawa dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk bantu Seri Rama kerana laut itu dalam, luas dan dia tidak dapat mengubah sifat laut. Waruna meminta Seri Rama untuk ingat bahawa dia adalah "semangat keamanan dan cinta, dan kebencian tidak sesuai dengannya". Waruna berjanji kepada Seri Rama bahawa dia tidak akan mengganggu dia atau tenteranya sambil mereka bina titian dan menyeberang ke Langkapuri. [30]

Dalam Tolkappiyam[sunting | sunting sumber]

Tolkappiyam, sebuah karya nahu Tamil dari abad ke-3 SM membahagikan orang-orang Tamilakam kuno kepada 5 bahagian landskap Sangam: kurinji, mullai, paalai, marutham dan neithal.[31] Setiap landskap ditetapkan dengan tuhan berbeza. Neithal digambarkan sebagai landskap pantai yang didiami oleh nelayan dan pedagang laut, dengan dewa laut dan hujan, Varunan atau Kadalōn.[4][32] "Varuna" bermaksud air yang menyumbang kepada lautan dalam bahasa Tamil.[33]

Hindu Sindhi[sunting | sunting sumber]

Jhulelal dianggap suatu jelmaan Waruna oleh Hindu Sindhi .

Jhulelal dipercayai oleh Hindu Sindhi ialah suatu bentuk jelmaan Waruna.[34] Mereka meraikan perayaan Cheti Chand untuk menghormatinya. Perayaan tersebut menandakan kedatangan musim bunga dan tuaian, tetapi dalam masyarakat Sindhi ia juga menandakan kelahiran Uderolal pada tahun 1007, selepas mereka berdoa kepada dewa Waruna untuk selamatkan mereka daripada dianiayai penguasa Muslim zalim bernama Mirkhshah.[35][36][37] Uderolal berubah bentuk menjadi seorang pahlawan dan orang tua yang berpidato dan menegur Mirkhshah bahawa umat Islam dan Hindu dua-dua berhak dapat kebebasan keagamaan yang sama. Beliau, sebagai Jhulelal,[37] dijadikan pejuang rakyat di Sindh, bagi kedua-dua agama. Antara pengikut Sufi beliau, Jhulelal dikenali sebagai "Khwaja Khizir" atau "Syeikh Tahit" kedua-duanya merujuk kepada Lal Shahbaz Qalandar. Sindhi beragama Hindu, menurut legenda ini, merayakan tahun baru sebagai hari lahir Uderolal. [37] [35]

Dalam anutan Buddha[sunting | sunting sumber]

Theravada[sunting | sunting sumber]

Tipitaka Pali dari aliran Theravada memahami Waruna (Sanskrit; Pali: Varuna) sebagai raja dewa dan pendamping Sakka, Pajāpati dan Isana. Dalam pertempuran menentang Asura, dewa-dewa Tawatimsa diminta untuk perhatikan panji Waruna agar semua ketakutan mereka lesap (S.i.219).

Tevijja Sutta menyebut Waruna bersama Indera, Soma, Isana, Pajāpati, Yama dan Mahiddhi sebagai dewa-dewa yang diseru oleh para brahmin.

Ātānātiya Sutta menyenaraikan Waruna dalam kalangan ketua Yakkha .

Buddhaghosa menyatakan (SA.i.262) bahawa Waruna adalah sama pada umur dan kemuliaan (vanna) dengan Sakka dan mengambil tempat ketiga dalam perhimpunan dewa. [38]

Mahayana[sunting | sunting sumber]

Lukisan Waruna (Kyoto, Jepun)

Dalam Buddhisme Asia Timur, Waruna ialah seorang darmapala (dewa penegak tatasusila) dan sering digolongkan sebagai salah satu daripada Dua Belas Dewa(Jepun: Jūniten, 十二 天). Dia mengetuai arah barat. [39]

Di Jepun, Waruna dipanggil "Suiten" (水 天 bermaksud "dewa air"). Beliau dimasukkan dengan sebelas dewa lain yang termasuk Taishakuten (Sakra/Indera), Fūten (Vayu), Enmaten (Yama), Rasetsuten (Nirṛti/Raksasa), Ishanaten (Isana), Bishamonten (Waisrawaṇa/Kuwera), Katen (Agni) Bonten (Brahma), Jiten (Pertiwi), Nitten (Suria/Aditya), dan Gatten (Cendera). [40]

Dalam anutan Shinto[sunting | sunting sumber]

Suitengū (Tokyo) ialah kuil Shinto untuk Waruna.

Waruna juga disembah dalam agama Shinto Jepun. Salah satu kuil Shinto yang dikhaskan kepadanya ialah <i id="mwww">Suitengū</i> ("Istana Suiten") di Tokyo. Selepas maharaja Jepun mengeluarkan bunri Shinbutsu, sebuah pemisahan Shinto dan amalan Buddha sebagai sebahagian daripada Pemulihan Meiji, Waruna/Suiten telah dikenali sebagai Tuhan agung Jepun, Amenominakanushi . [41]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kiri: Seorang Hindu Bali menyembah Waruna di pantai Indonesian; Kanak: Awatara Bisnu Parasurama, pinta Waruna untuk cipta Kerala. Kiri: Seorang Hindu Bali menyembah Waruna di pantai Indonesian; Kanak: Awatara Bisnu Parasurama, pinta Waruna untuk cipta Kerala.
Kiri: Seorang Hindu Bali menyembah Waruna di pantai Indonesian;
Kanak: Awatara Bisnu Parasurama, pinta Waruna untuk cipta Kerala.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Varuna". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
  2. ^ a b c George Mason Williams (2003). Handbook of Hindu Mythology [Buku Panduan Mitos Hindu]. ABC-CLIO. m/s. 294. ISBN 978-1-57607-106-9.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Williams2003p294" defined multiple times with different content
  3. ^ a b c James G. Lochtefeld (2002). The Illustrated Encyclopedia of Hinduism: N-Z [Ensiklopedia Bergambar berkenaan Hinduisme]. The Rosen Publishing Group. m/s. 741. ISBN 978-0-8239-3180-4. 
  4. ^ a b Journal of Tamil Studies (dalam bahasa Inggeris). International Institute of Tamil Studies. 1969. m/s. 131. 
  5. ^ a b c d Adrian Snodgrass (1992). The Symbolism of the Stupa. Motilal Banarsidass. m/s. 120–122 with footnotes. ISBN 978-81-208-0781-5. 
  6. ^ Sehdev Kumar (2001). A Thousand Petalled Lotus: Jain Temples of Rajasthan : Architecture & Iconography. Abhinav Publications. m/s. 18. ISBN 978-81-7017-348-9. 
  7. ^ Kristi L. Wiley (2009). The A to Z of Jainism. Scarecrow. m/s. 248. ISBN 978-0-8108-6821-2. 
  8. ^ George Michell (1977). The Hindu Temple: An Introduction to Its Meaning and Forms. University of Chicago Press. m/s. 4, 44–45 with Figure 15. ISBN 978-0-226-53230-1. 
  9. ^ Dumézil, Ouranós-Váruna: Étude de mythologie comparée indo-européenne (Paris:Maisonneuve 1932).
  10. ^ Georges Dumézil, Ouranos-Varuna – Essai de mythologie comparée indo-européenne (Paris: G.-P. Maisonneuve, 1934).
  11. ^ Manfred Mayrhofer, Etymologisches Wörterbuch des Altindoarischen, vol. 2, s.v. "Váruṇa" (Heidelberg: Carl Winter, 1996), 515–6. Edgar C. Polomé, "Binder-god", in Encyclopedia of Indo-European Culture (London–Chicago: Fitzroy Dearborn, 1997), 65.
  12. ^ a b Mariasusai Dhavamony (1982). Classical Hinduism. Gregorian. m/s. 167–168 with footnotes. ISBN 978-88-7652-482-0. 
  13. ^ John Gwyn Griffiths (1991). The Divine Verdict: A Study of Divine Judgement in the Ancient Religions. BRILL. m/s. 132–133. ISBN 90-04-09231-5. 
  14. ^ Hermann Oldenberg (1988). The Religion of the Veda. Motilal Banarsidass. m/s. 104. ISBN 978-81-208-0392-3. 
  15. ^ Moriz Winternitz (1996). A History of Indian Literature. Motilal Banarsidass. m/s. 91–92. ISBN 978-81-208-0264-3. 
  16. ^ Hermann Oldenberg (1988). The Religion of the Veda [Agama Veda]. Motilal Banarsidass. m/s. 51. ISBN 978-81-208-0392-3. 
  17. ^ Lihat juga, terjemahan gita puja ini versi Griffith: Wikisource
  18. ^ Hermann Oldenberg (1988). The Religion of the Veda. Motilal Banarsidass. m/s. 95–98. ISBN 978-81-208-0392-3. 
  19. ^ David Leeming (2005). The Oxford Companion to World Mythology. Oxford University Press. m/s. 200. ISBN 978-0-19-028888-4. 
  20. ^ Bane, Theresa (2012). Encyclopedia of Demons in World Religions and Cultures. Jefferson, North Carolina: McFarland. m/s. 323. ISBN 978-0-7864-8894-0. OCLC 774276733. Dicapai 2018-12-06. 
  21. ^ F. B. J. Kuiper (1975), The Basic Concept of Vedic Religion, History of Religions, Vol. 15, No. 2 (Nov., 1975), pp. 107-120
  22. ^ a b c d Doris Srinivasan (1997). Many Heads, Arms, and Eyes: Origin, Meaning, and Form of Multiplicity in Indian Art. BRILL Academic. m/s. 48–49. ISBN 90-04-10758-4. 
  23. ^ a b Samuel L. Macey (2010). Patriarchs of Time. University of Georgia Press. m/s. 2–3, 165. ISBN 978-0-8203-3797-5. 
  24. ^ J. P. Mallory; D. Q. Adams (2006). The Oxford Introduction to Proto-Indo-European and the Proto-Indo-European World. Oxford University Press. m/s. 430–432. ISBN 978-0-19-928791-8. 
  25. ^ Srinivasan, Doris (1978). "The Religious Significance of Divine Multiple Body Parts in the Atharva Veda". Numen. Brill Academic Publishers. 25 (3): 198–200, context: 193–225. doi:10.1163/156852778x00245. 
  26. ^ The Early Upanishads: Annotated Text and Translation. Oxford University Press. 1998. m/s. 98–101. ISBN 978-0-19-535242-9. 
  27. ^ The Early Upanishads: Annotated Text and Translation. Oxford University Press. 1998. m/s. 478. ISBN 978-0-19-535242-9. 
  28. ^ Arthur Anthony Macdonell (1898). Vedic Mythology. Motilal Banarsidass. m/s. 120–124, 30–34, 45–46. ISBN 978-81-208-1113-3. 
  29. ^ Pandey, R. Yajurveda. Diamond Pocket Books (P) Limited. m/s. 48. ISBN 978-81-288-2284-1. Dicapai 6 December 2018. 
  30. ^ a b c d Ramesh Menon (2004). The Ramayana: A Modern Retelling of the Great Indian Epic. Macmillan. m/s. 376–379. ISBN 978-1-4668-2625-0. 
  31. ^ Bate, Bernard (2010-06-01). Tamil Oratory and the Dravidian Aesthetic: Democratic Practice in South India (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. m/s. 100. ISBN 978-0-231-51940-3. 
  32. ^ Champakalakshmi, Radha (1996). Trade, ideology, and urbanization: South India 300 BC to AD 1300 (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 78. 
  33. ^ Manickam, Valliappa Subramaniam; Nadu, Academy of Tamil Scholars of Tamil (1968). A glimpse of Tamilology (dalam bahasa Inggeris). Academy of Tamil Scholars of Tamil Nadu. m/s. 174. 
  34. ^ Roshen Dalal (2010). Hinduism: An Alphabetical Guide. Penguin Books India. m/s. 178. ISBN 978-0-14-341421-6. 
  35. ^ a b Mark-Anthony Falzon (2004). Cosmopolitan Connections: The Sindhi Diaspora, 1860–2000. BRILL. m/s. 58–60. ISBN 90-04-14008-5. 
  36. ^ P. Pratap Kumar (2014). Contemporary Hinduism. Routledge. m/s. 120–124. ISBN 978-1-317-54636-8. 
  37. ^ a b c S. Ramey (2008). Hindu, Sufi, or Sikh: Contested Practices and Identifications of Sindhi Hindus in India and Beyond. Palgrave Macmillan. m/s. 8, 36. ISBN 978-0-230-61622-6. 
  38. ^ "Varuna". Wisdom Library. Dicapai 2019-01-26. 
  39. ^ Twelve Heavenly Deities (Devas) Nara National Museum, Japan
  40. ^ "juuniten 十二天". JAANUS. Dicapai 23 January 2019. 
  41. ^ "Tokyo Suitengu monogatari" 1985 Kodansha, ISBN 406202117X

Pautan luar[sunting | sunting sumber]