Bayu Skak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bayu Skak
Kelahiran
Bayu Eko Moektito

(1993-11-13) 13 November 1993 (umur 30)
Nama lainBayu Ska
PendidikanAnimasi Permainan Video
Pusat pendidikanUniversiti Negeri Malang
Pekerjaan
Tahun aktif2009—sekarang
Karya
Seri Yowis Ben
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan3 juta
Jumlah tontonan247 juta
100,000 pelanggan
1,000,000 pelanggan 2017
Dikemaskini pada 13 November 2021
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Pengkarya berkait
Bayu Skak with the Band
Laman web rasmiskaktv.com

Bayu Eko Moektito, A.Md. (lahir di Malang, Jawa Timur, 13 November 1993; umur 30 tahun), yang dikenal oleh nama panggungnya sebagai Bayu Skak, ialah penggiat Youtube dan pempengaruh berbangsa Jawa dan merupakan warganegara Indonesia. Bayu merupakan salah satu penggiat YouTube paling popular terawal di Indonesia. Bayu sudah memulakan akaun YouTubenya sejak tahun 2009 yang kini telah melampaui bilangan 3 juta pelanggan. Bayu juga melakonkan serta mengarahkan bersama Fajar Nugros pada siri wayang Yowis Ben, yang telah mencipta empat filem dan satu siri web.

Kerjaya di Youtube[sunting | sunting sumber]

Bayu memulakan kerjayanya sebagai karyawan dan pempemgaruh saat masih sekolah di SMK Negeri 4 Malang (SMK/Sekolah Menengah Kejuruan ialah sekolah vokasional dalam bahasa Indonesia) bersama teman-temannya (Rengga, Deka, Hisyam dan Tofa). Kelima kawan itu membina kumpulan lawak bernama SKAK yang merupakan akronim dari bahasa Jawa Sekumpulan Arek Kesel (Bahasa Melayu: Kumpulan Kanak Penat). Selepas itu, kumpulan kecil itu bertekun membina akaun di YouTube dan mula mengasas video-video sederhana seperti video penyegerakan bibir mengarut. Video yang diasas mereka mula popular di antara teman-teman satu darjah dan semakin menular di wilayah persekitaran Malang, sehingga akhirnya SKAK pun juga mempunyai pangkalan-pangkalan penyokong bernama SKAKMate di beberapa bandar Pulau Jawa.

Akaun sempat hiatus pada tahun 2011 kerana kaki kumpulan ini harus menyertai peperiksaan sijil bagi kelulusan. SKAK semula aktif pada Januari 2012 dengan genre baharu iakni video lawan monolog yang membincangkan hal ehwal kehidupan remaja, kebiasaan berbalah di Jawa Timur, mengulas permainan video, tatacara parodi-parodi dan tema khss yang lainnya. Hampir seluruh video-video yang dibina pada akaunnya mengguna pakai bahasa Jawa dan bakinya diguna bahasa Indonesia dan inggris dengan pelat medok (medok artinya pelat khas Jawa dalam bahasa Melayu). Beberapa pempengaruh baharu pemula juga mula menyertai akaunnya seperti Alvan Ho dan Ali.[1]

Kebelakangan, Bayu membuat akaun YouTube baharu bernama Bayu Skak Daily Life yang mengandungi ragam aktivitinya sehari-hari. Pada tahun 2011, akaun Bayu sudah melampaui lebih daripada 100.000 pelanggan.[2] Selain itu, Bayu Skak juga menyertakan video bersama band muziknya di akaun YouTube bernama Bayu SKAK WTB (With The Band).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]