Cili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cili
frames
Pengelasan saintifik
Spesies

Capsicum annuum
Capsicum frutescens
Capsicum chinense
Capsicum pubescens
Capsicum baccatum


Untuk kugiran Cili, lihat Cili (kugiran).

Cili (nama saintifik Capsicum spp.) ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa Sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak[1].

Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali.

Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cili adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu sebelum Masihi. Terdapat bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu,[2][3] dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.

Morfologi cili[sunting | sunting sumber]

Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Biji


  1. Aceh: History, Politics and Culture Go About this book Pages displayed by permission of Institute of Southeast Asian . Copyright. By Arndt Graf]
  2. Perry, L. et al. 2007. Starch fossils and the domestication and dispersal of chili peppers (Capsicum spp. L.) in the Americas. Science 315: 986-988. Link.
  3. BBC News Online. 2007. Chillies heated ancient cuisine. Friday, 16 February. Available from: http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/6367299.stm. Accessed 16 February 2007.