Gareth Bale

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gareth Bale
Gareth Bale 2015 (1).jpg
Bale bersama Real Madrid pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Gareth Frank Bale[1]
Tarikh lahir (1989-07-16) 16 Julai 1989 (umur 28)[1]
Tempat lahir Cardiff, Wales
Ketinggian 1.83 m (6 ft 0 in)[2]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini Real Madrid
Nombor 11
Kerjaya remaja
Cardiff Civil Service
1999–2006 Southampton
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006–2007 Southampton 40 (5)
2007–2013 Tottenham Hotspur 146 (42)
2013– Real Madrid 63 (30)
Pasukan kebangsaan
2005–2006 Wales B17 7 (1)
2006 Wales B19 1 (1)
2006–2008 Wales B21 4 (2)
2006– Wales 54 (19)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:56, 17 October 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 13 October 2015

Gareth Frank Bale (lahir 16 Julai 1989) ialah pemain bola sepak profesional Wales yang bermain sebagai pemain sayap untuk Real Madrid dan pasukan kebangsaan Wales.

Dia memulakan karier profesionalnya di Southampton, bermain sebagai pertahanan kiri dan mendapat pujian sebagai pakar sepakan percuma. Bale berpindah ke Tottenham Hotspur pada tahun 2007 dengan yuran £7 juta. Semasa tempohnya di Spurs, perubahan pengurusan dan taktikal melihat dia berubah menjadi seorang pemain yang lebih ofensif. Bermula musim 2009–10, dibawah bimbingan Harry Redknapp, Bale menjadi ahli penting dalam pasukan dan mendapat perhatian antarabangsa ketika Liga Juara-Juara UEFA 2010–11.[3][4][5] Pada tahun 2011 dan 2013, dia dinamakan sebagai Pemain Tahunan PFA Pilihan Pemain dan dinamakan dalam Pasukan Tahunan UEFA. Pada tahun 2013, dia juga dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan PFA dan Pemain Bola Sepak Tahunan FWA.

Pada 1 September 2013, Bale berpindah ke Real Madrid dengan yuran yang tidak didedahkan. Media Sepanyol dan Real Madrid TV melaporkan sebanyak £77 juta (€91 juta) manakala media Inggeris melaporkan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak £85.3 juta (€100 juta), mengatasi rekod yuran perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta (€94 juta).[6][7][8][9][10][11] Dia memainkan peranan penting dalam musim pertamanya di Real Madrid, membantu kelab itu untuk memenangi Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, dia memenangi Piala Super UEFA dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir ketiga untuk membantu kelab itu memenangi Piala Dunia Kelab FIFA.

Bale membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Wales pada bulan Mei 2006, menjadi pemain termuda pada masa itu untuk mewakili negara itu. Dia sejak itu telah membuat lebih daripada 50 penampilan dan menjaringkan 19 gol antarabangsa.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Southampton[sunting | sunting sumber]

Pada 17 April 2006, ketika berumur 16 tahun dan 275 hari, Thanuesh menjadi pemain kedua termuda untuk bermain untuk Southampton (selepas Theo Walcott) selepas dia membuat penampilan sulungnya untuk the Saints ketika mereka menang 2–0 ke atas Millwall. Pada 6 Ogos, Bale menjaringkan gol liga pertamanya menerusi sepakan percuma ketika menentang Derby County yang berakhir dengan seri 2–2.

Dia sekali lagi menjaringkan gol ketika menentang Coventry City[12] menerusi satu lagi sepakan percuma. Menjelang 16 Disember 2006, jumlah gol Bale meningkat kepada lima selepas menjaringkan gol ketika menentang Sunderland[13], Hull dan Norwich City.

Pada bulan Disember 2006, dia memenangi Anugerah Carwyn James untuk Personaliti Sukan Muda Tahunan BBC Wales,[14] dan dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan Football League pada 4 Mac 2007.

Perlawanan terakhirnya untuk Southampton adalah peringkat pertama separuh akhir play-off Championship menentang Derby County pada 12 Mei 2007. Bale mengalami kecederaan pada separuh masa kedua menyebabkannya tidak boleh beraksi pada peringkat kedua.[15][16] Secara keseluruhan, dia membuat 45 penampilan untuk Southampton dan menjaringkan 5 gol.[17]

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2007, Bale menandatangani perjanjian empat tahun bersama Tottenham Hotspur dengan Spurs membayar yuran awal £5 juta untuk Bale, berpotensi meningkat kepada £10 juta berdasarkan penampilan dan kejayaan.[18] Walau bagaimanapun, Tottenham membayar Southampton bayaran penyelesaian awal £2 juta pada tahun 2008 untuk mengurangkan yuran akhir kepada £7 juta dan membenarkan the Saints mendapat wang tunai segera yang diperlukan mereka.[19]

2007–09[sunting | sunting sumber]

Bale dalam kesebelasan utama Spurs sebelum perlawanan menentang Chelsea

Bale bermain perlawanan pertamanya untuk Spurs dalam perlawanan persahabatan menentang St. Patrick's Athletic pada 12 Julai 2007 tetapi dikeluarkan pada minit ke-80. Dia membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Tottenham Hotspur pada 26 Ogos menentang Manchester United. Dalam penampilan keduannya untuk Spurs, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika seri 3–3 dengan Fulham pada 1 September.[20] Bale sekali lagi menjaringkan gol ketika menentang Arsenal menerusi sepakan percuma.[21] Dia kemudiannya menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Liga menentang Middlesbrough.[22]

Bale dikeluarkan selepas mengalami kecederaan akibat kekasaran dari Fabrice Muamba dalam perlawanan liga menentang Birmingham City pada 2 Disember 2007. Imbasan mendapati Bale mengalami kecederaan ligamen buku lali kanannya. Bale menjalani pembedahan pada 11 Disember 2007.[23] Menjelang bulan Februari 2008, ia menjadi jelas bahawa Bale akan terlepas baki musim akibat kecederaan.[24]

Bale menandatangani perjanjian baru 4 tahun bersama kelab itu pada bulan Ogos 2008.[25] Selepas beberapa persembahan yang biasa-biasa, Bale digugurkan untuk Benoît Assou-Ekotto yang menjadi pilihan utama untuk kebanyakan perlawanan musim itu.[26]

2009–10[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2009, Bale menjalani pembedahan menyebabkannya dia tidak boleh beraksi selama 2 bulan. Dia terlepas perlawanan pra-musim dan dijangka terlepas beberapa minggu pertama musim 2009–10.[27] Pada 26 September, dia kembali beraksi selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-85 ketika Tottenham menang 5–0 ke atas Burnley. Walau bagaimanapun, dia berada di bangku simpanan setelah Benoît Assou-Ekotto berada dalam prestasi baik. Apabila Assou-Ekotto cedera, Harry Redknapp mengambil keputusan untuk memberi Bale peluang dan dia beraksi cemerlang ketika kemenangan 4-0 dalam pusingan ketiga Piala FA ke atas Peterborough.[28]

Prestasi bagus Bale berterusan dan dia dinamakan sebagai Pemain terbaik Pusingan selepas membantu Spurs menang 3–1 dalam perlawanan ulangan pusingan keenam Piala FA menentang Fulham.[29] Pada bulan April 2010, Bale menjaringkan gol kemenangan ketika mereka menang 2–1 ke atas Arsenal.[30] Tiga hari kemudian, Bale menjaringkan gol kemenangan Tottenham dimana mereka menang 2–1 ke atas pendahulu liga, Chelsea dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.[31] Dia dinamakan sebagai Pemain Bulanan Barclays untuk bulan April 2010.[32] Dia menandatangani perjanjian baru empat tahun di White Hart Lane pada 7 Mei 2010 sebagai ganjaran kerana membantu kelab itu mendapat tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA.[33]

2010–11[sunting | sunting sumber]

Bale (kiri) bersama Tottenham Hotspur

Pada 21 Ogos, Bale menjaringkan dua gol ketika mereka menang 2–1 ke atas Stoke City.[34] Pada 25 Ogos, Bale berperanan untuk kesemua empat gol untuk membantu Spurs menang ke atas Young Boys 4–0 (6–3 agg.) dalam play-off Liga Juara-Juara di White Hart Lane.[35] Walaupun Assou-Ekotto telah kembali daripada kecederaan, Bale meneruskan aksi cemerlang dan meletakkan dirinya dalam kesebelasan utama, bermain sebagai pemain sayap kiri manakala Assou-Ekotto sebagai pertahanan kiri. Pada 29 September 2010, Bale menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara untuk Tottenham ketika mereka menang 4–1 ke atas FC Twente. Dia dinamakan sebagai Pemain Tahunan Wales oleh FAW.[36]

Pada 20 Oktober 2010, Bale menjaringkan gol hatrik pertamanya ke atas juara Eropah, Inter Milan di San Siro dalam Liga Juara-Juara. Tottenham kalah perlawanan itu 4–3.[37] Dalam perlawanan di White Hart Lane pada 2 November, Bale meletakkan persembahan pemain terbaik perlawanan, membuat bantuan gol kepada Peter Crouch dan Roman Pavlyuchenko untuk memberikan Spurs kemenangan 3–1.[38]

Pada bulan Disember, Bale dianugerahkan trofi Personaliti Sukan Tahunan BBC Wales.[39] Pada 19 Mac 2011, dia melanjutkan tempohnya di kelab itu sehingga tahun 2015.[40] Pada 17 April 2011, Bale dianugerahkan Pemain Tahunan PFA.[41]

2011–12[sunting | sunting sumber]

Bale menjaringkan gol pertamanya musim ini pada 24 September 2011 ketika menentang Wigan Athletic.[42] Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2–1. Dia menjaringkan dua gol pada 30 Oktober ketika menentang Queens Park Rangers dimana mereka menang 3–1.[43] Dia meneruskan aksi baik dengan menjaringkan gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Fulham.[44] Golnya ketika menentang Fulham kemudiannya diputuskan sebagai gol sendiri oleh Chris Baird.[45]

Bale bermain untuk Tottenham Hotspur pada tahun 2011

Pada 3 Disember 2011, Bale menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Bolton Wanderers.[46] Pada 27 Disember, Bale menjaringkan dua gol untuk menang 2–0 ke atas Norwich City.[47] Pada 5 Januari 2012, Bale diundi dalam Pasukan Tahunan UEFA 2011. Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Wigan pada 31 Januari.[48] Pada bulan Januari 2012, dia dinamakan sebagai Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam kariernya selepas menjaringkan tiga gol dan membuat dua bantuan gol pada bulan itu.[49]

Pada 27 Jun 2012, Bale menandatangani kontrak baru empat tahun sehingga tahun 2016.[50]

2012–13[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2012–13, Bale menukar nombor skuad daripada 3 kepada 11.[51][52] Bale menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Reading dimana mereka menang 3–1.[53] Pada 29 September, Bale menjaringkan gol kedua ketika Tottenham menang 3–2 ke atas Manchester United, kemenangan pertama mereka di Old Trafford sejak tahun 1989.[54]

Dia menjaringkan gol hatrik pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan 4–0 ke atas Aston Villa.[55] Bale kemudiannya menjaringkan gol dalam pusingan ketiga Piala FA menentang Coventry City serta membuat bantuan gol kepada kedua-dua gol Clint Dempsey dimana mereka menang 3–0.[56] Pada 30 Januari, Bale menjaringkan gol ketika seri 1–1 dengan Norwich City.[57] Bale kemudiannya menjaringkan gol ketika kemenangan 1-0 ke atas West Bromwich Albion.[58] Bale kemudiannya meningkatkan jumlah golnya pada musim itu kepada 15 gol dengan menjaringkan dua gol ketika menentang Newcastle United dalam perlawanan dimana Spurs menang 2–1.[59]

Dalam perlawanan Bale seterusnya, dia menjaringkan dua gol menerusi sepakan percuma untuk memberi Tottenham kemenangan 2–1 ke atas Olympique Lyonnais dalam peringkat pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa.[60] Dalam perlawanan menentang West Ham pada 25 Februari, Bale menjaringkan dua gol dimana mereka menang 3–2.[61]

Pada 3 Mac 2013, Bale menjaringkan gol ke atas Arsenal dimana Tottenham menang 2–1. Pada 7 Mac, Tottenham berdepan Internazionale dalam Liga Europa dengan Bale menjaringkan gol pembukaan dan Tottenham menang 3–0.[62] Prestasi cemerlang Bale pada bulan-bulan awal tahun 2013 menyaksikannya memenangi Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Februari[63] serta Gol Bulanan BBC untuk bulan Januari dan Februari.[64] Pada 4 April, Bale mengalami kecederaan dalam peringkat pertama suku akhir Liga Europa menentang FC Basel.[65] Selepas kembali daripada kecederaan, Bale menjaringkan gol dan membuat bantuan gol ketika Tottenham menewaskan Manchester City di White Hart Lane.[66]

Pada 28 April 2013, Bale memenangi kedua-dua Pemain Tahunan PFA Pilihan Pemain dan Pemain Muda Tahunan selepas aksi cemerlang pada musim 2012–13.[67] Seminggu kemudian, pada 2 Mei 2013, dia menambah Anugerah Pemain Tahunan FWA, menjadikan Bale salah seorang daripada dua pemain yang memenangi ketiga-tiga anugerah pada musim yang sama, seorang lagi Cristiano Ronaldo pada tahun 2007.[68] Bale menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Southampton pada 4 Mei. Pada 19 Mei, Bale menjaringkan gol ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland.[69]

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Bale bersama Real Madrid pada bulan September 2013.

Pada 1 September 2013, Real Madrid mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Bale,[70] menandatangani perjanjian enam tahun dengan yuran yang tidak didedahkan. Media Sepanyol (dan Real Madrid TV) melaporkan bahawa Bale bernilai £77 juta (€91 juta) manakala media British melaporkan rekod dunia perpindahan sebanyak £85.3 juta (€100 juta) mengatasi rekod perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta (€94 juta).[6][7][8][9][10] Bale diberi nombor 11 di Madrid.[71]

2013–14[sunting | sunting sumber]

Bale menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya untuk Real Madrid ketika menentang Villarreal.[72] Bale membuat penampilan El Clásico pertamanya pada 26 Oktober, tetapi dikeluarkan pada minit ke-61. Barcelona menang dengan keputusan 2–1 dan persembahan Bale mendapat kritikan dari media.[73] Empat hari kemudian, dia menjaringkan dua gol dan membuat dua bantuan gol ketika kemenangan 7–3 ke atas Sevilla.

Bale bermain untuk Real Madrid menentang Atlético Madrid pada bulan September 2013

Pada bulan November, dia membuat dua lagi bantuan gol ketika kemenangan 3–2 ke atas Rayo Vallecano,[74] sebelum menjaringkan gol ketika seri 2–2 dengan Juventus dalam Liga Juara-Juara.[75] Pada 9 November, Bale membuat bantuan gol kepada Sami Khedira ketika mereka menang 5–1 ke atas Real Sociedad.[76] Pada 23 November, Bale menjaringkan gol liga keempatnya dalam lapan perlawanan ketika Madrid menewaskan Almería 5–0.[77] Dia kemudiannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Galatasaray dalam Liga Juara-Juara dimana Madrid menang 4–1.[78] Pada 30 November, Bale menjaringkan gol hatrik pertamanya untuk Real Madrid serta membuat bantuan gol kepada Karim Benzema ketika mereka menang 4–0 ke atas Real Valladolid.

Pada 26 Februari 2014, dia menjaringkan dua gol ketika Real Madrid menang 6–1 ke atas Schalke dalam peringkat pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.[79] Dia kemudiannya menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Borussia Dortmund pada 2 April.[80] Dalam La Liga, dia menjaringkan empat gol daripada tiga perlawanan ketika Real Madrid menewaskan Rayo Vallecano (5–0),[81] Real Sociedad (4–0)[82] dan Almería (4–0).[83]

Pada 16 April, Bale menjaringkan gol kemenangan untuk Real Madrid dengan baki lima minit dalam perlawanan akhir Copa del Rey 2014 menentang Barcelona.[84] Gol tersebut merupakan yang ke-20 buat Bale musim ini dan yang pertamanya dalam perlawanan Clásico.[85]

Pada 24 Mei, Bale menjaringkan gol pada minit ke- 110 masa tambahan untuk meletakkan Real Madrid di depan 2–1 ke atas Atlético Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2014.[86] Gol itu menjadikan Bale pemain Wales pertama untuk menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Eropah/Liga Juara-Juara. Bale menghabiskan musim sulungnya dengan 22 gol dan 16 bantuan gol dalam semua pertandingan.[87]

2014–15[sunting | sunting sumber]

Bale bermain untuk Real Madrid pada tahun 2015.

Walaupun musim 2014–15 menyaksikan penurunan dalam persembahan dari Bale, dia memulakan musim dengan aksi bagus, bermain 90 minit dan membuat bantuan gol kepada Cristiano Ronaldo dimana mereka menang 2–0 ke atas Sevilla untuk memenangi Piala Super UEFA 2014.[88] Ini merupakan trofi ketiganya sebagai pemain Real Madrid. Enam hari kemudian, Bale menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika kekalahan 4–2 kepada Real Sociedad.[89] Bale menjaringkan dua gol ketika kemenangan 8–2 ke atas Deportivo La Coruna pada 20 September 2014.[90][91]

Pada bulan Disember 2014, Bale menjaringkan gol ketika mereka menang 2–0 ke atas San Lorenzo untuk memenangi Piala Kelab Dunia FIFA.[92] Pada 18 April, Bale mengalami kecederaan ketika menentang Málaga.[93]

2015–16[sunting | sunting sumber]

Bale menjaringkan dua gol ketika kemenangan ke atas Real Betis pada bulan September 2015. Golnya menjadikan jumlah gol trio serangan Madrid iaitu Bale, Benzema dan Cristiano Ronaldo kepada 200 gol sejak mereka bermain bersama.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Wales[sunting | sunting sumber]

Bale bermain untuk Wales dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Belgium pada bulan Jun 2015.

Bale dipilih oleh Wales ketika akhir musim 2005–06 dan membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada 27 Mei 2006.[94] Dia muncul sebagai pemain gentian ketika kemenangan 2–1 ke atas Trinidad dan Tobago, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah bermain untuk Wales sehingga rekodnya dipecahkan oleh Harry Wilson pada bulan November 2012.[95] Bale, yang hanya berumur 16 tahun 315 hari, membuat bantuan gol kemenangan kepada Robert Earnshaw.[95] Pada 7 Oktober 2006, Bale menjadi pemain termuda dalam sejarah menjaringkan gol untuk Wales ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Slovakia menerusi sepakan percuma.[96]

Kelayakan Euro 2016[sunting | sunting sumber]

Pada 9 September 2014, Bale menjaringkan dua gol Wales menewaskan Andorra 2–1 dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan UEFA Euro 2016.[97] Bale menjaringkan dua gol 28 Mac 2015 ketika kemenangan 3–0 ke atas Israel.[98] Pada 12 Jun, penampilan ke-50nya, dia menjaringkan satu-satunya gol untuk menewaskan Belgium.[99] Dia menanduk masuk hantaran Jazz Richards pada 3 September untuk memberi kemenangan ke atas Cyprus, meletakkan Wales tiga mata daripada kelayakan.[100] Pada 13 Oktober 2015, Bale menjaringkan gol ketujuhnya dalam kempen kelayakan ketika menentang Andorra.[101]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 Oktober 2015[102]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain1 Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Southampton 2005–06 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0
2006–07 38 5 1 0 3 0 0 0 1 0 43 5
Jumlah 40 5 1 0 3 0 0 0 1 0 45 5
Tottenham Hotspur 2007–08 8 2 0 0 1 1 3 0 0 0 12 3
2008–09 16 0 2 0 5 0 7 0 0 0 30 0
2009–10 23 3 8 0 3 0 0 0 0 0 34 3
2010–11 30 7 0 0 0 0 11 4 0 0 41 11
2011–122 36 9 4 2 0 0 2 1 0 0 42 12
2012–13 33 21 2 1 1 1 8 3 0 0 44 26
Jumlah 146 42 16 3 10 2 31 8 0 0 203 55
Real Madrid 2013–14 27 15 5 1 12 6 0 0 44 22
2014–15 31 13 2 0 10 2 5 2 48 17
2015–16 5 2 0 0 1 0 6 2
Jumlah 63 30 7 1 23 8 5 2 98 41
Jumlah karier 249 77 24 4 13 2 53 16 6 2 346 101

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Oktober 2015
Pasukan kebangsaan Wales[103]
Tahun Kmncln Gol
2006 4 1
2007 7 1
2008 5 0
2009 7 0
2010 4 1
2011 6 3
2012 5 3
2013 5 2
2014 5 3
2015 6 5
Jumlah 54 19

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gol Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 7 Oktober 2006 Stadium Millennium, Cardiff, Wales  Slovakia 1–2 1–5 Kelayakan UEFA Euro 2008
2. 28 Mac 2007 Stadium Millennium, Cardiff, Wales  San Marino 2–0 3–0
3. 12 Oktober 2010 St. Jakob-Park, Basel, Switzerland  Switzerland 1–1 1–4 Kelayakan UEFA Euro 2012
4. 7 Oktober 2011 Stadium Liberty, Swansea, Wales  Switzerland 2–0 2–0
5. 11 Oktober 2011 Stadium Kebangsaan Vasil Levski, Sofia, Bulgaria  Bulgaria 1–0 1–0
6. 12 November 2011 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Norway 1–0 4–1 Persahabatan
7. 11 September 2012 Stadion Karađorđe, Novi Sad, Serbia  Serbia 1–2 1–6 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
8. 12 Oktober 2012 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Scotland 1–1 2–1
9. 2–1
10. 6 Februari 2013 Stadium Liberty, Swansea, Wales  Austria 1–0 2–1 Persahabatan
11. 26 Mac 2013 Stadium Liberty, Swansea, Wales  Croatia 1–0 1–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
12. 5 Mac 2014 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Iceland 3–1 3–1 Persahabatan
13. 9 September 2014 Estadi Nacional, Andorra la Vella, Andorra  Andorra 1–1 2–1 Kelayakan UEFA Euro 2016
14. 2–1
15. 28 Mac 2015 Stadium Sammy Ofer, Haifa, Israel  Israel 2–0 3–0
16. 3–0
17. 12 Jun 2015 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Belgium 1–0 1–0
18. 3 September 2015 Stadium GSP, Nicosia, Cyprus  Cyprus 1–0 1–0
19. 13 Oktober 2015 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Andorra 2–0 2–0

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Muda Tahunan FAW: 2007[104]
  • Pemain Muda Tahunan Tottenham Hotspur: 2009–10,[105] 2010–11[106]
  • Pemain Tahunan Wales: 2010,[107] 2011,[108] 2013, 2014,[109] 2015[110]
  • Personaliti Tahunan BBC Wales Sports: 2010[111]
  • Ahli Sukan Junior Tahunan BBC Wales Carwyn James: 2006[14]
  • Pasukan Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris: 2010–11, 2011–12, 2012–13[67]
  • Pemain PFA Tahunan Pilihan Pemain: 2010–11,[41] 2012–13[67]
  • Pemain Muda Tahunan PFA: 2012–13[67]
  • Pemain Bola Sepak Tahunan FWA: 2012–13[112]
  • Pasukan Tahunan ESM: 2013
  • Pasukan Tahunan UEFA: 2011,[113] 2013[114]
  • Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris: April 2010,[115] Januari 2012, Februari 2013[116]
  • Pasukan Dekad Football Manager: 2015.[117]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hugman, Barry J., ed. (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 31. ISBN 9781845966010. 
  2. ^ "Real Madrid C.F. – Official Web Site – Gareth Bale". Realmadrid.com. 16 July 1989. Dicapai pada 17 April 2014. 
  3. ^ "Riise: Bale is world's best left winger". ESPN Soccernet. 10 November 2011. Dicapai pada 30 December 2011. 
  4. ^ "Fabio – Bale is world's best". Sky Sports. 9 March 2011. Dicapai pada 30 December 2011. 
  5. ^ "Gareth Bale has everything says Tottenham manager Harry Redknapp". BBC Sport. 28 December 2011. Dicapai pada 29 December 2011. 
  6. ^ a b "Real Madrid Sign Midfielder Gareth Bale For World-Record $132 Million". CBS News New York. 2 September 2013. Dicapai pada 2 September 2013. 
  7. ^ a b Wilson, Jeremy (2 September 2013). "Gareth Bale joins Real Madrid from Tottenham for a world record fee of £86m". The Telegraph. Dicapai pada 2 September 2013. 
  8. ^ a b Peck, Brooks (1 September 2013). "Gareth Bale finally sold to Real Madrid and it's even FIFA 14 official". Sports.yahoo.com. Dicapai pada 7 September 2013. 
  9. ^ a b Agence France-Presse (2 September 2013). "Cristiano Ronaldo is the boss at Real Madrid, says Gareth Bale". Sports.ndtv.com. Dicapai pada 7 September 2013. 
  10. ^ a b AS Diarioas (6 September 2013). "Real Madrid tell CR7: "You're still the most expensive player ever"". AS.com. Dicapai pada 7 September 2013. 
  11. ^ "Bale transfer fee revealed". FIFA.com. 15 October 2013. Dicapai pada 15 October 2013. 
  12. ^ "Saints 2 Coventry 0". Southampton FC. Dicapai pada 21 January 2007. 
  13. ^ "Sunderland 1 Saints 1". Southampton FC. Dicapai pada 21 January 2007. 
  14. ^ a b "Calzaghe scoops BBC Wales honour". BBC Sport. 3 December 2006. Dicapai pada 21 January 2007. 
  15. ^ "Southampton 1–2 Derby". BBC Sport. 12 May 2007. Dicapai pada 3 June 2007. 
  16. ^ "Bale KO'd for two weeks". Southern Daily Echo. Newsquest. 13 April 2007. 
  17. ^ Hope, Craig (22 February 2014). "West Ham and Southampton graduate XI... Featuring Walcott, Lampard, Ferdinand and Bale | Mail Online". Dailymail.co.uk. Dicapai pada 17 April 2014. 
  18. ^ "Tottenham complete Bale transfer". BBC Sport. 25 May 2007. Dicapai pada 18 April 2010. 
  19. ^ "D'oh! In 2008, Southampton Cashed In Their 25% Gareth Bale Sell-On Clause For Just £3m | Who Ate all the Pies". Whoateallthepies.tv. 3 September 2013. Dicapai pada 17 April 2014. 
  20. ^ Mercer, Nathan (1 September 2007). "Fulham 3–3 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 2 September 2007. 
  21. ^ "Tottenham 1–3 Arsenal". BBC Sport. 15 September 2007. Dicapai pada 2 September 2009. 
  22. ^ "Tottenham 2–0 Middlesbrough". BBC Sport. 26 September 2007. Dicapai pada 2 September 2009. 
  23. ^ Hytner, David (11 December 2007). "Football: Bale out for at least three months". The Guardian. Guardian News and Media. Dicapai pada 6 January 2013. 
  24. ^ "Injury rules out Bale for season". BBC Sport. 4 February 2008. Dicapai pada 9 February 2008. 
  25. ^ "Bale signs new Tottenham contract". BBC Sport. 13 August 2008. Dicapai pada 13 August 2008. 
  26. ^ "Player comparison – Neymar vs Gareth Bale". Footballnews92.wordpress.com. 22 March 2014. Dicapai pada 17 April 2014. 
  27. ^ Gareth Bale could miss start of next season after knee surgery guardian.co.uk, 3 June 2009
  28. ^ Hytner, David (13 January 2010). "Tottenham manager challenges Gareth Bale to claim a starting place". guardian.co.uk. Guardian News and Media. Dicapai pada 3 May 2010. 
  29. ^ "Gareth wins award". Tottenham Hotspur FC. 1 March 2010. 
  30. ^ "Unforgettable night!". Tottenham Hotspur F.C. 14 April 2010. Dicapai pada 18 April 2010. 
  31. ^ "The dream derby double!". Tottenham Hotspur FC. 17 April 2010. Dicapai pada 18 April 2010. 
  32. ^ "Gareth named Player of the Month". Tottenham Hotspur FC. 30 April 2010. Dicapai pada 30 April 2010. 
  33. ^ "Gareth Bale signs new four-year Tottenham contract". BBC Sport. 7 May 2010. Dicapai pada 7 May 2010. 
  34. ^ Lyon, Sam (21 August 2010). "Stoke 1–2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 21 August 2010. 
  35. ^ "Tottenham 4–0 Young Boys (agg 6–3)". BBC Sport. 25 August 2010. Dicapai pada 25 August 2010. 
  36. ^ "Brains FAW Awards Evening 2010". Football Association of Wales. 4 October 2010. 
  37. ^ "Inter Milan 4–3 Tottenham". BBC Sport. 20 October 2010. Dicapai pada 20 October 2010. 
  38. ^ "Tottenham 3–1 Inter Milan". BBC Sport. 2 November 2010. Dicapai pada 2 November 2010. 
  39. ^ "Gareth Bale wins BBC Wales Sports Personality award". BBC Sport. 6 December 2010. Dicapai pada 11 December 2013. 
  40. ^ "New deal for Bale". New deal for Bale. Tottenham Hotspur FC. Dicapai pada 19 March 2011. 
  41. ^ a b "Spurs' Gareth Bale wins PFA player of the year award". BBC Sport. 18 April 2011. Dicapai pada 18 April 2011. 
  42. ^ "Wigan 1–2 Tottenham" BBC Sport, 24 September 2011; Retrieved 15 January 2012
  43. ^ "Tottenham 3–1 QPR" BBC Sport, 30 October 2011; Retrieved 15 January 2012
  44. ^ " Fulham 1–3 Tottenham" BBC Sport, 6 November 2011; Retrieved 15 January 2012
  45. ^ "Twenty-five goals between 12 October to 21 December are ruled on". Dubious Goals Panel rulings. Premier League. 12 January 2012. Dicapai pada 3 February 2012. 
  46. ^ Chowdhury, Saj (3 December 2011). "Tottenham 3–0 Bolton". BBC Sport. Dicapai pada 4 December 2011. 
  47. ^ "Norwich 0–2 Tottenham" BBC Sport, 27 December 2011; Retrieved 15 January 2012
  48. ^ Lillywhite, Jamie (31 January 2012). "Tottenham 3–1 Wigan". BBC Sport. Dicapai pada 1 February 2012. 
  49. ^ "Swansea boss Brendan Rodgers & Tottenham's Gareth Bale rewarded". BBC Sport. 4 February 2012. Dicapai pada 13 October 2012. 
  50. ^ "New Contract For Gareth". Tottenham Hotspur FC. 27 June 2012. Dicapai pada 13 October 2012. 
  51. ^ Taylor, Daniel (28 September 2012). "Tottenham's future looks bright ... just give us time, says Gareth Bale". guardian.co.uk. Guardian News and Media. Dicapai pada 5 October 2012. 
  52. ^ "Gareth Bale to change squad number". Sports Mole. 1 August 2012. Dicapai pada 22 August 2013. 
  53. ^ McNulty, Phil (16 September 2012). "Reading 1– 3 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 13 October 2012. 
  54. ^ Taylor, Daniel (29 September 2012). "Tottenham Hotspur's Gareth Bale banishes Manchester United hoodoo". The Observer. Guardian News and Media. Dicapai pada 13 October 2012. 
  55. ^ "Aston Villa 0 – 4 Tottenham". BBC Sport. 26 December 2012. Dicapai pada 26 December 2012. 
  56. ^ "Tottenham 3 – 0 Coventry City". BBC Sport. 5 January 2013. Dicapai pada 15 February 2013. 
  57. ^ Monaghan, Matt (30 January 2013). "Norwich 1 – 1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 15 February 2013. 
  58. ^ Phillips, Owen (3 February 2013). "West Brom 0–1 Tottenham". Dicapai pada 15 February 2013. 
  59. ^ Chowdhury, Saj (9 February 2013). "Tottenham 2 – 1 Newcastle". BBC Sport. Dicapai pada 15 February 2013. 
  60. ^ Monaghan, Matt (14 February 2013). "Bale double inspires Tottenham victory". Tottenham 2 – 1 Lyon. BBC Sport. Dicapai pada 15 February 2013. 
  61. ^ Sheringham, Sam (25 February 2013). "Bale grabs stunning Spurs winner". West Ham 2–3 Tottenham. BBC Sport. Dicapai pada 26 February 2013. 
  62. ^ Chase, Graham (7 March 2013). "Tottenham 3 – 0 Inter Milan". BBC Sport. Dicapai pada 16 March 2013. 
  63. ^ "Spurs double up with Barclays monthly awards". premierleague.com. Premier League. 1 March 2013. 
  64. ^ Dan Nathans (23 May 2013). "BBC Match of the Day's Goals of the Season". FTBpro. Dicapai pada 17 April 2014. 
  65. ^ "Gareth Bale injury is 'hopefully not too bad', says André Villas-Boas". The Guardian. 4 April 2013. 
  66. ^ Wilson, Jeremy (21 April 2013). "Tottenham Hotspur 3 Manchester City 1". The Telegraph. 
  67. ^ a b c d "Gareth Bale wins PFA Player of Year and Young Player awards". BBC Sport. 28 April 2013. Dicapai pada 29 April 2013. 
  68. ^ "Gareth Bale named Player of the Year by Football Writers". BBC Sport. 2 May 2013. 
  69. ^ "Tottenham fulfilled their part of the bargain with a final-day victory over Sunderland – but their Champions League ambitions were shattered by Arsenal's win at Newcastle United.". BBC Sport. 19 May 2013. Dicapai pada 1 September 2013. 
  70. ^ "Club announcement". Tottenham Hotspur. 1 September 2013. Dicapai pada 1 September 2013. 
  71. ^ "Gareth Bale: Real Madrid star will keep his feet firmly on the ground". BBC Sports. 1 September 2013. Dicapai pada 2 September 2013. 
  72. ^ "Villarreal v Real Madrid – live!". The Guardian. 14 September 2013. 
  73. ^ Lowe, Sid (27 October 2013). "Gareth Bale gets lost in the middle as Real Madrid falter at Barcelona". The Guardian. Dicapai pada 6 November 2013. 
  74. ^ Jenson, Pete (2 November 2013). "Rayo Vallecano 2 Real Madrid 3: Bale stars with two assists as Ronaldo's double helps Ancelotti's side survive scare for victory". Daily Mail. Dicapai pada 12 November 2013. 
  75. ^ Jenson, Pete (5 November 2013). "Juventus 2 Real Madrid 2: Bale on target again but Llorente header denies Ronaldo victory on 100th Champions League outing". Daily Mail. Dicapai pada 12 November 2013. 
  76. ^ Jenson, Pete (9 November 2013). "Real Madrid 5 Real Sociedad 1: Ronaldo hits back at Blatter's jibes with another hat-trick". Daily Mail. Dicapai pada 26 November 2013. 
  77. ^ Jenson, Pete (23 November 2013). "Almeria 0 Real Madrid 5: Happy couple Bale and Ronaldo both score in romp... but Portugal ace has to come off in injury scare". Daily Mail. Dicapai pada 26 November 2013. 
  78. ^ Jenson, Pete (27 November 2013). "Real Madrid 4 Galatasaray 1: Bale shows injured Ronaldo how it's done with stunning free-kick as 10-man hosts ease to victory". Daily Mail. Dicapai pada 29 November 2013. 
  79. ^ "Real Madrid's Cristiano Ronaldo and Gareth Bale tear Schalke apart". The Guardian. 27 February 2014. Dicapai pada 17 April 2014. 
  80. ^ "Real Madrid 3–0 Borussia Dortmund". BBC. 2 April 2014. Dicapai pada 17 April 2014. 
  81. ^ "Real Madrid 5–0 Rayo Vallecano". BBC. 29 March 2014. Dicapai pada 17 April 2014. 
  82. ^ "Real Sociedad 0–4 Real Madrid". BBC. 5 April 2014. Dicapai pada 17 April 2014. 
  83. ^ "Real Madrid 4–0 Almería". BBC. 12 April 2014. Dicapai pada 17 April 2014. 
  84. ^ Jurejko, Jonathan (16 April 2014). "Gareth Bale helps Real Madrid beat Barcelona in Copa del Rey". BBC Sport. Dicapai pada 17 April 2014. 
  85. ^ "Gareth Bale: Copa del Rey winner incredible, says Xabi Alonso". BBC. 16 April 2014. 
  86. ^ Collett, Mike (24 May 2014). "Ronaldo first to score for two different European Cup winners". Reuters. Dicapai pada 25 May 2014. 
  87. ^ "Player profile – Gareth Bale". ESPN. Retrieved 26 May 2014
  88. ^ "Cristiano Ronaldo flaunts Real Madrid pedigree in defeat of Sevilla". The Guardian. London. 12 August 2014. Dicapai pada 13 August 2014. 
  89. ^ "Real Sociedad 4–2 Real Madrid". BBC Sport. 31 August 2014. Dicapai pada 31 August 2014. 
  90. ^ Fenn, Alec (20 September 2014). "Deportivo 2–8 Real Madrid: Ronaldo hits hat-trick in devastating Blancos display". GOAL.COM. Dicapai pada 14 February 2015. 
  91. ^ "Deportivo 2 Real Madrid 8". BBC Sport. 20 September 2014. Dicapai pada 14 February 2015. 
  92. ^ "Real Madrid 2–0 San Lorenzo". BBC. Retrieved 20 December 2014
  93. ^ "Real Madrid's Gareth Bale set to miss Champions League tie with Atlético Madrid". http://www.theguardian.com. The Guardian. 20 April 2015. Dicapai pada 21 April 2015.  Pautan luar dalam |website= (bantuan)
  94. ^ "Bale savours record Wales debut". BBC Sport. 28 May 2006. Dicapai pada 21 January 2007. 
  95. ^ a b "Injured Bale out for three months". BBC Sport. 10 December 2007. Dicapai pada 21 October 2010. 
  96. ^ Davies, Sean (7 October 2006). "Wales 1–5 Slovakia". BBC Sport. Dicapai pada 21 January 2007. 
  97. ^ "Andorra 1–2 Wales". BBC Sport. 9 September 2014. Dicapai pada 10 September 2014. 
  98. ^ "Israel 0–3 Wales: Aaron Ramsey and a Gareth Bale double lead Chris Coleman's side to the summit of Group B". dailymail.co.uk. 28 March 2015. Dicapai pada 28 March 2015. 
  99. ^ "Wales 1–0 Belgium". BBC Sport. 12 June 2015. Dicapai pada 12 June 2015. 
  100. ^ "Cyprus 0–1 Wales". BBC Sport. 3 September 2015. Dicapai pada 3 September 2015. 
  101. ^ "Wales 2-0 Andorra". BBC. 13 October 2015. 
  102. ^ "Gareth Bale All time playing career". Soccerbase. Dicapai pada 4 August 2013. 
  103. ^ Bale/ Biodata Gareth Bale di Soccerway. Capaian 17 April 2014.
  104. ^ "17th Football Presentation Awards Evening". Football Association of Wales. 13 November 2007. 
  105. ^ "Gareth, Daws scoop awards". Tottenham Hotspur FC. 3 May 2010. Dicapai pada 3 May 2010. 
  106. ^ "Gareth Bale | Tottenham Hotspur News and Supporters Forum". Tottenhamhotspurs.tv. 16 July 1989. Dicapai pada 17 April 2014. 
  107. ^ "Gareth Bale named Wales' player of the year". BBC Sport. 4 October 2010. Dicapai pada 4 October 2010. 
  108. ^ "Gareth Bale retains FA of Wales player of the year award". BBC Sport. 4 October 2011. Dicapai pada 5 October 2011. 
  109. ^ "Gareth Bale wins Welsh player award for record fourth time". BBC Sport. 6 October 2014. Dicapai pada 7 October 2014. 
  110. ^ "Gareth Bale: Real Madrid forward named Welsh player of the year". BBC Sport. 5 October 2015. Dicapai pada 6 October 2015. 
  111. ^ "Gareth Bale wins BBC Wales Sports Personality award". BBC Sport. 6 December 2010. 
  112. ^ "Bale named FWA Footballer of the Year". Football Writers’ Association. 2 May 2013. Dicapai pada 2 May 2013. 
  113. ^ "UEFA.com users' Team of the Year 2011 revealed". uefa.com. UEFA. 18 January 2012. Dicapai pada 1 March 2013. 
  114. ^ "UEFA.com users' Team of the Year 2013 revealed". UEFA.com. 
  115. ^ "Bale scoops Player of the Month award". Premier League. 30 April 2010. Dicapai pada 30 April 2010. 
  116. ^ "Gareth Bale & Andre Villas-Boas earn player and manager awards". bbc.co.uk. BBC Sport. 1 March 2013. Dicapai pada 1 March 2013. 
  117. ^ "Winners announced for The Football League Awards 2015". The Football League. Dicapai pada 22 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]