Biar Mereka Cemburu
Biar Mereka Cemburu | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Biar Mereka Cemburu karya Anuar Darwisy |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | MP Roslin Sharif |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Ku Mau - Aizat Amdan Ft Hanin Dhiya |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Alia Dato' Ramly Zetty Adila Dato' Ramly |
Penerbit | Dato Zaiton Mohd Jiwa |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) Astro GO iQIYI |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 1 Disember 2020 – 28 Disember 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Perempuan Tanpa Dosa |
Diikuti oleh | Tercipta Satu Ikatan |
Biar Mereka Cembu®u ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Roslin Sharif dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza,Nabila Razali, dan Izzat Mushtaq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 1 Disember 2020 menggantikan Perempuan Tanpa Dosa [1].
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon (Rubini Sambanthan). Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia (Nabila Razali) ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam (Izzat Mushtaq). Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.
Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja.
Nadia yang degil dan ceria pada luarannya sebenarnya menyimpan beban dan kesedihan yang hanya mampu dipendam kerana tertekan dengan kesibukan kerja demi mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarganya di kampung semenjak bapanya dipenjarakan angkara Nadia sendiri.
Eidil juga tidak kurangnya, keadaan di rumahnya berantakan kerana adik tirinya Fetri yang sering bermasalah. Fetri mencemburui dan berdendam dengan Eidil kerana dia juga mencintai Marsha pada masa yang sama.
Eidil mula mendekati Nadia kerana tertarik dengan perwatakannya. Sedikit sebanyak Eidil semakin banyak berubah ke arah yang lebih baik, seperti yang diharapkan oleh bapanya Tengku Alauddin (Shah Rezza).
Walaupun cuba untuk mengelak dari Eidil, Nadia terkejut apabila kursus fotografi yang dihadirinya rupanya diketuai oleh Eidil yang juga merupakan seorang jurufoto terkenal. Marsha pula semakin gilakan Eidil dan mula menyiasat tentang Eidil dan Nadia. Sedikit demi sedikit rahsia kehidupan Rostam yang sudah lama mencintai Nadia mula berasa cemburu pada Eidil, namun dia akur yang dia perlu meraih cinta Nadia dengan cara yang adil.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
- Nabila Razali sebagai Nadia
- Izzat Mushtaq sebagai Rostam
- Rubini Sambanthan sebagai Marsha
- Aedy Ashraf sebagai Fetri
- Bella Dowanna sebagai Nabila
- Hasmira Azmi sebagai Sofea
- Syahir Shafein sebagai Reza
- Adam Malek sebagai Nabil
- Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
- Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
- Chiwan Chilok sebagai Malek
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Biar Mereka Cemburu MyInfotaip 30 November 2020. Dicapai 1 Disember 2020.