Nabila Razali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nabila Razali
نبيلة رزالي
Nabila mengadakan persembahan pada Februari 2018.
Kelahiran
Nur Nabila binti Mohd Razali

(1992-11-13) 13 November 1992 (umur 31)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Senibina
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2013—kini
Ketinggian162 cm (5 ka 4 in)
PasanganNik Iruwan bin Dato' Nik Izani (k. 2023)
Ibu bapaShamsidah Abd Rahman (ibu)
Mohd Razali Mura (bapa)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music (2016–2020)
Nabila Razali Entertainment (2020–kini)
Pengkarya berkait
The Lomas, Priscilla Abby, Keisya Levronka

Nur Nabila Mohd Razali (Jawi: نر نبيلة بنت محمة رزالي; lahir 13 November 1992)[1][2] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.[3] Beliau terkenal dengan lagu "Katakan Saja" dan "Cemburu" yang mendapat sambutan,[4] namun lebih dikenali menerusi lagu "Pematah Hati", juga mendapat sambutan positif, sekaligus menjadi penanda aras bagi kerjaya muziknya. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama televisyen dan telefilem. Antara kredit lakonan beliau ialah Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017), Pesan Pada Hati (2019) dan Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang.[1] Anak kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), sebaris dengan penyanyi seperti Faizul Sany, Hael Husaini, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[5] Berikut persembahan beliau di AF2013:

  1. Minggu 1: "Gemilang" nyanyian asal Ella
  2. Minggu 2: "Setia Ku Di Sini" nyanyian asal Ziana Zain
  3. Minggu 3: "Berlari" nyanyian asal Tomok
  4. Minggu 4: "Aku Yang Tersakiti" nyanyian asal Judika
  5. Minggu 5: "Wajah Rahsia Hati" nyanyian asal Ogy Ahmad Daud
  6. Minggu 6: "Lovefool" nyanyian asal The Cardigans
  7. Minggu 7: "Keliru" (duet bersama Alif Satar) nyanyian asal Ajai & Nurul
  8. Minggu 8: "Gelombang" nyanyian asal Salamiah Hassan
  9. Minggu 9: "Tentang Rasa" nyanyian asal Astrid dan "Permata Biru" nyanyian asal Ella
  10. Minggu 10: "Seandainya Masih Ada Cinta" nyanyian asal Dayang Nurfaizah dan "Katakan Saja" (lagu baharu) nyanyian sendiri
Nabila ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Ogos 2014.

Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan".[6] Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.[7] Pada tahun 2015, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh Aisyah Aziz, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Kumpulan ini telah melancarkan dua single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9] Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.[10]

Nabila juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Berak (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.[11] Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat.[12] Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati"[13] dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.[14]

Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.[15][16]

Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.[17][18][19]

Pada tahun 2020, Nabila muncul dengan single terbaharu "Peluang Kedua" dengan menampilkan MK dari kumpulan K-Clique. Video muzik yang dimuatnaik ke YouTube ini meraih satu juta tontonan dalam sehari, yang dianggap berjaya kerana menampilkan alunan rap MK dalam video itu.[20][21]

Pada November 2020, Nabila mengumumkan telah menarik diri daripada Separuh Akhir Muzik Muzik 35 berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.[22][23][24] Bagaimanapun, lagu "Peluang Kedua" nyanyiannya dipersembahkan oleh Hael Husaini di SFMM35.[25] Dan pada Disember 2020, Hael mengumumkan di Twitter bahawa Nabila bakal beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 7 Februari 2021.[26]

Beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dalam drama rantaian Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak utama sebagai Nadia.[27][28]

Beliau juga telah dilantik sebagai duta jenama kecantikan Siti Nurhaliza, Beautessence dan duta produk minuman BeFine.[29] Single terbaharu beliau, "Putus" dikeluarkan pada November 2021.[30][31]

Beliau turut berkecimpung dalam bidang penulisan apabila melancarkan novel Kerana Cinta Itu Ada. Dilancarkan pada 16 Mac 2022, ia merupakan karya pertamanya bersama penulis novel, Sopphilea.[32][33][34][35]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nabila ialah seorang pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai.[36]

Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023,[37][38] selepas 3 bulan bertunang.[39][40]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2013
"Katakan Saja"
2016
"Cemburu"
Lagu runut drama Arluna
2017 Lagu Tema drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati
2018 Duet bersama Priscilla Abby
OST Lee Chong Wei: Rise of the Legend
2019
2020 Lagu Tema drama Seindah Tujuh Warna Pelangi
2021
"Putus"
2022
"Tak Ingin Usai"
Duet bersama Keisya Levronka
"Aku Terluka"
2023
"Selagi Ku Ada"
Duet bersama Khai Bahar

Lagu runut drama Kerana Cinta Itu Ada

"Tulus"
Duet bersama Adi Priyo
"Cerita Kita"
Duet bersama Insomniacks

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Keluarga Iskandar The Movie Linda Filem pertama, pelakon undangan
2023 Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong Pah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Wafeen Wardah Astro Ria Drama pertama
2018 Cintaku di Bumi Izmir Fara Unifi TV
Matahari Cerah Lagi Suha TV Okey
Sunsilk #SISCUBA Mawar TV3 Drama pendek
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Siti Astro Ria
2019 Pesan Pada Hati Zulaika TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Aira Tihani
Kebaya Kasut Kanvas Suria Juliana
Biar Mereka Cemburu Nadia Astro Ria
2021 Keluarga Epik Syamira TV3
SMK (Musim 3) Cikgu Izara Astro Ceria Pelakon undangan
2022 Mem & Bibik Bibik Bibik Dr. Adzira TV3
Wan Senja Liya
Lockdown 2 Shasha Astro Ria
Kerana Cinta Itu Ada Nabila Aulia TV3
2023 Luruhnya Bunga Cinta Mysara
2024 Luruhnya Bunga Cinta 2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Bibik Aku Nak Kahwin Sofea Astro Ria
2016 Ustaz Baru Nak Start Nabila
2018 Pengantin Lari Culik Artis Fammy Astro Citra
2019 Lelaki Kelas Sebelah Nona TV3
Nana Dan Jam Atok Cikgu Liza
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Raya Siti Astro Ria
2020 Cik Petir Putrajaya Sapeah TV3
2022 Hantu Karaoke Cumi
2023 Rombongan Cik Kiah Ke AJL Mira tonton

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Akademi Fantasia (musim 10) Peserta Astro Ria
2016 Hot TV Artis Pilihan TV9 Akustik Hot
2017 Wanita Hari Ini Tetamu Jemputan TV3
Bismillah Ad-Dhuha Astro Oasis & Astro Maya HD
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan TV1
2019 Senang Terhibur Artis Jemputan TV3
O KIDS Pengacara Astro Ceria
2022 Lazada: Super Party TV3
Ronda-Ronda Ramadan Artis Jemputan TV2
Pandai Masak Ke Tu? TV9
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) Natasha TV3 Episod: "Wali"
Dapur Panas Artis Jemputan
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta (Teratai) Astro Warna

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan Catatan
2018 Nivea: Langkah Berkeyakinan
2021 Wonder Dewi Catz Series
2022 Lazada Raya: Bertambah-tambah di Hati Bersama Syafiq Kyle & Nora Danish
KFC Raya: Makanan Rasmi Balik Kampung
Raya Keluarga Malaysia Bersama Jalil Hamid, Wan Maimunah, Hasnul Rahmat sebagai Uda

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) Pesan Pada Hati Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Haikal Isa (1 Jun 2017). Nikmat peluang kedua Nabila Razali Diarkibkan 2017-07-06 di Wayback Machine Kosmo. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 Mei 2022). "Saingan positif". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  3. ^ Tiada niat mainkan perasaan - Nabila AF13 Diarkibkan 2017-12-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (12 Jun 2016). Dicapai pada 12 Jun 2116.
  4. ^ Najiy Jefri (26 April 2016). Nabila lebih bersedia Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  5. ^ Siapa bakal mara ke final? Diarkibkan 2020-11-27 di Wayback Machine Sinar Harian. 8 November 2013.. Dicapai pada 19 November 2013.
  6. ^ Kenneth Chaw (13 Jun 2017). Nabila Razali – singer, actress, architect Diarkibkan 2019-06-09 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 13 Jun 2017.
  7. ^ Nabila lebih bersedia Harian Metro (26 April 2016). Dicapai pada 26 April 2016.
  8. ^ Kemalia Othman (16 Oktober 2015). The Lomas kecewa sambutan dingin lagu 'Rindu' mStar Online. Dicapai pada 11 Disember 2015.
  9. ^ "Radio tidak bantu promosi". Utusan Malaysia. 26 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-27. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  10. ^ Kamaruddin Razal (27 April 2017). "Nabila Razali akui lagu Cemburu lambat diterima pendengar". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  11. ^ Nabila teruja tapi takut Diarkibkan 2017-08-16 di Wayback Machine Utusan Online (17 Mei 2017). Dicapai pada 17 Mei 2017.
  12. ^ Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' mStar Online (20 Mei 2017). Dicapai pada 20 Mei 2017.
  13. ^ Aref Omar (6 December 2017). "(Showbiz) Singer Nabila Razali's Pematah Hati MV scores 2mil views in less than a week". New Straits Times. Dicapai pada 18 December 2017.
  14. ^ "Pematah Hati 'trending' dalam tempoh 24 Jam". Sinar Harian. 30 November 2017. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  15. ^ Zaidi Mohamad (9 Februari 2018). "Nabila Razali nyanyi lagu tema filem Lee Chong Wei". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  16. ^ Aref Omar (11 Februari 2018). "Showbiz: Singer Nabila Razali to record theme song for Lee Chong Wei biopic". New Straits Times. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  17. ^ Zaidi Mohamad (27 Januari 2019). "Vroom Vroom capai sejuta tontonan". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2019.
  18. ^ Zaidi Mohamad (24 Januari 2019). "Kecoh 'no view' klip video Vroom Vroom". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2019.
  19. ^ Mohd Haikal Isa (28 Januari 2019). "Nabila Razali sedar diri". Kosmo!. Dicapai pada 14 April 2019.
  20. ^ "Nabila Razali's 'confusing' song gets millions of views – and haters". Coconuts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 September 2020.
  21. ^ "Nabila Razali akui MK jadi 'pelaris' MV Peluang Kedua, cecah 1 juta tontonan sehari - "Saya percaya dia jadi faktor orang tonton berulang kali"". mstar.com.my. 20 Ogos 2020. Dicapai pada 13 September 2020.
  22. ^ Alif Fadli Mohd Sori (20 November 2020). Nabila Razali undur diri dari SFMM25 Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 November 2020.
  23. ^ Najiy Jefri (20 November 2020). Nabila Razali terpaksa tarik diri sari Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  24. ^ Nabila Razali tarik diri dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Malaysiakini. 20 November 2020. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  25. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 November 2020). Hael Husaini ganti Nabila Razali? Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  26. ^ Nur Emira Saizali (23 Disember 2020). Nabila Razali sah bakal beraksi di AJL35 Kosmo!. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  27. ^ Maliah Surip (8 Disember 2020). Pertama kali bergandingan, comel juga Nabila Razali dan Aiman Hakim dalam Biar Mereka Cemburu Astro Gempak. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  28. ^ Budiey (2 Disember 2020). Drama Biar Mereka Cemburu gandingan kali pertama Nabila Razali dan Aiman Hakim Ridza Astro Gempak. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  29. ^ Mohd Haikal Isa (16 Disember 2020). Nabila berterima kasih kepada Hael Kosmo!. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  30. ^ Hanisah Selamat (12 November 2021). "Tiada lagi peluang kedua, Nabila Razali 'Putus' cinta". Kosmo!. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  31. ^ Najiy Jefri (1 Disember 2021). "Dulu asyik dikeji, kini Nabila Razali dipuji..." Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  32. ^ Najiy Jefri (17 Mac 2022). "Nabila Razali abadikan kisah cinta silam dalam novel". Harian Metro. Dicapai pada 26 Mac 2022.
  33. ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Mac 2022). "Nabila cerita semua dalam novel". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  34. ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Mei 2022). "Nabila sukar cari hero gandingan?". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  35. ^ Budiey (17 Mac 2022). "Kesinambungan Lagu Putus, Nabila Razali Lancar Novel KERANA CINTA ITU ADA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  36. ^ SS Kanesan (7 September 2018). "Oh, Nabila! A singer who cares for the environment". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-09. Dicapai pada 7 September 2018.
  37. ^ Najiy Jefri (18 November 2023). "Nabila Razali kini isteri Nik Iruwan". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2023.
  38. ^ "Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan". Sinar Harian. 18 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  39. ^ Hanisah Selamat (27 Ogos 2023). "Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan". Kosmo!. Dicapai pada 20 November 2023.
  40. ^ "Nabila Razali dah bertunang..." Berita Harian. 27 Ogos 2023. Dicapai pada 20 November 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]