Blake Jenner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Blake Jenner
Jenner, 2013
Kelahiran
Blake Alexander Jenner

(1992-08-27) 27 Ogos 1992 (umur 31)
Miami, Florida, A.S.
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi
Tahun aktif2010–kini
PasanganMelissa Benoist (k. 2015; berpisah 2016)

Blake Alexander Jenner (lahir 27 Ogos 1992)[1] merupakan pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai pemenang siri pertandingan realiti The Glee Project dan watak sebagai Ryder Lynn menerusi siri drama-komedi Glee. Pada tahun 2016, beliau memegang watak utama dalam filem Everybody Wants Some!! arahan Richard Linklater.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jenner dilahirkan dan dibesarkan di Miami, Florida. Ibunya merupakan rakyat Cuba. [2][3]

Jenner meminati muzik dan filem sedari kecil. Beliau mula bermain dram di usia 9 tahun. [4] Ketika di Sekolah Tinggi Felix Varela, Jenner telah menyertai persatuan drama sekolah, Troupe 6162 selain terlibat dalam bola sepak Amerika dan gusti. Beliau memetik sebagai "menyukai improv dan komedi",[5] beliau memulakan pembelajaran teater improvisasional[6] dan mengambil bahagian dalam produksi pentas di Pusat Seni Persembahan Roxy. Pada tahun 2008, beliau menjadi ahli "Impromedy", sebuah kumpulan improv komedi sketsa di Miami.[7]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Dengan hanya berbekalkan $2,500, Jenner telah meninggalkan Miami dan berpindah ke Los Angeles selepas tamat sekolah tinggi bagi mengejar impiannya dalam bidang lakonan.[3][3][8] Ketika menetap di California, beliau telah mengambil pelbagai kerja termasuklah pelayan restoran, pembantu kedai pakaian, dan penjual burung sementari menunggu panggilan uji bakat untuk lakonan.[3][9] Beliau meneruskan kelas improv di The Groundlings, dan pernah menjadi tetamu untuk rancangan syarikat tersebut dua tahun kemudiannya. [10][11]

Pada tahun 2011, Jenner telah membintangi filem pendek Wurlitzer dan The Truth In Being Right serta filem seram Cousin Sarah. Beliau turut muncul sebagai pelakon jemputan dalam sitkom Melissa & Joey sebagai Miller Collins.[12]

Pada tahun 2012, beliau dipilih untuk uji bakat menjadi peserta rancangan realiti The Glee Project bagi musim kedua. Beliau layak ke pertandingan akhir dan memenanginya.[13] Kemenangan itu telah melayakkan beliau untuk muncul dalam siri TV Glee musim keempat. Beliau telah melakonkan watak sebagai Ryder Lynn, dan telah memenangi Teen Choice Award 2013 untuk Choice TV Breakout Star.[14] Jenner, bersama-sama Jacob Artist, Becca Tobin, Alex Newell, dan Melissa Benoist, telah dipilih sebagai pelakon tetap Glee untuk musim kelima.[15]

Pada musim panas 2013, Jenner telah menulis untuk Billy Boy. Beliau dan Benoist telah muncul dalam Kickstarter untuk meminta bantuan peminat bagi membantu menampung projek produksi dan sehingga 11 Disember 2013, projeknya telah mencapai matlamat untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak $100,000. Jenner kemudiannya telah berlakon dalam filem seram Within.[16] Pada akhir 2015, beliau telah muncul dalam siri TV Supergirl sebagai Adam Foster dan telah melakukan penampilan sulung pada 25 Januari 2016. [17]

Pada tahun 2016, Jenner telah membintangi filem komedi Richard Linklater, Everybody Wants Some!! sebagai Jake Bradford, selain muncul dalam drama The Edge of Seventeen.[18]

Pada April 2016, beliau diumumkan bakal membintangi filem drama Sidney Hall.[19]

In April 2016, he was announced to have joined the cast of Shawn Christensen's drama film Sidney Hall.[20]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Jenner telah mengahwini Melissa Benoist pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, pada Disember 2016, Benoist telah memfailkan penceraian.[21]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota
2010 Fresh 2 Death Connor Filem pendek
2011 Wurlitzer Alexander Moore Filem pendek, juga sebagai penerbit
2011 Cousin Sarah Brett Marks
2012 The Truth In Being Right Jeffrey Filem pendek
2014 Love at First Site Sydney Reynolds Filem pendek
2016 Everybody Wants Some!! Jake Bradford
2016 The Edge of Seventeen Darian Franklin
2016 Within Tommy
2017 Sidney Hall Brett Newport
2017 Billy Boy Billy Forsetti Juga sebagai penulis dan penerbit

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota
2011 Melissa & Joey Miller Collins Episod: "A House Divided"
2012 The Glee Project Diri sendiri Musim ke-2; 12 episod
2012–15 Glee Ryder Lynn 32 episod
2013 Master Chef Diri sendiri Episod: "Top 14 Compete"
2016 Supergirl Adam Foster 2 episod

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Glee: The Music Presents Glease
  • Glee: The Music, Season 4, Volume 1
  • Glee Sings the Beatles

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Blake Jenner". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 29, 2016.
  2. ^ http://www.mensfitness.com/life/entertainment/blake-jenner-all-american-leading-man-hollywood-needs-right-now-0
  3. ^ a b c d Barroso, Gina (January 10, 2013). "TV Martí Noticias — Blake Jenner: un joven cubanoamericano de Miami triunfa en Hollywood". YouTube. TV Martí Noticias (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada November 5, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Marr, Madeleine (August 10, 2012). "Local singer/actor Blake Jenner wins The Glee Project!". Miami.com.
  5. ^ Gajewski, Ryan (August 27, 2013). "Glee Project's Blake Jenner Wanted To Be A Stand-Up Comic". Wetpaint.
  6. ^ Slezak, Michael (August 17, 2012). "Glee Project Champ Blake Jenner". TVLine.
  7. ^ Morales, Claudia (October 3, 2012). "Blake Jenner: A Varela alumnus' journey to 'Glee'". The Viper Vibe.
  8. ^ Harrington, Amy and Nancy (August 21, 2012). "Five Things You Don't Know About Blake Jenner". Yahoo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-22. Dicapai pada 2017-06-06.
  9. ^ Douglass, Beth (August 16, 2012). "Glee Project 2 Winner Blake Jenner on His Hopes for Glee Season 4". Wetpaint.
  10. ^ Groundlings [@groundlings] (August 24, 2012). "Blake Jenner learned the importance of comedic timing from improv classes with The Groundlings" (Twit) – melalui Twitter.
  11. ^ Groundlings (2012). "Performers: Blake Jenner". The Groundlings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 2017-06-06.
  12. ^ "Who Is Glee's Blake Jenner?". Wetpaint. November 9, 2012. Dicapai pada January 10, 2016.
  13. ^ Goldberg, Lesley (August 15, 2012). "Winner Blake Jenner: 'I'd Love to Be a Finn-Type Character". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 16, 2012. The 19-year-old...
  14. ^ Derschowitz, Jessica (August 11, 2013). "Teen Choice Awards 2013: List of winners". CBS News.
  15. ^ Goldberg, Lesley (June 29, 2013). "'Glee' Promotes Five to Series Regulars (Exclusive)". The Hollywood Reporter.
  16. ^ Walkuski, Eric (March 25, 2014). "Crawlspace cast grows with Glee star Blake Jenner". JoBlo.com. Dicapai pada November 6, 2014.
  17. ^ Ausiello, Michael (November 18, 2015). "Supergirl Stages Glee Reunion, Casts Blake Jenner as Kara's [Spoiler]". TVLine. Dicapai pada January 10, 2016.
  18. ^ A. Lincoln, Ross (October 6, 2015). "Blake Jenner Joins Hailee Steinfeld In STX Coming-Of-Age Drama". Deadline.com. Dicapai pada December 31, 2015.
  19. ^ Kroll, Justin (April 25, 2016). "Blake Jenner, Margaret Qualley and Tim Blake Nelson Join 'Sidney Hall' (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada April 25, 2016.
  20. ^ Kroll, Justin (April 25, 2016). "Blake Jenner, Margaret Qualley and Tim Blake Nelson Join 'Sidney Hall' (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada April 25, 2016.
  21. ^ Mizoguchi, Karen (December 29, 2016). "Supergirl's Melissa Benoist Files for Divorce from Blake Jenner: Report". People. Dicapai pada January 3, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]