Blockchain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran pembentukan blockchain - untaian berwarna hitam menunjukkan rantaian blok paling panjang dari blok induk (genesis block, hijau) kepada blok yang terkini. Blok berwarna ungu terkeluar daripada rantaian utama.

Sesebuah blockchain itu terdiri daripada senarai rekod atau rakam berterusan - setiap satu unit sebagai "blok" - yang dihubungkan dan dijaga melalui kaedah kriptografi.[1][2] Setiap satu daripada "blok" ini biasanya mengandungi olahan semula daripada blok yang mendahuluinya (cryptographic hash),[2] cop masa dan data transaksi maklumat yang diuntaikan.[3]

Teknologi ini dicipta Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 bertujuan sebagai suatu lejar transaksi awam kriptowang bitcoin,[1] lalu ia menjadi matawang pertama menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda (double-spending) matawang tanpa memerlukan suatu pihak berkuasa mahupun pelayan yang berpusat.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Blockchain merupakan sebuah buku besar digital dinyahpusatkan, teragih serta dan bersifat umum yang dimanfaatkan untuk mencatat transaksi pada banyak komputer sehingga catatan tersebut tidak dapat diubah secara retroaktif tanpa mengubah keseluruhan blok selepasya serta konsensus dalam jaringan.[1][4] Perkara sedemikian memungkinkan para peserta untuk mengesahkan dan mengaudit transaksi dengan mudah.[5] Asas kepada data blockchain dikelola secara tersendiri menggunakan jaringan P2P dan cop masa yang diagihkan; ciir-ciir ini ditentusahkan oleh kerjasama massa yang didukung kepentingan kolektif.[6] Hasilnya adalah alir kerja yang kuat di mana ketidakpastian perihal keselaamatan data berada pada tahap marginal. Pendayagunaan blockchain dapat menghilangkan ciri reproduktifitas tiada batasan dari suatu aset digital. Hal ini menegaskan bahwa setiap nilai unit ditransfer hanya sekali, mengatasi permasalahan double spending. Blockchain juga digambarkan sebagai protokol pertukaran nilai.[7] Pertukaran nilai berasaskan blockchain ini dapat diselesaikan lebih cepat, lebih aman dan lebih murah dibandingkan dengan sistem tradisional.[8] Blockchain dapat menentukan hak kepemilikan jika dipersiapkan dengan betul untuk memperinci perjanjian, blockchain juga menyediakan catatan yang memaksa penawaran dan penerimaan (offer and acceptance).[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Blockchains: The great chain of being sure about things". The Economist. 31 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2016. Dicapai 18 June 2016. 
  2. ^ a b Narayanan, Arvind; Bonneau, Joseph; Felten, Edward; Miller, Andrew; Goldfeder, Steven (2016). Bitcoin and cryptocurrency technologies: a comprehensive introduction. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-17169-2. 
  3. ^ "Blockchain". Investopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2016. Dicapai 19 March 2016. Based on the Bitcoin protocol, the blockchain database is shared by all nodes participating in a system. 
  4. ^ Armstrong, Stephen (7 November 2016). "Move over Bitcoin, the blockchain is only just getting started". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2016. Dicapai 9 November 2016. 
  5. ^ Catalini, Christian; Gans, Joshua S. (23 November 2016). "Some Simple Economics of the Blockchain". SSRN Electronic Journal. doi:10.2139/ssrn.2874598. SSRN 2874598Boleh diakses secara percuma. 
  6. ^ Tapscott, Don; Tapscott, Alex (8 May 2016). "Here's Why Blockchains Will Change the World". Fortune. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2016. Dicapai 16 November 2016. 
  7. ^ Bheemaiah, Kariappa (January 2015). "Block Chain 2.0: The Renaissance of Money". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2016. Dicapai 13 November 2016. 
  8. ^ Tucci, Michele (29 November 2015). "Can blockchain help the cards and payments industry?". Tech in Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2016. Dicapai 16 November 2016. 
  9. ^ Jacobson, G.M. (1 November 2017). "Op Ed: Three Legal Pitfalls to Avoid in Blockchain Smart Contracts". Bitcoin Magazine. BTC Media LLC. Dicapai 8 May 2018. 
  10. ^ Berwins Solicitors (20 November 2017). "Blockchain and contracts - licit, illicit or smart?". Berwins Blog. Berwins Solicitors Ltd. Dicapai 8 May 2018.