Boikot, Lupus dan Sekat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boikot, Lupus dan Sekat
بويکوت، لوڤوس دان سکت
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan untung, kempen politik, gerakan politik Sunting ini di Wikidata
TujuanBoikot Sunting ini di Wikidata
BidangBoikot Israel Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.bdsmovement.net Sunting ini di Wikidata
Facebook: BDSNationalCommittee Twitter: BDSmovement Instagram: bdsnationalcommittee Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan9 Julai 2005 Sunting ini di Wikidata
PengasasOmar Barghouti, Ramy Shaath Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) ialah gerakan pimpinan Palestin yang mempromosikan boikot, lupus dan sekatan ekonomi terhadap Israel. Matlamat gerekan ini adalah bagi menekan Israel untuk memenuhi apa yang disifatkan oleh gerakan BDS sebagai kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa,[1] yang ditakrifkan sebagai penarikan diri dari wilayah yang diduduki, penghapusan penghalang pemisah di Tebing Barat, kesaksamaan penuh untuk warga Arab-Palestin Israel, dan "menghormati, melindungi, dan mempromosikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan harta benda mereka".[2] Gerakan ini dianjurkan dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin.[3]

BDS meniru gerakan anti-apartheid di Afrika Selatan. Para penyokongnya membandingkan nasib rakyat Palestin dengan orang kulit hitam Afrika Selatan semasa era apartheid. Bantahan dan persidangan menyokong gerakan itu telah diadakan di beberapa negara. Maskotnya, yang menampilkan logonya, ialah Handala, simbol identiti Palestin dan "hak pulang".[4]

Beberapa pengkritik menuduh gerakan BDS sebagai antisemitisme,[5][6][7] di mana tuduhan tersebut dinafikan oleh gerakan itu, dan memanggilnya sebagai percubaan untuk menggabungkan antisemitisme dengan anti-Zionisme. Lobi Israel di Amerika Syarikat telah menjadikan tentangan terhadap BDS sebagai salah satu keutamaannya.[8] Sejak tahun 2015, pemerintah Israel telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk mempromosikan pandangan bahawa BDS adalah antisemitik dan mengharamkannya secara sah di negara asing.[9] Penyokong BDS melihatnya sebagai gerakan hak asasi manusia.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Rencana jurnal[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]