Boletus edulis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Boletus edulis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
B. edulis
Nama binomial
Boletus edulis
Boletus edulis
Ciri-ciri mikologi:
 
Himenium berliang
 
Pileus berbentuk cembung
 
Tangkai terdedah
 
Cetakan spora berwarna perang
 
Ekologi: Mikoriza
 
Status sebagai makanan: Pilihan

Boletus edulis yang juga dikenali orang ramai sebagai Porcini (berasal daripada perkataan jamak Bahasa Itali iaitu porcino), cep (berasal daripada Bahasa Catalonia iaitu cep atau Bahasa Perancis iaitu cèpe), king bolete dan penny bun merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan. Cendawan ini mempunyai pertalian simbiotik mikorrhiza dengan pokok pinus. Oleh sebab itulah ia sering dijumpai di kawasan hutan pinus dan tumbuh mendadak ketika musim luruh.

Oleh sebab cendawan ini bernilai tinggi, Boletus edulis dijual secara komersil ketika musim luruh khasnya di kawasan tengah dan selatan Eropah tetapi dieksport secara kering ke seluruh dunia.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pileus cendawan ini ialah sekitar 7-30 sm lebar ketika mencapai kematangannya dan sedikit melekit. Cendawan ini secara keseluruhannya berwarna perang kemerah-merahan dan beransur-ansur terang di bahagian tepi birainya yang berwarna putih. Ketika menghampiri usia matang, cendawan ini secara perlahan-lahan berubah menjadi gelap. Bahagian tangkainya adalah 8-25 sm (3.5-10 in) tinggi dan lebarnya menjangkau lebih 7 sm di mana lebih tebal jika dibandingkan dengan bahagian pileus. Cetakan sporanya adalah coklat buah zaitun. Spesimen yang matang sepenuhnya mempunyai berat sekitar 1 kg (2.2 paun).

Spesimen terbesar yang pernah dijumpai setakat ini ialah di Kepulauan Skye, Scotland pada tahun 1995 di mana bahagian tangkainya mencecah 18 sm (7.1 in) tinggi dan 14 sm (5.5 in) lebar dengan bahagian pileus selebar 42 sm (16.5 in) dan berat keseluruhannya lebih kurang 3.2 kg (7.1 paun).

Habitat[sunting | sunting sumber]

Boletus edulis biasanya dijumpai di Eropah dan Amerika Utara. Cendawan ini tumbuh satu persatu atau dalam kelompok kecil. Habitatnya terdiri daripada kawasan yang didominasi oleh pokok pirus (Pinus sp.), pokok fir (Picea sp.) dan Eastern hemlock (Tsuga canadensis). Tidak terhad kawasan terbabit, cendawan ini juga ditemui dalam hutan pokok kayu keras di mana terdapat pokok oak. Boletus edulis boleh ditemui ketika musim luruh di Syria dan Lubnan di mana ia tumbuh dalam kelompok yang besar di atas tunggul pokok oak yang telah reput.

Spesies sepunya[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah spesies kulat di mana sifat fizikalnya hampir serupa dengan Boletus edulis:

Spesies Penerangan ringkas
Boletus aereus Cendawan ini mempunyai pileus yang berwarna gangsa gelap dan boleh dimakan.
Tylopilus felleus Cendawan ini mempunyai pileus yang berwarna kelabu kuning-kekuningan. Walaupun diklasifikasikan sebagai tidak beracun tetapi cendawan ini tidak boleh dimakan kerana rasanya yang amat pahit.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.