Bombus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bombus
Julat zaman: Eocene–Present
Bombus September 2007-2.jpg
Lebah spesies Bombus terrestris hinggap atas sekuntum bunga
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Bombus
Diversiti
> 250 species and subspecies
Bombus distribution.jpg
Natural distribution shown in red.
Introductions to New Zealand, spread to Tasmania not shown

Genus Bombus tergolong dalam keluarga lebah Apidae merangkumi lebih 250 spesies disebut sebagai lebah dengung, kumbang dengung atau kumbang bombel yang bertaburan di ketinggian atau latitud jauh Hemisfera Utara, namun ada juga spesies tropika dataran rendah dijumpai dan dikenal pasti di Amerika Selatan; ia turut diperkenalkan ke New Zealand dan Tasmania. Hidupan-hidupan genus ini dapat dibezakan daripada lebah lain melalui badan yang tampak bulat dan berbulu halus.

Nama genus ini diberikan oleh ahli zoologi Perancis Pierre André Latreille pada tahun 1802 berakar daripada kata Yunani Kuno βόμβος bómbos.[1][2]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Genus Bombus ini satu-satunya genus yang masih ada dalam suku Bombini terdiri lebih daripada 250 spesies.[3]

Bombus (genus)

Mendacibombus, 12 spesies

Bombias, 3 spesies

Kallobombus, 1 spesies

Orientalibombus, 3 spesies

Subterraneobombus, 10 spesies

Megabombus, 22 spesies

Thoracobombus, 50 spesies

Psithyrus, 30 spesies

Pyrobombus, 50 spesies

Alpinobombus, 5 spesies

Bombus (subgenus), 5 spesies

Alpigenobombus, 7 spesies

Melanobombus, 17 spesies

Sibiricobombus, 7 spesies

Cullumanobombus, 23 spesies

Subgenera bawah genus Bombus

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Perkumpulan[sunting | sunting sumber]

Besar kecil sarang bergantung kepada spesies: sarang-sarang ini boleh menampung purata antara dari 50 hingga 400 ekor lebah,[4] namun ada juga koloni yang menampung sekurang ~20 ekor dan sebanyak 1700 ekor.[5] Binaan sarang-sarang lebah dengung ini lebih kecil daripada lebah lain serta serta cenderung berada di kawasan berteduh atau yang tidak terkena sinaran langsung matahari yang boleh menyebabkan pkeanasan melampau. Indung dalaman ia turut tidak tersusun sepertimana indung madu lebah biasa.[4]

Pendebungaan[sunting | sunting sumber]

Lebah-lebah spesies ini cenderung mengerumuni bunga-bunga yang dilihat mudah didekati sejauh 1–2 km dari koloni,[6] kawasan-kawasan ini aka sering dikunjungi selagi nektar dan debunga masih dapat diperolehi[7] Lebah-lebah Bombus dapat terbang mencapai kelajuan setinggi 15 m/s (54 km/h) dalam kegiatan ini.[8]

Ia turut menerapkan perkaitan antara warna dan ruang untuk menandakan bunga ingin dikunjungi,[9] mengesan medan elektrik yang barangkali dirasai sekeliling, suhu kawasan bunga tertentu[10][11] mahupun jika kuntum bunga telah dihinggapi lebah lain.[12]

Pemakanan dan penghasilan[sunting | sunting sumber]

Lebah-lebah Bombus mempunyai lidah panjang berbulu (probosis) yang mampu memanjang mengikut jarak alur bunga[13] mengecap-ngecap pangkal bunga mendapatkan nektar,[14] cecair nektar terkumpul seakan disedut di hujung "lidah" yang ditarik melalui tindakan rerambut.

Lilin pula dihasilkan bila ia terembes dari kelenjar abdomen baik ratu lebah mahupun lebah pekerja lalu dikutip dan dimulurkan untuk dijadikan bahan binaan dalaman, luaran dan simpanan sarang.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wiktionary entry for "bombus"
  2. ^ Wedgwood, Hensleigh (1855). "On False Etymologies". Transactions of the Philological Society (6): 67.
  3. ^ Williams, Paul H. (1998). "An annotated checklist of bumble bees with an analysis of patterns of description". Bulletin of the Natural History Museum, Entomology Series. 67: 79–152. Dicapai pada 30 May 2012.
  4. ^ a b "Bumblebee nests". Bumblebee Conservation Trust. Diarkib daripada yang asal pada 22 September 2017. Dicapai pada 13 February 2015.
  5. ^ Cueva del Castillo, R; Sanabria-Urbán, S.; Serrano-Meneses, M. A. (2015). "Trade-offs in the evolution of bumblebee colony and body size: a comparative analysis". Ecology and Evolution. 5 (18): 3914–3926. doi:10.1002/ece3.1659. PMC 4588658. PMID 26445652.
  6. ^ Walther-Hellwig, K.; Frankl, R. (2000). "Foraging distances of Bombus muscorum, Bombus lapidarius, and Bombus terrestris (Hymenoptera, Apidae)". Journal of Insect Behavior. 13 (2): 239–246. doi:10.1023/A:1007740315207.
  7. ^ Dramstad, W. E.; Fry, G. L. A.; Schaffer, M. J. (2003). "Bumblebee foraging—is closer really better?". Agriculture, Ecosystems and Environment. 95 (1): 349–357. doi:10.1016/S0167-8809(02)00043-9.
  8. ^ Osborne, J. L.; Clark, S. J.; Morris, R. J.; Williams, I. H.; Riley, J. R.; Smith, A. D.; Reynolds, D. R.; Edwards, A. S. (1999). "A landscape-scale study of bumble bee foraging range and constancy, using harmonic radar". Journal of Applied Ecology. 36 (4): 519–533. doi:10.1046/j.1365-2664.1999.00428.x.
  9. ^ Blackawton, P. S.; Airzee, S.; Allen, A.; Baker, S.; Berrow, A.; Blair, C.; Churchill, M.; Coles R. F.-J.; Cumming, L.; dll. (2010). Fraquelli, C. Hackford, A. Hinton Mellor, M. Hutchcroft, B. Ireland, J.; Jewsbury, D.; Littlejohns, A.; Littlejohns, G. M.; Lotto, M.; McKeown, J.; O'Toole, A.; Richards, H.; Robbins-Davey, L.; Roblyn, S.; Rodwell-Lynn, H.; Schenck, D.; Springer, J.; Wishy, A.; Rodwell-Lynn, T.; Strudwick, D.; Lotto, R. B. "Blackawton bees". Biology Letters. 7 (2): 168–72. doi:10.1098/rsbl.2010.1056. PMC 3061190. PMID 21177694.
  10. ^ Whitney, H.; Dyer, A.; Rands, S.A.; Glover, B.J. (2008). "The interaction of temperature and sucrose concentration on foraging preferences in bumblebees". Naturwissenschaften. 95 (9): 845–850. Bibcode:2008NW.....95..845W. doi:10.1007/s00114-008-0393-9. PMID 18523748.
  11. ^ Harrap, M.J.M.; Rands, S.A.; Hempel de Ibarra, N.; Whitney, H.M. (2017). "The diversity of floral temperature patterns, and their use by pollinators". eLife. 6. doi:10.7554/eLife.31262. PMC 5736352. PMID 29254518.
  12. ^ Clarke, D.; Whitney, H.; Sutton, G.; Robert, D. (2013). "Detection and Learning of Floral Electric Fields by Bumblebees". Science. 340 (6128): 66–9. Bibcode:2013Sci...340...66C. doi:10.1126/science.1230883. PMID 23429701. Rumusan ringkasanNature News & Comment (21 February 2013).
  13. ^ Heinrich, Bernd (2004). Bumblebee Economics. Harvard University Press. m/s. 152. ISBN 978-0-674-01639-2.
  14. ^ Harder, L.D. (1986). "Effects of nectar concentration and flower depth on flower handling efficiency of bumble bees". Oecologia. 69 (2): 309–315. Bibcode:1986Oecol..69..309H. doi:10.1007/BF00377639. PMID 28311376.
  15. ^ "The bumblebee body". Bumblebee.org. Dicapai pada 12 February 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]