Bridge of Spies (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bridge of Spies
Bridge of Spies poster.jpg
PengarahSteven Spielberg
Penerbit
  • Steven Spielberg
  • Marc Platt
  • Kristie Macosko Krieger
Penulis
Dibintangi oleh
Muzik olehThomas Newman
SinematografiJanusz Kamiński
Disunting olehMichael Kahn
Syarikat-syarikat
penerbitan
Pengedar
Mula ditayangkan
  • 4 Oktober 2015
    (Festival Filem New York)
  • 16 Oktober 2015
    (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
141 minit[2][3]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$40 juta[4]
Pecah panggung$163.8 juta[5]

Bridge of Spies ialah sebuah filem drama bersejarah Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh Steven Spielberg dari lakon layar oleh Matt Charman, Ethan Coen dan Joel Coen. Filem ini dibintangi Tom Hanks, Mark Rylance, Amy Ryan dan Alan Alda. Berdasarkan insiden U-2 1960 semasa Perang Dingin, filem ini menceritakan kisah seorang peguam, James B. Donovan yang diamanahkan untuk berunding pembebasan Francis Gary Powers—seorang juruterbang dimana pesawat pengintip U-2 yang dipandunya ditembak jatuh di Soviet Union— sebagai pertukaran untuk Rudolf Abel, seorang pengintip KGB Soviet yang ditahan oleh Amerika Syarikat. Nama filem ini merujuk kepada Jambatan Glienicke, yang menghubungkan Potsdam dengan Berlin, dimana pertukaran perisik mengambil tempat.

Fotografi utama bermula pada 8 September 2014 di Brooklyn, Bandar Raya New York dan penggambaran diteruskan di Studio Babelsberg, Potsdam. Filem ini dikeluarkan oleh Touchstone Pictures pada 16 Oktober 2015 di Amerika Utara dan diedarkan oleh 20th Century Fox di wilayah-wilayah lain.[6] Filem ini mengutip $163.8 juta di seluruh dunia dan menerima pujian meluas. Ia menerima enam pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (untuk Rylance).

Plot[sunting | sunting sumber]

Di Brooklyn, New York pada tahun 1957, Rudolf Abel mengambil sebuah mesej rahsia dari bangku taman dan membacanya sebelum ejen FBI memecah masuk biliknya. Dia berjaya mengelakkan penemuan mesej tersebut tetapi bukti lain di bilik itu membawa kepada penahanan dan pendakwaannya sebagai seorang pengintip Soviet.

James B. Donovan, seorang peguam yang pakar dalam penyelesaian insurans diminta untuk membela Abel. Amerika Syarikat percaya bahawa Abel adalah seorang pengintip KGB tetapi mahukan dia mendapat perbicaraan yang adil untuk mengurangkan peluang Soviet Union untuk menggunakan ia sebagai propaganda. Donovan berjumpa dengan Abel di penjara dimana Abel setuju untuk menerima bantuannya. Abel menolak untuk bekerjasama dengan kerajaan A.S. dalam dunia perisikan.

Walaupun Donovan mengambil berat terhadap kerjanya, tiada sesiapa termasuk peguam pendakwa, hakim, firmanya atau keluarganya sendiri menjangka dia untuk membela Abel dengan serius. Usahanya untuk mendapatkan pembebasan Abel dipenuhi dengan kejutan dan kemarahan oleh orang awam Amerika; dia dibanjiri dengan mel kebencian dan hidupnya terancam tetapi dia terus berjuang terhadap tugasnya.

Abel didapati bersalah untuk kesemua tuduhan tetapi Donovan meyakinkan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun daripada hukuman mati atas sebab Abel mungkin berguna suatu hari nanti sebagai cip tawar-menawar dengan USSR. Donovan kemudiannya merayu kepada Mahkamah Agung A.S. bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dicemari oleh waran geledah yang tidak sah tetapi tewas 5–4.

Pada ketika itu, Francis Gary Powers memandu pesawat pengintip U-2 di Soviet Union dimana pesawatnya ditembak jatuh dan dia ditahan. Beliau disabitkan kesalahan dan akan disoal siasat. Frederic Pryor, seorang pelajar Ekonomi Amerika melawat teman wanita Jermannya di Berlin Timur ketika Tembok Berlin dibina. Dia cuba untuk membawa teman wanitanya kembali ke Berlin Barat tetapi dihentikan oleh pengawal sempadan dan ditahan sebagai pengintip Amerika.

USSR menghantar mesej kepada Donovan melalui surat palsu kepada Abel daripada "keluarganya", mencadangkan pertukaran tahanan: Abel untuk Powers. Donovan bergerak ke Berlin untuk memulakan rundingan. Dia mendapat tahun penahanan Pryor dan mahukan pertukaran 2 untuk 1. Walaupun CIA hanya berminta untuk mendapatkan Powers, ia membolehkan Donovan untuk berunding untuk Pryor juga dengan syarat perjanjian Abel-untuk-Powers tidak terjejas.

Kerajaan Jerman Timur yang memegang Pryor tiba-tibanya keluar daripada rundingan dan berkata bahawa Donovan tidak memaklumkan kepada mereka bahawa USSR juga berada dalam rundingan. CIA mahu meninggalkan Pryor dan menyelesaikan pertukaran. Donovan mengancam Jerman Timur dengan mengatakan bahawa melainkan jika Pryor dilepaskan, seluruh tawaran akan dimansuhkan, Abel mungkin bercakap dan USSR akan menyalahkan Jerman Timur. Jerman Timur akhirnya bersetuju dan pertukaran dijalankan di Jambatan Glienicke dan Checkpoint Charlie. Donovan mendapat pujian untuk pencapaiannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Tom Hanks akan membintangi sebagai James Donovan bersama Mark Rylance sebagai Abel. Amy Ryan, Alan Alda, Billy Magnussen dan Eve Hewson juga dilaporkan akan membintangi filem ini.[7][8] Participant Media menerbitkan bersama filem ini.[9] Francis Gary Powers, Jr., pengasas Muzium Perang Dingin dan anak kepada juruterbang dibawa masuk sebagai perunding teknikal dan membuat penampilan kameo dalam filem.

Fotografi utama bermula pada 8 September 2014 di Brooklyn, Bandar Raya New York.[10] Pada awal bulan Oktober, selepas penggambaran selesai di Bandar Raya New York, penggambaran lanjutan bermula di Studio Babelsberg Studio, Berlin dan Potsdam, Jerman.[11][12] Fotografi utama secara rasminya berakhir pada 4 Disember di Berlin Tempelhof.

Penggambaran juga mengambil tempat di Wrocław, Poland pada bulan November.[11][13] Semasa pertengahan bulan Disember, penggambaran mengambil tempat di Pangkalan Tentera Udara Beale terletak berdekatan Marysville, California.[14]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Bridge of Spies diedarkan di Amerika Utara oleh Walt Disney Studios Motion Pictures melalui Touchstone Pictures.[15][16] Disney mengadakan tayangan perdana filem ini pada 4 Oktober 2015[17] di Festival Filem New York ke-53.[18][19] Filem ini ditayangkan di teater Amerika Syarikat 16 Oktober 2015.[20] 20th Century Fox mengedarkan filem ini di wilayah-wilayah lain.[15]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Setakat 28 Januari 2016, Bridge of Spies mengutip $71.7 juta di Amerika Utara dan $89.2 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $160.9 juta berbanding bajet produksi sebanyak $40 juta.[5]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Bridge of Spies menerima ulasan positif. Di Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 91%, berdasarkan 242 ulasan dengan purata rating 7.8/10.[21] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 81 daripada 100 berdasarkan 48 pengkritik, menunjukkan "penerimaan meluas".[22] Di CinemaScore, penonton memberikan filem ini purata gred "A" atas skala A+ ke F.[23]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Bridge of Spies menerima satu pencalonan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Rylance. Di Anugerah Filem Akademi British, filem ini menerima sembilan pencalonan dan berjaya memenangi satu, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu untuk Rylance. Di Anugerah Akademi ke-88, filem ini menerima enam pencalonan termasuk Filem Terbaik. Mark Rylance berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bridge of Spies Press Kit" (PDF). wdsmediafile.com. The Walt Disney Studios. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2015. Dicapai December 14, 2015. 
  2. ^ "BRIDGE OF SPIES (12A)". British Board of Film Classification. October 13, 2015. Dicapai October 13, 2015. 
  3. ^ Debruge, Peter (October 4, 2015). "Film Review: 'Bridge of Spies'". Variety. Dicapai October 6, 2015. 
  4. ^ Pamela McClintock (October 13, 2015). "Box-Office Preview: 'Goosebumps' Could Out-Spook 'Crimson Peak,' 'Bridge of Spies'". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai October 14, 2015. 
  5. ^ a b "Bridge of Spies (2015)". Box Office Mojo. Dicapai February 17, 2016. 
  6. ^ Lang, Brent (March 18, 2015). "Spielberg-Hanks Cold War Film Titled 'Bridge of Spies,' John Williams Won't Compose Score". Variety. Dicapai March 19, 2015. 
  7. ^ Bahr, Lindsey (June 16, 2014). "Steven Spielberg's Cold War thriller and 'The BFG' snag release dates". Entertainment Weekly. Dicapai June 16, 2014. 
  8. ^ "Amy Ryan, Alan Alda Join Tom Hanks in Steven Spielberg's Cold War found Thriller". variety.com. July 21, 2014. Dicapai July 21, 2014. 
  9. ^ "Participant Joins DreamWorks On Spielberg Cold War Pic & 'The Light Between Oceans'". deadline.com. 
  10. ^ "Steven Spielberg's Untitled Cold War Thriller is filming in Brooklyn this weekend". onlocationvacations.com. September 12, 2014. Dicapai September 14, 2014. 
  11. ^ a b Barraclough, Leo (October 23, 2014). "Steven Spielberg to Shoot Scenes for 'St. James Place' in Poland: Report". variety.com. Dicapai October 24, 2014. 
  12. ^ Blaney, Martin (October 1, 2014). "Race producers plan to re-team". SCREENDAILY. Dicapai October 10, 2014. 
  13. ^ "Spielberg to shoot spy thriller in Wroclaw". thenews.pl. October 22, 2014. Dicapai October 24, 2014. 
  14. ^ "Action! Spielberg filming U-2 movie at Beale". appeal-democrat.com. December 18, 2014. Dicapai January 10, 2015. 
  15. ^ a b Labrecque, Jeff (March 18, 2015). "Steven Spielberg's Cold War thriller gets a title, but John Williams drops out". Entertainment Weekly. Dicapai March 19, 2015. 
  16. ^ Keegan, Rebecca (October 9, 2015). "Spielberg, Hanks and Rylance talk about the Cold War, geopolitics and 'Bridge of Spies'". Los Angeles Times. Dicapai December 10, 2015. 
  17. ^ Hammond, Pete. "As New York Film Festival Opens, How Is Oscar Race Taking Shape?". Deadline. Dicapai 2015-09-27. 
  18. ^ "Spielberg-Coens Drama 'Bridge of Spies' Gets New York Film Festival Premiere". The New York Times. Dicapai 2015-09-27. 
  19. ^ Tapley, Kristopher (October 4, 2015). "'Bridge of Spies' Could Bring Steven Spielberg a Step Closer to an Oscar Record". Variety. Dicapai October 26, 2015. 
  20. ^ McNary, Dave (June 16, 2014). "Tom Hanks-Steven Spielberg Cold War Thriller Set for Oct. 16, 2015". Variety. Dicapai June 6, 2014. 
  21. ^ "Bridge of Spies". Rotten Tomatoes. Dicapai December 5, 2015. 
  22. ^ "Bridge of Spies reviews". Metacritic. Dicapai November 25, 2015. 
  23. ^ "'Goosebumps' Raises Hair At The B.O., While 'Crimson Peak's Recedes". deadline.com. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]