Bagan Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

|- !Jumlah Penduduk |45,900 (2012) |- !Poskod

|34300
Bagan Serai

باݢن سراي 蒲甘

StatusPekan
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahKerian
MukimBagan Serai

Bagan Serai adalah sebuah pekan di utara Negeri Perak. Keluasan Mukim Bagan Serai adalah 143.58 km/persegi. Lokasinya di daerah kerian yang terletak di selatan negeri Pulau Pinang dan di utara Bandar Taiping, Perak serta Kuala Kurau di barat dan Alor Pongsu di timur. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, dan Kuala Kurau. Kedudukannya adalah pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Ia terletak pada ketinggian 133 meter dari aras laut.

Nama Bagan Serai merujuk kepada dua perkataan iaitu "bagan" yang bermaksud jeti, dan "serai" yang merupakan sejenis tumbuhan herba yang mengikut sejarahnya banyak di tanam di kawasan ini.

Bagan Serai juga merupakan bandar ketujuh dari plaza tol Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang jika mengikut Lebuhraya Utara Selatan ke arah selatan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bagan Serai merupakan bandar kedua terbesar di Daerah Kerian. Anggaran jumlah penduduk Bagan Serai adalah sebanyak 40 530 (2017). 50.7% penduduk adalah lelaki dan 49.3% adalah perempuan. Daerah ini terkenal dengan penempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Bagan Serai terletak di jelapang padi Kerian. Secara tradisi, sumber ekonomi utama di kawasan sekitar pekan Bagan Serai adalah pertanian terutamanya padi, kelapa sawit dan perikanan. Bagan Serai menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian untuk di bawa ke seluruh Malaysia. Pusat bandar Bagan Serai merupakan nadi ekonomi pekan ini. Beberapa buah bank, pasaraya, arked perniagaan dan terminal bas dan teksi terletak di sini.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan awam[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bagan Serai dihubungi melalui jalan darat oleh jalan raya Persekutuan 1. Perkhidmatan bas awam menghubungkan Bagan Serai dengan Taiping dan Parit Buntar. Pekan ini bakal dihubungi dengan Butterworth, Taiping dan Ipoh melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) menjelang akhir tahun 2015.

Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Stadium Mini Bagan Serai
  • Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Bagan Serai

Rumah ibadat[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Gereja St Peter, Taman Serai Muda
  • Gereja Katolik St. Joseph, Batu 10 Bagan Serai
  • Tokong Seah Koh, Jalan Besar Bagan Serai
  • Kuil Sri Muthu Muniswarar, Jalan Parit Buntar

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • SMK Sri Kurau
  • SK Bagan Serai
  • SK Jalan Matang Buloh
  • SK Parit Haji Aman
  • SK Parit Haji Taib
  • SK Dato' Mas' ud
  • SK Teluk Medan
  • SK Matang Gerdu
  • SK Matang Jelutong
  • SK Alor Pongsu
  • SABK Ar Ridhwaniah
  • SJK (C) Tong Wah
  • SJK (C) Alor Pongsu
  • SJK (T) Bagan Serai
  • SJK (T) Arumugam Pillai
  • SJK (T) Ladang Soon Lee
  • SMK Bagan Serai
  • SMK Alang Iskandar
  • SMK Alor Pongsu
  • SMK Abu Bakar Al-Baqir
  • Kolej Vokasional Kerian
  • Kolej Komuniti Bagan Serai
  • Perpustakaan Awam Bagan Serai

Politik[sunting | sunting sumber]

Pekan Bagan Serai berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kerian. Ia terletak di kawasan parlimen P58 Bagan Serai. Dalam pilihan raya umum 2013, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali dari Barisan Nasional telah memenangi kawasan ini dengan majoriti sebanyak 1,140 undi. Pada pilihan raya 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh: Tuan Hj. Mohsin Fadzli bin Hj. Samsuri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti sebanyak 3,413. Dalam pilihan raya 2004, Datuk Zainal Abidin Zin dari Barisan Nasional - UMNO diisytiharkan menang menewaskan Ahmad Awang dari parti PAS. Majoriti pengundi 5614 orang, jumlah undi 35066, undi rosak 982 dan % mengundi ialah 73.44 %.