Bukit Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bukit Persekutuan ialah kawasan yang kuarang penduduk dan mempunyai kawasan penempatan yang sedikit di Kuala Lumpur berikutan kawasan ini agak jauh sedikit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur selain, terletak diatas bukit yang masih terjaga khazanah hutannya. Terdapat sedikit kawasan penempatan di sekitar bukit ini yang telah wujud sejak zaman kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu.

Bukit Persekutuan kini diliputi kira-kira 18-ekar (0.073 km2) hutan sekunder. Ia bersempadan dengan Lebuhraya Mahameru hingga ke timur laut, Jalan Travers hingga ke tenggara dan Jalan Maarof ke barat daya. Lake Gardens, Kuala Lumpur terletak hanya disimpang ke Bukit Persekutuan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pukit Persekutuan dahulunya merupakan bukit yang dikelilingan tanah paya air tawar. Dalam tahun 1896, estet getah telah dibuka dan rata-rata merupakan hak persendirian yang ditadbir urus oleh pekerja sektor awam Eropah. Tanah tersebut diperbesarkan lagi. Dan, kini masih boleh dilihat beberapa pokok getah yang masih hidup subur.

Diantara salah satu bangunan kerjaan yang dibina disini ialah Hospital Bangsar atau (Hospital Eropah) yang dibina pada awal tahun 1900. kini ia diubahsuai dan dijadikan Institut Pengurusan Kesihatan. Kawasan amat signifikan dengan kewujudan Galeri Sri Perdana, dimana dahulunya merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia sebelum bangunan Seri Perdana di bina di Putrajaya.

Status tanah sekarang[sunting | sunting sumber]

Kini tanah di Bukit Persekutuan dimiliki oleh Jabatan Persekutuan Tanah dan Perlombongan. Pentadbiran dan kawal selia bangunan dan sekitarnya dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Suatu semakan dengan Dewan Bandaraya kuala Lumpur dan jabatan perancang telah dibuat pada 2009 mengesahkan tiada sebarang proposal pembangunan dihantar ke atas kawasan ini.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Terdapat 113 banglow kerajaan lama denga taman dibina pada tahun 1950. Bangunan lama yang masih wujud adalah HQ Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang terletak di JKR 641 Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, dan buktinya bangunan ini boleh dilihat pada peta Kuala Lumpur tahun 1929. Disini juga terdapat istana hinggap dimana merupakan kediaman hinggap DiRaja bagi negeri Kedah, Perak and Negeri Sembilan.

Kesejahteraan alam semulajadi[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemukan di Bukit Persekutuan termasuklah 65 spesies burung tempatan dan migrasi, macaques ekor panjang, cicak hutan dan beberapa tumbuhan eksotik tropika. Pokok-pokok lain yang menjadi khazanah disini seperti Pokok tembusu, Pokok nyatoh, Pokok tembaga, Pokok jelutong dan Pokok pulai.